Thursday, April 30, 2020

Diari MCO2020 (Day 48) : Penjawat Awam vs ...

Assalamualaikum dan salam kasih sayang

Ramadhan 1441H (Day 7)


Apa lah yang digaduhkan sangat dengan gaji orang.

Kalau orang tak ada gaji.
Orang tak boleh nak membeli. Ekonomi tak jalan.

Bagi kat "kau" dan "kau" seorang, kau bawa pergi main salji, kau bawa g naik kapal mewah.
Tu pun semua luar ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Apooooo ๐Ÿ™„
Ni nak tanya "kau" tu bayar cukai tak?

 




Recently it was so annoying to see such news in various platform especially on social media (fb, ig, twitter etc.) those kurang cerdas creatures who s questioning about public servant salary and "the gentleman" or maybe not only him but A LOT of people assume that they pay tax only to pay salary for public servant. Serious la korang.
1. Tak tau ke tax tu bayar digunakan untuk tujuan apa?
2. Tak tau ke kakitangan kerajaan pun bayar cukai?
Serious la korang yang persoalkan tu TAK TAU? Hello dah 2020 kot? Tak tau juga. Lol kesian. 




Ntah la sapa tax consultant kau tu 




Dia ni tak puas hati dengan siapa sebenarnya?
Serious la. 
Dia punya level tak sedar diri tu macam kelakar tak boleh brain.
Bukan banyak juga ke dapat p-r-o-j-e-k dengan kerajaan?


Of course la dia tarik balik agaknya setelah mendapat kecaman padu.



Sampai KSU pun bersuara. Hello KSU biasanya tak layan la benda-benda remeh ni. Tapi kali ni aku rasa mamat mamat ni dah cross the limit too much la. Adakah permohonan maaf tu dibuat sebab takut LHDN masuk audit habis-habisan ke? Ye la bak kata Datuk Suriani "Saya nak tanya, anda bayar cukai tak? Atau anda antara mereka yang tak jemu-jemu memohon pengecualian cukai? "


Dan Aku baru perasan mamat tu tulis situ "And YOU are the one paying for that #taxpayers".

#mamatnitakbayarcukaike? #sistanyaje #taktuduh

Okay la kalau aku teruskan kutukan padu dengan ayat level tinggi kelak, kurang pula pahala puasa ku hari ini dan esok dan mungkin juga kelmarin. Hu hu hu.



Meh la ku tempekkan beberapa posting pencerahan kot-kot yang mana kurang cerdas tu esok lusa kalau google boleh jumpa penjelasan ni.

Let s check it out!


1. FB Suriani Ahmad

(Sumber asal: Link sini )





Saya ingin memaklumkan kepada semua (media sila pickup ya?) bahawa government employees (penjawat awam) like me (seperti saya) are taxpayers too. Malahan saya buat potongan cukai berjadual (PCB) setiap bulan bagi memastikan saya tidak tertinggal untuk membayar. On top of that, saya masih lagi perlu menambah bayaran cukai setiap tahun pada bulan April kerana perkiraan PCB yang tidak mencukupi. And on top of that too, government employees juga bekerja untuk memastikan terputusnya rantaian pandemik Covid19. Can you come and volunteer yourself as a frontliner at the hospitals now, please? Saya nak tanya, anda bayar cukai tak? Atau anda antara mereka yang tak jemu-jemu memohon pengecualian cukai? Terlajak perahu boleh diundur. Sekian, salam Ramadhan.



