Thursday, July 2, 2020

Menghitung Malaysia 7.7.2020 ~Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Assalamualaikum dan salam kasih sayang...

Julai datang lagi.

Apa istimewanya Julai 2020?
Sesungguhnya tahun 2020 ni SEMUA pun istimewa.
Hi hi hi.
Bak kata tok abah Unprecedented 

Please mark your calendar and please share this post too as I hope you guys can helps to spread the news and information to all your followers as an awareness and please give full support and cooperate in this MyCensus2020.

Tahun 2020, Malaysia sekali lagi akan melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang akan bermula pada 7 JULAI 2020 #menghitungMalaysia. 

Kenapa banci ni perlu juga dilaksanakan? Apa keperluan dan kepentingan banci ni?
Secara umum nya banci penduduk ni nak buat head count atau kalau kat industry (contoh kilang, ke pasaraya ke, akan ada sekurang-kurangnya 1 hari yang ditutup untuk buat stock take  count.
Tapi tu barang, boleh la ditutup dan dikira. Nak kira orang yang sifatnya mobilize atau sentiasa bergerak ini (dalam tidur pun ada yang berjalan. hihihi) tak boleh la "ditutup" satu hari jangan bagi rakyat bergerak kan. alaaa masa pkp yang tak bagi bergerak pun ramai curi-curi keluar kan kan kan. Hihihi. 

Objektif pelaksanaan MyCensus2020 atau Banci Penduduk dan Perumahan 2020 ni ialah:
mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data penduduk ni sangat penting untuk perancangan dan pembangunan negara yang mampan di masa hadapan.

Contoh nak bina sekolah, hospital, pasaraya, atau apa-apa fasiliti perlu bersesuaian dengan geografi dan maklumat demografi dan sosio ekonomi penduduk setempat.  Kang kawasan tak ada budak sekolah, dibuat sekolah. Kawasan yang padat penduduk tak ada pula sekolah. Begitula contoh ringkas.

Pelaksanaan banci juga dapat menjadi asas kepada anggaran dan unjuran bagi penduduk dan tempat kediaman. 

Pentingnya banci penduduk dan perumahan malaysia Mycensus2020 ini bagi :

  1. Kenal pasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia. 
  2. Maklumat ini penting untuk merancang, menggubal dan melaksanakan polisi negara Malaysia yang tercinta untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan
  3. Maklumat dari banci juga menajadi asas penentu bagaimana pembiayaan kerajaan yang bernilai berbilion ringgit Malaysia akan dibelanjakan di seluruh negara.  Antaranya: 
  • Penghasilan profil yang terperinci ini akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menggunakan maklumat daripada banci untuk membantu memenuhi keperluan-keperluan teras di kawasan mereka. 



Banci penduduk dan perumahan malaysia akan mula dijalankan pada 7 Julai 2020. 
Ya. 
Lagi 5 hari. 


Seiring dengan peredaran zaman dan juga kes Unprecedented bak kata tok abah, thanks to technology. DOSM telah bersedia dari segenap aspek Insha Allah.  Untuk itu, pada 7 Julai 2020 nanti Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia akan diadakah secara atas talian.

Pengumpulan maklumat banci secara atas talian akan menggunakan Portal Banci dan aplikasi mudah alih. Online MyCensus2020 ini kita panggil dia e-Census.  

Step dia:
1. Buat pendaftaran pada link yang akan diberikan.


bagi emel dan nombor telefon yang sah. Nanti "poskad" yang mengandungi beberapa maklumat akan di emelkan ke alamat emel yang korang dah beri. Kira macam untuk verification steps.

2. Buat pengesahan pendaftaran e-Census

3. Isi la borang e-census pada link yang akan diberikan.

Pada Oktober 2020 nanti insha Allah akan ada sedikit / minimum kerja lapangan bagi membuat hitungan akhir bagi penduduk dan perumahan di Malaysia.



Untuk Info lanjut mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jom layari laman web berikut: 


https://www.facebook.com/mycensus2020/

Banyak video pendek yang dihasilkan oleh semua Jabatan Perangkaan Negeri di seluruh Malaysia. Antara yang menarik perhatian saya ialah video dari DOSM Perak ni (click)




 
Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad
Jangan risau, 
anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci 
mulai 7.7.2020 (Selasa) - 23.09.2020 (Rabu) 
untuk mendapatkan invitation code.







Sejarah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia... 

Sedikit sorotan sejarah pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia atau lebih tepat lagi ketika itu TANAH MELAYU telah pun bermula seawal tahun 1891. 

Walau bagaimanapun pembancian pada 1891 hanya melibatkan sebahagian negeri-negeri tertentu di Semenanjung Malaysia

Seterusnya pada 1911, pembancian mula dijalankan di semua Negeri di Semenanjung Malaysia dan ia kekal diadakan pada setiap sepuluh tahun sekali secara purata iaitu 1911, 1921, 1931, 1947, 1957. 

Pembancian di Sabah (Borneo Utara) bermula seawal tahun 1921  
Pembancian di Sarawak bermula dari 1939.

Pembancian yang dijalankan semenjak penubuhan Malaysia pada 1963 bermula pada 1970 dan berterusan diadakan setiap sepuluh tahun sekali iaitu 1970, 1980, 1991, 2000, 2010 dan seterusnya, pada tahun ini, 2020 Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia sekali lagi akan diadakan.






Jom sama-sama sebar-sebarkan.

BANCI PENGGERAK KEMAKMURAN NEGARA
DATA ANDA MASA DEPAN KITA

Kerjasama Rakya Malaysia Amat Dihargai




Semoga bermanfaat
@loves_nhhas


6 comments:

  1. dulu ms kecik2 sy keliru dgn perkataan banci dengan benci hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...seriousla anies

      anies... tolong war2kan dan share2 kan pls

      Delete
  2. harap data yang diperolehi dari banci ini lebih tepat dan sahih nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Responden perlu jujur dan amanah memberikan maklumat yang betul dan tepat lagi sahih

      Delete
  3. Teringat dahulu pernah jadi pembanci. Sudah 10 tahun.

    ReplyDelete
  4. Zaman moden pakai online. Ingat dulu orang datang buat banci rumah ke rumah. Lepas tu dpt kad untuk ditampal tanda sudah dibanci

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)