Wednesday, February 28, 2018

Bab 2/2018 : Sudah Jatuh disapa CINTA


In the name of Allah,  the MOST beneficent, the most MERCIFUL


2) Do men think that they will be left alone on saying " We believe", and not be tried?

(Adakah manusia itu mengira mereke dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?)

3)And certainly We tried those before them, so Allah will certainly know those who are true and He will certainly know the liars.

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Surah Al-Ankabot (Surah number 29) verses 2 - 3.




18 Jan. 2018
Adik teks me asking for help. She is in deep pain.  Rushing balik kampong.

19 Jan.2018 
seharian di emergency.

22 Jan.2018
Minyak hitam leaking … repair kat kedai cina RM400 (gile ko cekik darah).

25 Jan.2018
Balik putrajaya.
Selesaikan urusan di fakulti.
Selesaikan urusan rumah
Selesaikan urusan dengan penaja.  Keluar pejabat penaja tengok nombor plat kereta dah tertanggal.
Ya Allah. Ok rushing ke kedai, Alhamdulillah sempat siapkan no plat, siap pakej wiper dah terkopek,  spring belakang bonet pun dah longgar.  Total damage RM145.
Zikir huda zikir … Rahmat Allah nak datang.

5 Feb.2018
Kontraktor renovate rumah bagitau rumah tak boleh siap sampai hujung Februari 2018.
Nak pitam rasa.  DARI OKTOBER KOT… Sabar sabar ... ada hikmah Allah nak bagi ... 

10 Feb.2018

Keputusan peperiksaan semester satu dipaparkan. Alhamdulillah lulus semua subjek. Alhamdulillah thank you Allah.

11 Feb.2018

Dalam perjalanan pulang dari rumah along (lepas kenduri birthday ariff), jam menunjukkan pukul 1140 malam ketika kereta saya stop terus kat highway…  1140 malam kereta stuck tak boleh gerak. Mujur sempat susur ke kiri dan tunggu abang long sampai 40 minit kemudian.
While waiting for 40 minutes, we can start the engine back and drove back to home.  Unfortunately, at the traffic lite near to my house … the car stop again … kali ni pakej temperature naik … elok pula dalam both my car and abglong’s car tak ada air spare … selalu elok je ada.  Since the traffic lite quit near to my house, abglong pun barlari mengambil air kat dewan rumah …
Wait for a while, then cuba juga untuk drive sampai depan rumah.
Pukul 1 pagi – apartment – mana nak ada parking dah.  Parking je lah kat kawasan lapang dan terlarang dengan nota “waiting for towing … sorry for others inconvenience cause by me”…

12 Feb. 2018

HARI PERTAMA KULIAH bagi semester 2 dalam perjalanan 135 hari mencari cinta fasa kedua.

HARI PERTAMA KULIAH dah tak ada kereta … sedih… mujur ada kereta abah. Pinjam lah buat ke kelas.

Balik kelas jam 2ptg, call kawan – chor, he help me out to bring the car to the workshop.
Suspect : radiator leaking.

13 Feb. 2018

Bengkel call  maklumkan kereta dah siap.  Since all my brothers are busy and work out of my radius, maka sekali lag ichor lah menjadi mangsa membawa saya ke bengkel. Siap pakej dengan kelima-lima anaknya sekali. Hihihi.
Total damage RM243.00
Memandu pulang kereta ku… sampai rumah dah rasa kenapa hood bonet depan ni panas bebeno. Impossible from DPP to P9 boleh sepanas itu. Dalam hati dah dup dap dup dap.  Tengok temperature tak naik pun.  Ok zikir.  Mungkin sebab baru kot.

14 Feb.2018

Hari ke-3 kuliah.
Bawa kereta sendiri ke kuliah. Pagi kereta masih ok.  Pulang dari kuliah jam 2 ptg, kereta terus maksimum temperature. Masa tu kat Gate 1 Bangi-Putrajaya.  Chor suruh berhenti tepi tunggu temp turun. Salah saya kot. Sebab takut kalau berenti nanti enjin mati tak boleh start. Since DPP tu kurasa dekat. Ku terus drive ke bengkel semalam tu kat DPP.
Nak marah juga lah … tak sampai 24 jam keluar bengkel.
Ok kereta kena tinggal.