2. Dari FB milik : 

Farhan Karim Al-Haj

30.04.20
7 Ramadan
Amaran: Post ni agak panjang. Kalau malas baca, jangan mulakan.
Jangan risau. Post ni bukan untuk mengecam, jauh sekali membenci. Sekadar berkongsi dengan Encik Faisal Nasimuddin Naza Corporation Holdings dan Encik Ameer Ali Mydin MYDIN Malaysia berkaitan penjawat awam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Baik. Biar saya kongsikan bagi beberapa contoh. Beberapa saja sebab nak siapkan kerja. Nak e-mel ke bos kejap lagi.
Anda rasa siapa yang merangka, menyusun dan melaksana Bantuan Prihatin Nasional yang rakyat Malaysia dapat tu? Lepas tu, bantuan kepada syarikat, PKS dan lain-lain. Anda rasa yang PM umum tu PM buat sendirian ke? Atau Menteri Kewangan saja? Tak. Group yang merangka, menyusun dan melaksana bantuan yang anda dapat tu semua penjawat awam daripada pelbagai gred. Bersengkang mata, perah idea, dari peringkat atas sehinggalah ke bawah, bertungkus lumus nak pastikan dasar yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya, supaya anda semua dapat DUIT ratusan juta ringgit. Ingat ya, nak bagi duit kepada jutaan rakyat dan ribuan syarikat dan PKS bukan perkara mudah seperti anda menulis senarai barang kepada suami supaya beli di pasaraya MYDIN.
Team kewangan pula bertungkus lumus untuk pastikan bayaran dibuat dalam tempoh PKP ni. Nak bayar kepada siapa? Kepada pembekal yang ada ikatan kontrak atau yang telah bagi servis kepada kerajaan. Siapa pembekal ni? Pembekal ni adalah syarikat-syarikat bukan kerajaan. Team kewangan ni nak pastikan supaya syarikat sustain, ada duit nak rolling bayar gaji pekerja mereka dan sebagainya. Siapa je yang terlibat dalam team kewangan? Penjawat awam dari gred atas sehinggalah ke gred bawah. Perlu diingat, proses kewangan bukan proses semudah anda membayar barangan di kaunter MYDIN. It involves documentations, approval etc. Kenapa banyak prosedur? Sebab team kewangan ini bertanggungjawab ke atas WANG RAKYAT iaitu hasil cukai negara. Mereka uruskan duit rakyat dan perlu pastikan tahap integriti menguruskan duit tersebut.
Team perolehan (procurement) pula lain cerita. Pening kepala nak bersidang dalam keadaan yang sangat strict. Eh, kenapa pula bersidang bagai ni? Sebab nak pastikan syarikat-syarikat bukan kerajaan ni DAPAT JOB. Job ni untuk pastikan syarikat sustain, tak buang pekerja. Pekerja ni siapa? Pekerja ni orang yang bukan penjawat awam. Supaya orang-orang ini dapat membayar hutang beli kereta NAZA (lepas tempoh morotarium). Perolehan ni melibatkan penjawat awam juga dari atas sampailah bawah. Tak boleh buat kerja di pejabat, bersidang online, buat video/ voice conference. Stress siapkan documents dan macam-macam lagi. Sebab nak pastikan proses perolehan ini dilaksanakan dengan telus, adil dan berintegriti.
Team komunikasi korporat. Anda rasa berita yang anda dapat online dan sidang media tu siapa yang siapkan? Menteri sahajakah? Tidak. Penjawat awam dari pelbagai peringkat yang uruskan, bersengkang mata nak pastikan data dan fakta betul. Buat kerja sampai ke sahur sebab nak edarkan kepada wartawan supaya wartawan dapat hebahkan kepada rakyat. Siapa rakyat? SEMUA warganegara Malaysia dan juga antarabangsa. Ingat ya, nak siapkan data dan fakta bukan macam sales person pujuk anda nak beli kereta NAZA.
Team bawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara. Anda rasa siapa yang uruskan mereka? Penjawat awam dari pelbagai peringkat. Bilik operasi 24 jam buka, terima panggilan daripada rakyat dalam dan luar negara, siapkan rekod untuk pelan dirangka dan tindakan sewajarnya dilaksanakan. Penjawat awam ni bukan sahaja yang ada di dalam negara, bahkan di pejabat-pejabat luar negara. Bertungkus lumus pastikan rakyat selamat pulang. Nak bawa pulang rakyat dari luar negara bukan semudah memandu kereta NAZA dari KL ke Perlis ya, hanya berbekalkan minyak petrol, duit tol, kad pengenalan dan lesen memandu. Banyak prosedur kena patuh.
Team uruskan pelajar IPT (kira berapa banyak IPT di Malaysia) semasa di kampus. Anda rasa siapa yang uruskan mereka? Pekerja MYDIN atau NAZA? Tidak. Penjawat awam yang uruskan kebajikan mereka. Dari peringkat perolehan dan pembayaran (nak beli makanan mereka dapat tu melalui proses perolehan dan pembayaran ya. Bukan order macam tu je di MYDIN) sehinggalah kebajikan dan keselamatan mereka.
Team uruskan penghantaran pulang pelajar IPT. Siapa yang uruskan mereka? Pekerja MYDIN atau NAZA? Tidak. Penjawat awam. Dari merangka perancangan, bilik operasi 24 jam, pemandu bas, semuanya penjawat awam.
Team mahkamah pun kerja. Siapa mereka? Penjawat awam. Berita 7 hakim bersidang online tu. Anda rasa hakim-hakin tu sahajakah bekerja? Tidak, melibatkan penjawat awam lain. Nak setting kamera tu pun perlukan orang ICT. Siapa orang ICT? Penjawat awam. Belum masuk documentation lagi. Semua ni dibuat sebab nak pastikan sistem kehakiman negara terus kukuh walaupun PKP.
Tu belum masuk pengawal bertugas, pemandu, Pembantu Operasi, Pembantu Awam yang bekerja dan tugas harian mereka untuk pastikan operasi berjalan semasa PKP.
Banyak lagi team penjawat awam lain yang buat kerja belakang tabir dalam tempoh PKP ni secara bergilir-gilir kerana perlu mematuhi PKP. Di pejabat dan dirumah. Nak senaraikan siapa dan apa mereka buat sangat panjang, dan tak perlu pun sebenarnya. Aku tulis ni pun sekadar nak berkongsi dengan Encik Faisal Nasimuddin dan Encik Ameer Ali Mydin. Maka berkongsilah kita ya. Tidak lah kata kami hanya duduk di rumah melepak tengok Netflix, masak-masak lepas tu post dalam group masak tak jadi. Hehe.
Nak dijadikan cerita, dalam keadaan begini, janganlah cetuskan onar. Cukuplah Malaysia ada SENIMAN Persatuan Seniman Malaysia dan Vivy Yusoff FashionValet.com
Terima kasih.
Ikhlas daripada Penjawat Awam yang bekerja tatkala PKP dan juga merupakan pembayar cukai setiap bulan tanpa kompromi.

