Tuesday, August 28, 2012

SURAH AL- INTIFAR

SURAH AL- INTIFAR...


Diturunkan di Makkah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

{1} Apabila langit terbelah


{2} Dan apabila bintang-bintang gugur bertabur.

{3} Dan Apabila lautan pecah bercampur-baur.

{4} Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan.

{5} (Setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya.

{6} Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

{7} Tuhan yang telah menciptakan dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai, serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) seimbang;

{8} Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, Ia menyusun kejadianmu.

{9} Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

{10} Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu.

{11} (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).

{12} Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

{13} Sesungguhnya orang yang berbakti, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat.

{14} Dan sesungguhnya orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

{15} Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan.

{16} Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

{17} Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

{18} Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

{19} (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.


No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)