Call kawan2 siapa boleh pick up dekat bengkel.  Cah help me out. Alhamdulillah.
Adik try to pick me up but her gps gelong so she lost somewhere I dono where. Kesian dia.
15 Feb, ma abah dan adik kena balik kampong sebab adik ada appointment.  Me trying very best to pretend strong in front of my parents yang ALL IS WELL, Don’t worry mama abah, I still can go to school. Don’t worry.

Malam –
Text all my neighbour and frens siapa yang “satu sekolah” dengan I esok sebab I nak tumpang. Ok no one belajar sama sekolah dengan saya. Semua belajar sekolah lain. Kecewa.

Menggelupur install apps grab and uber, tak boleh install pula. Dah install tak detect location. Ya Ampun macam2 hal.

I text mr presiden TX sebab pernah dengar dia buat kereta sewa … tapi dia sedang berkursus dan tidak tengok handphone sampai minggu depannya.

Finally, mesej kak suraiya, nak pinjam kereta dia pergi sekolah. Alhamdulillah kak su sudi nak bantu.

15 Feb.2018

Pergi sekolah dengan kereta kak su.
Parents went back to kampong.
Call bengkel ; bengkel cakap kereta still tak boleh siap. They are investigating what’s wrong with it since the temperature still maksimum dah tak boleh turun2.
Unfortunately we faced LOOOONGGGGGG weekend due to CNY.

16 Feb. 2018

Balik kampong. Tumpang mahani. Tapi saya kena jumpa dia kat KL sentral … memang normalnya begitu. Tatkala kereta ku tiada bermasalah pun memang kami suka carpool balik kampong. Itu je masa yang kami ada untuk berjumpa dan berborang panjang tentang kehidupan.  She is my bestie since 1995. Hihihihi.
Ok since my house quite close to P.Sentral. Walkable distance, so I walked to the p.sentral.  Pun perkara biasa saya lakukan kalau nak ke mana2 sendirian, saya jalan kaki je ke tren station.
LITTLE THING THAT I’M NOT AWARE WASssssssss PUTRAJAYA SENTRAL TUTUP untuk pembangunan MRT …. What the heck… Ok tengok depan tu semua dah tutup … Takkan saya nak pusing ikut jalan belakang ke tempat teksi dan bas…. Sangat jauh … lebih baik patah balik rumah dan tak payah balik kampong.  Tapi atas prinsip nak tunjuk STAY STRONG depan mak ayah, tak nak diaorang susah hati … ku redah juga construction side tu untuk tembusi ke dalam station …. GILER JAUH TAK TIPU … jalan tak smooth tak boleh heret bag, kena pikul mujur bag kecil.  Half way walk thru the pedestrian walk tu saya nanges sepenuh hati.  Saya give up sebab tak jumpa exit. Ya Allah … kegilaan apakah yang saya cuba lakukan … dah siap cakap TAK NAK BALIK …. Hwaaaaa … text mahani …. 
"Weih aku tak nak balik. Aku dah tak larat nak jalan.  Hwaaaa"

Tension je member tu dengan saya.
Tapi ntah lah … kaki k uterus melangkah sampai jumpa exit … FINALLY yeay … tengok tren ke KL Sentral lagi 2 minit. Berlari2 beli tiket dan menuruni tangga … masuk tren sambung nanges… lantak lah orang nak fikir apa. 
Sampai kl sentral, jumpa mahani sambung lagi menangis.
tension + letih dan sedih
(harap none of my family member read this especially my parents)
Kan nak stay strong tapi tak adalah strong mana pun sebenarnya.

18 Feb.2018
Balik ke Putrajaya.

19 Feb. 2018 
Kuliah batal.
Pergi ke bengkel dengan abg long – tak siap lagi. Bengkel cakap still investigating. Tapi confirm kereta kena multi overheat.  Sampai stick yang dalam engine oil tu CAIR baq ang.
Hwaaaa …. Tensionnnnnnye…
Zikri huda zikir…
Rahmat besar Allah nak hadiahkan.

20 Feb .2018

Sewa kereta Mr President for one week. Harga sewa kawan-kawan. Thanx Izue…
Balik kuliah, singgah bengkel.
Bengkel turunkan enjin kereta tanpa bagitau saya
Dan saya sangat marah.
Tak tau napa saya marah. Saya rasa bengkel tu tak tau apa dia buat … hahaha
Bengkel insist nak tukar dengan enjin lain – half cut from japan katanya.
Saya tak confident … ENjin kan tertulis dalam geran … SO saya tak tau. Kalau tukar enjin, geran kereta dah tak valid lah kan… kena bawa kereta ke puspakom tak untuk update engine?  Tapi kalau masuk puspakom panjang citer…. eh ye ke?