*****
Bak kata senpai aku


Senpai aku ni adalah golongan manusia yang sangat baik. 
Jenis tak pernah sound or sakitkan hati orang.  Tapi tiberrr boleh bagi statement macam ni. 
Hu Hu Hu.
Okay kak kita sama #gengmainsaljikuistepipetiais,


So hurt seeing the lifestyle of rich people like you. Levish and arrogant. And yet still dare to questione on others income yang tak seberapa ๐Ÿ˜ญ don't you know that during this pkp many of government staff work extra hours and need to respond 24/7. The strugle with equipment, family and work. There are a lot of issues yang nak kena tackle and handle. 
This is just so hurt. Orang kaya macam u takkan rasa. Nak cari pc dan laptop nak survive nak pastikan semua kerja boleh deliver, anak2 boleh study. The strugle is real. And you dare to give such statement. Bold and arrogant Sir ๐Ÿ™„

******

Aku tak nak participate pun isu-isu macam ni. Tapi makin hari makin melampau pula. 

Dari isu vv yusuf (I red and I listen to what she s said to the posting yang dia dah deleted tu. Bukan tentang apa yang ramai netizen yang menokok tambah tu. Aku sebenarnya marah ngan vv ni terhadap apa yang dia sebut masa dia tengah live dengan ci-- sme tu at the same time tan sri azlan sedang bersiaran beri penjelasan tentang situasi ekonomi dan bantuan prihatin nasional tu.  But since she deleted the post, dan play victim, siapa je la boleh buktikan apa dia cakap masa live tu kan. Kalau dia dipihak yang benar kenapa dia delete.

Membawa ke isu ustaz ebit lew, pastu isu rohingya and pendatang asing. wuhuuu. I've a lot to write tapi bukan semua boleh dikongsi secara terbuka. 

Tapi dalam situasi ini, yang kita semua tak pernah alami. Nak rujuk previous journal pun tak ada. Ye la kali akhir yang teruk pun 100 tahun yang lampau. Tun M pun belum lahir lagi kan. 
Kenapa kita tak boleh bersatu padu dan menang pertarungan pandemik ini habis-habisan?

Adakah terlalu lama PKP stay at home menyebabkan ramai yang mental dan mula mengeluarkan ayat-ayat yang tak berfikir sebelum publish.

Sedarlah. Dunia ni dah nak sampai ke penghujungnya pun. Kiamat kecil buat kita can be anytime.  Jom la sama-sama usaha jadi baik. Sebar kebaikan dan hidup dalam kebaikan dan kasih sayang.  Sesungguhnya ....  Setiap pekerjaan yang halal itu adalah baik.



Setiap Pekerjaan Ada Kepentingan

Mohon maaf salah silap dari saya.

Salam kasih sayang
 @loves_nhhas

3 comments:

  1. Tak pernah tgk Huda mrh ni..siap hurai cm tesis tuuu

    ReplyDelete
  2. Haih tulah. Setiap orang ada function dia dalam ekonomi. Kenapa perlu dengki rezeki orang.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)