Thursday, August 2, 2018

135 hari mencari cinta ... (Part 2)

Ini sambungan kisah
135 hari mencari cinta.

Sambungan kisah cinta yang bermula 12 Februari 2018 sehingga 16 Jun 2018.
Kalau kisah 135 hari mencari cinta (Part 1) dimulai dengan Hari Raya Aidil Adha.  Kisah 135 hari mencari cinta (Part 2) disudahi pada pagi 1 Syawal 1439H. [sebenarnya 125 hari sahaja, semester kedua ni lebih singkat]

135 hari mencari cinta fasa kedua ni sangat mencabar. Mencabar sabar, menilai setia dan amanah, menguji cinta dan kasih sayang ...

Tak tahu nak mula macam mana.
Tapi sedari 2 Februari 2018, ujian hidup datang bertimpa-timpa (ujian cinta - sudah jatuh disapa cinta, boleh baca di sini ), disambung dengan ujian kesetiaan dan amanah dalam persahabatan yang sungguh menguji kesabaran, kesetiaan dan kepercayaan tahap maksima. Berlaku perselisihan faham, persengketaan, buruk sangka yang menghilangkan inspirasi untuk ke kelas. Study dah lah susah, nak mengadap pula orang yang khianat kat kita, orang yang berani biadap marah kita tanpa usul periksa, orang yang buruk hati dengan prasangka yang bukan-bukan.  Allahuakbar.  Kalau hati tak kental, niat menuntut ilmu tidak diset pada nawaitu yang betul dari awal, nescaya pasti kularikan diri dari semua keserabutan itu.  


SAYA TAK SERONOK. SAYA TAK GEMBIRA. SAYA SEDIH. SAYA LETIH.


I am who I am, from my head to my toes.
I tend to get loud when speaking my mind.
Even a little crazy some of the time.
I'm not a size 5 and don't care to be.
You can be you and I can be me.
I try to stay strong when pain knocks me down.
And the times that I cry are when no one's around.

To error is human or so that's what they say.
Well, tell me who's perfect anyway.

I’m only human
And I bleed when I fall down
Cause I’m only human


 I crash and I break down


Your words in my head, knives in my heart


You build me up and then I fall apart


'Cause I’m only human.

Perjalanan 135 hari mencari cinta ini terlalu banyak berdarahnya hati saya - bukan calar dah, memang berdarah sungguh. Terlalu banyak air mata yang mengalir.  Tapi dari ujian cinta itu saya dapat tapis, siapa kawan siapa lawan, siapa spesis gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan spesis yang bijak mengambil kesempatan. It's so hard for me to trust anybody anymore.  

Namun Maha Suci Allah ...  masih ada yang setia, masih ada yang kasih, miliki rasa ihsan yang masih tebal di dalam jiwa.

Buat kalian yang setia bersama ku... ibu ayah keluarga dan seluruh sahabat tercinta ...
yang tanpa jemu doakan kesejahteraan saya agar kekal waras dan mampu bertahan ... 
yang percaya saya tak buat benda yang ditohmah dan difitnah ...
yang berada di library sampai lampu terpadam ... 
yang tolong lengkapkan tugasan saya yang dah mereng tak boleh render ...  
yang tolong baca, semak dan betulkan artikel jurnal saya dari puasa sampai ke malam raya ...
yang bantu saya with food and medicine ... #kesihatansayasemakinmenyusut #pray4huda

saya sayang kamu semua... Semoga Allah sayang kamu dan saya juga. Saya mahu bersama kalian sampai syurga .... Insha Allah.

Ujian tidak terhenti disitu, ditambah pula dengan rumah yang tak siap, dengan pemaju buat hal, ppj buat khianat, kontraktor ubahsuai buat 'taik' a.k.a renovation tidak berjalan seperti yang dibincang dan dijanjikan.  Siap tak siap kena pindah juga. Dah cukup haul untuk kosongkan rumah lama. 

Ujian paling terkini ... laptop meletup dan terbakar.  Kemuncak kepada kemurungan dan kerunsingan.

Nak mereng rasa. Nak tanggung sendiri tak tau nak luah kat siapa. Semua punya cerita cinta dan ujian yang berbeza. 

Tapi Allah janji tiap kesukaran disusuli kemudahan...

Allah beri peringatan banyak kali dalam Al-Quran (baca SINI ) :

Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Quran, 2: 45).  

Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
(Quran, 2: 53).

Tapi dipenghujungnya ... saya dah terlalu letih ... "Hati yang sentiasa memahami kadangkala tidak mampu bertahan lagi" ... mood dah tak berapa baik ... dari diam tanpa kata, sudah mula berubah cara dan budi bahasa ... Sungguh!


Ujian tidak bertujuan untuk melemahkan
 namun 
respond kepada ujian itu menentukan nilaian kita disisi Tuhan.

Namun disaat daya tahan yang semakin menyusut, saya terjenguk pula peringatan ini ... 














 "Seek Forgiveness of your Lord and repent to Him, [and] He Will Let you enjoy a good provision" [Quran 11: 3]

"Ask Forgiveness of your Lord and then repent to Him. He will send [rain from] the sky upon you in showers and Increase you in strength [added] to your strength." [Quran 11: 52]

"Ask forgiveness of your Lord. Indeed, He Is ever a Perpetual Forgiver. He will send [rain from] the sky upon you in [continuing] showers. And give you increase in wealth and children and provide for you gardens and provide for you rivers." [Quran 71: 10- 12]

and many more you guys can refer to link below for full version of explaination, Insha Allah.


Semoga Allah rezekikan kita semua keampunan NYA.
Semoga baki usia ini kita lulus semua ujian dari NYA.
Semoga kita pulang bertemu pencipta kita Allah subhanahuwataala dalam keadaan yang telah diampunkan dosa-dosa kita, diterima amal ibadah kita semua, ada tempat buat kita di SYURGA NYA, dekat di sisi NYA dan dapat bersama semua yang kita cinta dari dunia sampai syurga.

Mohon doa rakan-rakan semua, semoga Huda dapat meneruskan dan menyiapkan projek akhir yang bermanfaat pada semester hadapan, dan lulus dapat A projek tersebut dan dapat A untuk 1 lagi baki subjek, semoga Huda beroleh ilmu yang berkat dan bermanfaat untuk ummat dan menjadi bekalan asbab untuk Huda dapat husnul khatimah dan SYURGA FIRDAUS NYA ... Semoga Allah rezekikan kalian rezeki yang baik bahkan lebih baik jua. aameen ... Insha Allah ...

Sampai kita bertemu di syurga NYA.

#hudasayangsemua
#pray4huda
#my-back-to-school-story

@loves_nhhas

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


4 comments:

  1. banyak quotes yang best.. you can do it kak..!! i know u can..

    ReplyDelete
  2. Artkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ

    ReplyDelete
  3. ujian yg menimpa, seharusnya buat kita lbh kuat. kenapa? sbb kita dah tahu jawapan kpd ujian tersebut. ia tidak ditimpakan ke atas kita melainkan ia mengikut kemampuan diri. jd, usah bersedih dgn ujian sebaliknya bersyukur krn bila kerap diuji kitalah org yg plg kuat dan disayangiNya...

    ReplyDelete
  4. bertabahlah..tawakkal & doa...kes kwn2 khianat, tabur fitnah, mmg sangat menyedihkan..

    semoga semuanya berakhir dgn baik & with good results..aamiin..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)