Tuesday, March 30, 2010

Terima Kasil Daun Keladi...

Assalamualaikum wbt...



ini dipanggil TAG kah?
apa pun terima kasih lah en cerp.

tapi len kali jgn ar letak syarat.... huhuhu....

Syarat:-
1. Thank and link the person that gave you the award - Thank you en. cerp ... me? beautiful? ngeee :)

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic:

wow... tiada cukup 15 pun ok kot... hihihi...

3. State 7 things about yourself:

i. Hari Isnin - blur
ii. Selasa - paling gembira sbb ada kelas
iii. Rabu - always tiring day
iv. Khamis - hati berbunga ceria
v. Jumaat - Kecerian makin terserlah
vi. Sabtu - membahagiakan
vii. Ahad - Lawatan wajib ke KMS - malam mula mengumpul motivasi untuk Monday blur....
(it was just a joke btw) hihihi



Pecah Kaca Pecah Gelas

Assalamualaikum wbt...

Selain dinamakan minggu kena marah dan minggu kena hukum, minggu lepas juga dinamakan "minggu ujian" ... tapi tak apa...


harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma,
itu jelas nya membuktikan
Allah mengasihi mu setiap masa
di uji tahap keimanan

sedangkan ramai terbiar
dilalaikan...
(petikan lagu: Rahmat Ujian - Mestica)

Just as gud reminder to u and me…
1. Check your tyre frequently before start ur journey (journey to the west) :)
2. Pastikan tayar spare anda dalam kondisi yang elok.
3. Ada masa, belajar camna tukar tayar.
4. Jgn lupa baca doa – May Allah bless be with you and safe you.

Share experience – tayar phf pecah hangus…. Huhuhu…


see... hancus... tatau apa telah terjadi... nasib baik tak eksiden...

kena pakai tayar spare yang .... erm... comel...

maka bulan ne, melayang lah perkara berikut seperti di bawah:

apapun terima kasih kepada kakina dan wrt yang merupakan adik beradik kepada phf kerana telah meminjamkan wrt kepada saya...

May Allah Bless you my dear...

Monday, March 29, 2010

Demi Masa


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
( Surah al-Asr ayat 1-3 )...


“Setiap hamba pada hari akhirat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana sehingga ditanya empat perkara iaitu mengenai
umur; ke mana dihabiskannya,
usia muda; bagaimana dia melaluinya,
harta; dari mana dia perolehinya dan bagaimana dia membelanjakannya serta
ilmu; apakah dia sudah beramal dengannya.”

( Hadis riwayat Tirmidzi )


