CMCO : Conditional Movement Control Order is a relaxation of regulations regarding the MCO with its main objectives to reopen the country economy in a controlled manner.
CMCO was scheduled to start from 4th May 2020 and we are still on it.
MCO : 18/3/2020 ~ 3/5/2020 (51 DAYS)
C-MCO : 4/5/202 ~ today
-----------------------------------------------------
Betul ramalan ku dalam entri yang lalu.
"So korang rasa sambung ke tidak?
Saya rasa sambung sampai hujung April itu sudah pasti.
Tapi Mei, mungkin 50 50. Perlu ada keep n release methodology.
Ada kaedah pelepasannya. Akan ada industri yang dah boleh di release secara berperingkat dan bersyarat kerana ..... "
Boleh baca selanjutnya di entri SINI
Sebenarnya tak tahu mula tulis macam mana.
Tiberrr rasa diri sendiri sangat #lessuseful. (useless is too much okay)
Tengok semua orang buat macam-macam kebaikan. Rasa semua orang menyumbang dengan terlalu hebat, while me sitting here doing nothing. 😭
Rasa down tak boleh nak describe.
Baca ig ust ebit lew. (LINK)
Ya Allah banyak nya kebaikan yang dia dah buat. Ya Allah berkatnya kekayaan yang dia dapat. Ya Allah dia bekerja dah kalah wakil rakyat. Allahuakbar. Menyoroti satu persatu bantuan yang beliau berikan. Perhhhh bukan calang-calang weih, dia bayarkan sewa SEMUA orang yang susah yang dia tolong untuk pindah. Allahuakbar. Semoga lah huda boleh jadi hamba yang memberi manfaat kat orang lain macam tu. Ameen Ya Allah Ya Mujib.
Petikan dari ig ustaz ebit lew
..... Kita berdosa yer ayah kalau ada orang susah kita tak tolong. Nanti Allah tanya di akhirat yer? Yer anakku kita akan ditanya kita tidur lena ada orang lapar atau tiada tempat tidur. Terima kaseh ayah. Dia tengok ayahnya bantu keluarga susah. Berbincang tentang makcik atas kerusi roda.
...... Jadi orang Islam yang ingin belajar akhlak Nabi saw. Bawa kebaikan pada semua manusia sebelum mati. Cuma nak Allah sayang.
----
Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.
Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. [terkesan betul aku dengan ayat ni. Nanges weih]
Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.
Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.
Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.
Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka-ebitlew
----
Walau kejadian di Kedah sedikit masa lalu I think maybe make him down or upset a bit,
Tapi he did come back to Kedah and helps others.
Once i watched his video saying this:
dalam hidup
jangan terkesan dengan orang
jangan minta dengan orang
jangan harap dengan orang
TERKESAN + MINTA + HARAP dengan ALLAH
Kita buat apa pun untuk Allah sayang
Kita buat baik untuk Allah sayang
Kita buat dakwah untuk Allah sayang
Kita puji Allah untuk Allah sayang.
Orang nak keji
Orang nak puji
Itu bukan urusan kita
_ust ebit lew_
Ya Allah Semoga Huda diberi kekuatan untuk bangkit dan bertahan.
Ya Allah didoakan semoga huda di mudahkan urusan kerja dalam memikul amanah negara ini dan ditempatkan ditempat yang terbaik dengan orang2 yang baik.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, semoga huda dapat jadi orang baik dan sebarkan kebaikan, diberi kekuatan dan kebijaksanaan serta rasa ihsan dan kasih sayang untuk bertahan.
Ya Allah Ya Mujib.
Perkenankan segala hajat² yang baik yang dipinta oleh penduduk bumi-Mu.
Makbulkan segala kebaikan yang dipohon.
Kami lemah.Kami hina.
Hanya dengan rahmat kasih sayang Mu, ihsan MU, aib kami ditutup.
Darjat kami ditinggikan.
Terimalah amal kami.
Ya Allah Engkau pandanglah usaha kecil kami ini Ya Rabb.
Jadikan kami istiqamah dengan amal ibadat kami hatta selepas Ramadhan berlalu pergi. آمين
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Allah Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami,
Jaganlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu.
Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu
Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit,
Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan.
Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa,
Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..
justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...
pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka,
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka,
jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka,
jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka,
jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah… agar dapat beribadah bersama kami.
Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti.... sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikul Mulk…
Ya Allah Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu....
sebaliknya, Jaganlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan,
Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin ya rabbal a'alamiin
Akhir kalam. Dipanjangkan link kalau nak ber infak.
Last but not least Terimalah video DRAMA RAYA HUDA .... hi hi hi....
Huda mohon maaf salah silap pada semua.
Salam kasih sayang
@loves_nhhas
amiin..Ya Rabbal'alamin..syukran for sharing..
ReplyDeletejgn rasa down, kita menyumbang apa yg terdaya, kalau x boleh turun ke lapangan, boleh derma wang ringgit, titipkan doa, moral support..
raya sesorang ke kt Putrajaya? Allahu sedihnya..stray strong, sis..
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
salam aidilfitri bulan syawal ni ye., maaf zahir batin dari wak., ;p
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Huda syg... Maaf Zahir dan batin
ReplyDeleteAs-Salam tuan tanah... Pe kabo? lama tak tinggalkan jejak jari di sini... 😅
ReplyDeleteassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeleteSalam Huda. Lama tak mai borak2 kat sini. Syawal pun dah habis tapi masih tak terlewat nak berusaha untuk istiqamah segala amalan semasa Ramadan yang lalu
ReplyDelete