So saya paksa bengkel overhaul je enjin asal.  Bengkel insist tak boleh. Saya insist nak. Tapi kena maintain jangan gaduh sebab dia dah buka semua enjin kereta saya. Gaduh kang, takkan saya nak kutip satu-satu skru, chain plat segala bawa balik. Hahahaha…
Berdamai.

Bengkel cakap dia try skim, overhaul dan pasang balik. Honestly saya pun tak tau apa keputusan yang saya patut buat sebenarnya.

I asked around, but my circle of communication tiada pengalaman ini dan pengetahuan ini. Maka saya tak dapat buat keputusan yang baik disebabkan TIADA ILMU dan TIADA PENGALAMAN.

Lepas ni saya nak ambil masters kejuruteraan mekanikal automotif pula… Siap kau. Thesis degree saya attach dengan pensyarah kejuruteraan mekanikal bahan…  jangan main tau …. Hahahaha
Gelak lah gelak … Luka dihati tiada siapa yang tahu.  Nanges nye saya hari-hari Allah je yang tahu.
Bengkel tak dapat siapkan kereta sebab dia kena tunggu kedai cina buka untuk beli barang dan skim enjin.

Target kedai cina buka 23.2.2018 … And I was like dah kenapa 23 baru kau nak buka kedai. Buka je lah 26 terus… Sakit betul hati.  Kalau kau dah tahu kedai tutup yang kau buraikan enjin kereta aku dari 20 Feb dah kenapa.
Zikir huda zikir.
Ada rahmat besar Allah nak hadiahkan.
Sabar-sabar.

From 20 till 23Feb.2018 saya berulang ke kuliah dan bengkel guna kereta izu.

23 Feb.20118

Ok enjin dah skim, pergi bengkel dia tengah pasang balik. Ok lah Alhamdulillah. Tapi paling awal dia boleh siap 27 Feb.2018
Ha sudah … macam mana nak pergi kelas 26 dan 27 Feb. 2018. Stress. Nak sewa kereta dah tak mampu. Naik uber pun mahal.
Penyudahnya minta tolong kak su sekali lagi. Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab rezekikan kawan-kawan dan ahli keluarga yang berdekatan yang dapat tolong.

24 Feb.2018

Along ajak pergi program ke rumah jalinan kasih kat cheras.  Seronok juga.
Release tension dan rasa stay strong kembali.  The kids, give me an inspiration to move on.  Entri tentang trip ke rumah jalinan kasih ku nukilkan kemudian, Insya Allah.
Petang …. Pergi makan kat jeram. Haruslah abglong belanja. Adiknya ini sudah –ve lama dah ni.
Kemudian, seliper putus … Kasut ter cebeh.
So tinggal sepasang je lagi kasut to survive.

25 Feb.2018

Saya jatuh . Hit my back bone, my head, and my right arm.  Saya rasa sikit je. Sakit lah sikit. Tapi +- Zohor, tak ingat saya tertidur pukul berapa before or after zohor just for a while… Bangun tidur, seluruh badan sakit.

26 Feb. 2018

Saya dalam kesakitan tapi masih bersemangat ke kuliah.
Petang lepas kuliah, kepala saya tak boleh gerak. Saya boleh pandang depan je. Macam mana nak memandu pulang…. Hwaaaa singgah klinik kesihatan… Ingat nak suruh xray. Tapi doc cakap try pain killer je dulu.
Hwaaaaaa ….
Ok lah… kelak saya nak ambil masters perubatan juga nanti.

27 Feb.2018

Kepala dan belakang saya masih sakit.  Tak lah seteruk semalamnya. Tapi still tak boleh gerak. Nak baring pun sakit. Bawa kereta kena letak bantal. Namun semangat kental juga untuk ke kelas.
Petang. Kereta finally siap katanya. Alhamdulillah .......

Total damage RM1500.

**********************************************************************************************
End of chronology.
I’m still monitoring my car and my engine.