Saturday, March 27, 2010

Muka Buku atau Buka Buku

Assalamualaikum wbt...
Hari ini tak ada apa nak copy paste dalam ne... kehidupan berjalan seperti biasa, kecuali minggu lepas yang baru berlalu semalam. boleh digelarkan sebagai "minggu kena marah dan minggu kena hukum"....
huhuhu... tak apa2... muhasabah huda... muhasabah...
kadang2 kita ne syok sendiri rasa macam apa yang kita buat tu dah betul sangat... kita la yang paling hebat kononnya... bila "kena" skit je dah gelabah, panik, melenting tak tentu hala, mengungkit.... astaghfirullahaladzim...
Mudah2 an Allah ampun kan kita dari apa yang kita tahu dan tak tahu....
Lupa kan saja apa yang berlaku... ambil ianya sebagai pengajaran dan hikmah untuk latih diri supaya IKHLAS - walaupun susah nak dapat "nikmat ikhlas" tapi kena berusaha juga untuk dapatkannya... wallahualam.... [read more IKHLAS]
sebenarnya nak tulis pasal muka buku - ala encik facebook yang kauorang suka bebenar... ramai pulak tu "ejen" tak bergaji datang promote.... hihihi... jangan marah frens... gurau2 ja...
aku hargai pelawaan korang nak keep in touch dengan aku.... don't worry; for those yang ada kepentingan dengan aku dan rasa ingin "besahabat dengan aku kerana Allah", tanpa muka buku tu pun korang pasti "tahu" nak cari aku kat mana...
aku masih bepijak di bumi Allah, bernaung di bawah langit Allah, hidup dengan rahmat, kasih dan sayang Allah kepada aku... alhamdulillah.... Allahuakbar....
Kenapa aku belum ada muka buku ???
Mari aku bagi skema jawapannya:
1. aku tak nampak apa keperluan utk aku ada muka buku tu.
2. kalau keperluannya supaya senang nak keep in touch - aku tak rasa "ramai" sangat orang yang rindu or nak keep in touch dgn aku...aku bukan insan glamour. rakan2 yang rapat, rakan2 yang aku sayang, lectures semua pun masih keep in touch dgn aku; tak payah pun ada muka buku ne...
3. nak cari kawan baru? tak payah - rentikan.... aku takut kawan dengan stranger... kalau aku p tmpat yang tak biasa; alone, aku mesti buat muka pelik kalau aku tak suka dengan orang kat situ supay they get the msg stay away from me.... ala bukannya sombong; aku mmg tak reti sangat berkawan... mmg la dikalangan gud frens aku ne "terlebih peramah" sampai kadang2 diaorang terpaksa stop kan keramahan aku tu, tapi to start "1st hello".... aku tak reti.... jadi aku rasa alasan nak cari kawan baru cara ne tak sesuai....
4. ada yang bagi komen lagi best - mana tau kau boleh jumpa jodoh kat muka buku.... kahkahkahkah.... tolong la.... ne alasan paling aku tak blh tahan nak gelak..... wallahualam - no comments.... bagi yang dah berjaya, alhamdulillah dan tahniah, but for me, erm biar la dulu kot... dan i'm not that desprate to get married... life aku so far so good. bukan la pulak tak nak kawin, tapi aku rasa tak perlu terburu-buru.... mungkin lepas "Projek Mega" ne ke, aku kawin, sapa tau kan... Insya Allah....
5. i've attended a few seminars ttg BAHAYA nyer muka buku ne - so walaupun aku ne "bukan lah orang penting", tapi aku pun tak minat sangat orang lain ambik tau ttg life aku... more u get connect to internet, more u'll lost ur privacy life..... huhuhu...
6. aku rasa muka buku tu "mengkhayalkan".... dah macam wabak pun ada.... orang macam tak ada kerja lain dok ngadap mendaalah tu... my staff mmg tak berani bukak muka buku tu kat pejabat... siap dia aku bagi tazkirah karang.... hihihi... tak adalah... staff aku semua baik, rajin n sgt dedikasi.... alhamdulillah... beruntung sgt dapat staff yang best walaupun "bos kecik" ne kadang2 rasa nya boleh kena baling luar balakoni belakang cubical... hihihi.... tapi betul la, muka buku tu buat orang khayal dan leka... aku tak mau mula main, jap lagi "ketagih", pastu tak tdo malam ngadap benda alah tu.... huhuhu... tak mau... aku dah bazirkan 20 tahun hidup aku dengan ntah hapa2, so tak nak buang masa lagi.... time is life.... daripada aku main muka buku tu baik aku g BACA BUKU.... nak tgk tak berapa banyak buku aku nak kena baca??? hah nnt lain kali aku paste kan... ne gambar kat pc lain... tak kuasa lak nk g ambik....
7. ada lagi best ajak aku join muka buku ne, sebab "best huda, boleh bergosip, malam2 kiteorang selalu bergosip pasal boss, semua ada".... astagfirullahaladzim..... say no to gossip... walaupun kdg2 aku layan gak citer gossip girl (xoxo) tu, tapi aku tak nak ar tambah dosa lagi.... huhuhu... cukup lah tu... banyak lagi dosa lain yang tak terhapuskan... huhuhu...
8. ada yang ajak sebab nak share gambar... huhuhu... tak apa la, hilang privacy kalau asyik tayang muka kat korang.... jangan risau, semua tetap cantik kerana kecantikan itu milik setiap insan.... cuma bagi aku, biarlah di tatap oleh yang sepatutnya sahaja....
9. aku tak paham ngan orang m'sia ne, asal namanya percuma, berbondong-bondong (ayat boss besar), nak join... korang ne aku berani "bet" tak baca term n conditionnya carefully... eh hello, US ke yahudi ke yang develop benda tu pun tak kalut nak ada account (aku penah baca artikel; tapi tak save pulak- rugi2) artikel tu tulis US- FBI/CIA/NASA/PENTAGON dan semua yang seadek-beradek dengannya melarang staff diaorang ada acc ne atas alasan keselamatan, tapi kita kat m'sia ne,pak polisi pun ada acc muka buku???? haila...
10. Aku nak citer banyak lagi, tapi memandangkan aku nak g jumpa kakina - nk ambik baju, so terpaksa pen-off dulu.... makcik tu bizi, kang tak dapat jumpa plak.... aku dah lama tak jumpa dia ne... makcik ili ne pun dah lama tak jumpa... dia tgh p "cari minyak" agaknya.... hihihi...
ok.... aku paste kan link artikel UZAR ttg muka buku ne, n aku pun ada drop komen skit kat situ... lain kali aku sambung la, insya Allah....
AKU LEBIH SUKA BACA BUKU dari jadi HAMBA kepada MUKA BUKU.
but to all frens yang aku sangat sayangi dan hargai - kita masih boleh saling berhubung dan mendoakan satu sama lain walaupun tanpa muka buku tu.... thanx n love to all muslims....
peace no war....
huda...

Friday, March 26, 2010

Jangan Kahwini

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
(copy dari blog busu - mudah2 an memberi peringatan untuk aku supaya bermuhasabah dan bermujahadah - wallahualam)
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.Wanita
Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan "Aku membuat itu keranamu".
Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Thursday, March 25, 2010

Siti Khadijah bt. Khuwailid - 4 Keistimewaan Menjadikannya Tetap Unggul

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...

Jarak usia antara Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah ketika mereka melangsungkan perkahwinan ialah 15 tahun Nabi S.A.W. masih berusia remaja sedangkan Khadijah sudah berusia 40 tahun. Bagaimanapun faktor usia tidak menghalang keduanya untuk menjalani kehidupan bahagia, rumahtangga di antara seorang pemuda yang berbudi mulia dengan seorang hartawan wanita. Sebelum itu Khadijah telah dua kali mendirikan rumahtangga, suami pertamnya bernama ‘Utiq bin A’id at-Tamimi. Setelah berpisah dengan suami pertama, lalu Khadijah bernikah pula dengan Abu Halah at- Tamimi atau nama sebenarnya ialah Hindon bin Zurah.


Sepanjang menjalani kehidupan rumahtangga bersama Khadijah, Rasulullah S.A.W. menyifatkan Khadijah sebagai “Khairun Nisa”, iaitu sebaik-baik wanita contoh yang wajar diteladani oleh muslimat sepanjang zaman, segala tingkah laku sama ada cara beliau melayani suami, mengasuh anak-anak caranya melayani waris sendiri dan cara melayan waris di pihak suami.

Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ali; bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Sebaik-baik wanita zaman dahulu ialah Siti Maryam, dan sebaik-baik wanita di zaman aku ialah Siti Khadijah.”

Rasulullah S.A.W. ketika bercakap mengenai arwah isterinya Siti Khadijah, lazimnya sentiasa memui-muji sifat dan pekerti mulia yang telah ditunjukkan olehnya, dan situasi ini kadang-kala menyebabkan hati kecil Siti Aisyah terusik.

Seperti yang telah diriwayatkan bahwa pada suatu hari, Nabi. S.A.W. memuji-muji tentang Siti Khadijah dihadapan Siti Aisyah, maka berkata Siti Aisyah kepada Nabi S.A.W.

“Wahai Rasulullah, bahawa Khadijah itu tidak lebih dan tidak kurang hanyalah seorang perempuan tua, kini Allah S.W.T. telah menggantikan perempan tua itu dengan yang lebih baik darinya.”