Allahuakbar.  Saat ditimpa ujian yang bertimpa-timpa ini …  memang aku rasa sungguh2
Apalah yang malang sangat nasib aku bulan Februari ni. Banyak betul dosaaku barangkali.
Sudah jatuh di timpa tangga. Aku nanges hari-hari sampai dah tak boleh nak nanges dah.

Kemudian Allah jentik sedikit rasa insaf.

Bukan jatuh ditimpa tangga.
Tapi jatuh disapa cinta NYA.


10:107. Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Surah Yunus : ayat 107

2: 153. Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
Surah Al-Baqarah ayat 153

Banyak pahala Allah nak bagi … Pahala sabar …  Pahala Zikri … Pahala solat … Pahala taubat. 

Moga ujian yang sedikit ini menjadi asbab untuk mudahkan jalan ku kesyurga firdaus Nya dan meraih cinta NYA.

Letih, sedih and tension, ku kira itu normal … Kita manusia kan. Punya hati punya perasaan punya rasa letih dan sebagainya.


Surah At-Talaq (65) , at the end of versus 2, ... and whoever careful of his duty to Allah, Allah will make for him a way out.

... dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{65: 3} And give him sustenance from whence he thinks not; and whoever trusts in Allah, He is sufficient for him; surely Allah attains His purpose; Allah indeed has appointed a measure for everything.

[65:3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

And Allah is fair enough that Allah does not burden any soul more than what we can bear with. As Allah mentioned in the end of  Surah Al-Baqarah {2 : 286)

{2: 286} Allah does not impose upon any soul a duty but to the extent of its ability; for it is (the benefit of) what it has earned and upon it (the evil of) what it has wrought: Our Lord! do not punish us if we forget or make a mistake; Our Lord! do not lay on us a burden as Thou didst lay on those before us, Our Lord do not impose upon us that which we have not the strength to bear; and pardon us and grant us protection and have mercy on us, Thou art our Patron, so help us against the unbelieving people.

[2:286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".



Tapi saya belajar semula … As if Allah bagi saya ulangkaji …
Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah … Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya … dan ingat tentang hadis ni … BAD THINGS NEVER HAPPEN TO GOOD PEOPLE … read here.

Semoga Allah merahmati dan memberi sebaik-baik balasan buat semua yang membantu memudahkan urusan saya sepanjang ujian ini. Semoga kita kekal bersama didunia sampai syurga firdaus NYA. Insya Allah ...

#pray4huda
#staywithHuda
#Hudasayangsemua.



Dan saya kongsikan tazkirah ringkas dari Ust Ebit Liew … moga jadi kekuatan untuk kita bertahan.

Rahmat di sebalik musibah...

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah

Untuk diri sendiri
Jom share dan sebarkan kebaikan..

******************************************************************

Doakanlah semoga urusan ku dipermudahkan NYA.  Moga kereta ku dah tak rosak lagi.  Moga saya dapat belajar dengan tenang dan lulus semua subjek semester 2 ni.  Subjek semester 2 ni sangat tough ... Machine Learning, Data Visualisation, Methodology Research and Industrial Seminar, Unstructured Data and also Statistics Multivariate.

Doakan Semoga Huda Sani lulus A dalam pengajian masters in data sains dan analitik ini secara keseluruhannya dan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk ummah. Insya Allah.

#pray4huda
#staystrong
#Allahbewithus.








8 comments:

  1. ujian itu mematangkan kita selain menjadikan kita lbh kuat. seharusnya kita bersyukur kerana melalui ujian ini kerana jika nk dibanding dgn yg lain, ujian mereka lbh bsr drpd yg kita....fighting girl!

    ReplyDelete
  2. tahniah Cik Huda berjaya lulus sem 1..ujian pertama dah lepas alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. begitu besar ujian dtg namun begitu jgk dihantar insan baik hatihati.

    ReplyDelete
  4. All the best utk sem 2 ya. #pray4huda

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.. Beratnya dugaan.. Be Strong Huda.. Banyak hikmah sedang menanti dihadapan..

    ReplyDelete
  6. Lepas diduga pasti Huda akan lebih kuat mcm mummy.. Nanti lepas ni belajar sikit2 pasal kete ye..

    ReplyDelete
  7. Semoga diberi kekuatan & ketabahan menghadapi segala ujian...setiap kesusahan akan ada kesenangan/kelapangan, in shaa Allah..

    Good luck for 2nd semester..you can do it!!

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)