Kata-kata Aisyah itu menyebabkan Nabi S.A.W. merasa marah, lalu Nabi S.A.W. menyangkal kenyataan Aisyah dengan sabdanya:

“Demi Allah, sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menggantikan Khadijah dengan perempuan yang lebih baik kerana Siti Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuri aku. Khadijah membenarkan kata-kataku ketika orang ramai mendustaiku. Khadijah memberikan simpati yang tinggi dengan mengorbankan harta kekayaannya demi kejayaan dakwah Islam, Allah S.W.T. mengurniakan zuriatku melalui Siti Khadijah, sementara isteri-isteri yang lain ditakdirkan tidak melahirkan zuriatku

Sumber: Sirah Nabawiyah (oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Tuesday, March 23, 2010

Wedding Hajar & Hazri


Assalamualaikum wbt…
Bismillahirrahmanirrahim
“Barokallahu laka wa baroka alaika Wa jama'a bainakuma fii khaiir”...



Sabtu lalu, 13 Mac 2010, selamat sudah sahabat baik aku semasa di university dulu menjadi isteri orang… bagi pantun skit kat ad…
One two three
Hajar dah jadi isteri hazri


Hmmm sebenarnya hari tu macam banyak jer idea dalam kepala nak dicoretkan, tapi gara2 bertangguh dah lebih seminggu – habis dah lupa semua… taka pa lah… tgk picture jer la cikgu wani ya...

Entri ne di dedikasikan untuk AD dan Wani sebab wani tak dapat p wedding ad ne… dan utk cik naza yang baik hati menemani saya sepanjang di jb…







the cakes


...her wedding gift - share dgn wani...

di balai cerap UTM Skudai

sedikit dedikasi:

1. tahniah buat ad dan hazri - semoga diberkati Allah dunia dan akhirat.

2. thanx to mak cik (mak ad) sebab sangat menghargai kehadiran saya menyebabkan saya rasa terharu yang amat sangat... padahal bukan apa2 pun apa yang saya buat tu... huhuhu... love u makcik...

3. million thanx to naza sebab ambil i kat airport, bawak makan steam boat, p jelajah utm, ukr jalan kat stulang, kira tangga escalator angsana, mentumpang tidurkan saya dirumah anda... terima kasih banyak.... Moga Allah memberi sebaik2 balasan untuk anda... LOVE U NAZA...

4. Wani.... dah bagi dah adiah yang anda hajati.... hihihi...

Love to all my frens......
nhhas

Friday, March 12, 2010

Bersahabat Kerana Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...

Imam al-Nawawi dalam Riyadhussolihin menyebut dalam satu bab khusus “Kelebihan berkasih kerana Allah”, yang merujuk kepada persahabatan yang terjalin bagi mencari keredhaan Allah S.W.T. dan turut dijelaskan tentang persahabatan yang diredhai Allah S.W.T.

Beliau memulakan bab ini dengan dua ayat al-Quran iaitu ayat 29 surah al-Fath yang bermaksud “Muhammad iaitu Rasulullah dan orang yang bersamanya bersikap keras tegas terhadap orang kafir yang memusuhi mereka dan bersikap penyayang dalam kalangan sesame mereka (orang islam)”.

Satu algi ayat yang disebut beliau ialah ayat 9 Surah al-Hasyr yang bermaksud
“Dan orang ansar yang mendiami Madinah dan memiliki keimanan sebelum (berlaku penghijrahan) itu, mereka mengasihi orang Muhajirin yang datang berhijrah kepada mereka (madinah)”.

Selain itu Imam al-Nawawi juga ada menyebut 11 hadis yang berkaitan dengan tajuk ini.
Antaranya ialah sebuah hadis popular yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Musli iaitu tentang tiga sifat yang memungkinkan kita menikmati kemanisan iman. Pertama TIADA YANG LEBIH DICINTAI MELEBIHI ALLAH DAN RASULULLAH. Kedua, MENGASIHI SAHABAT KERANA ALLAH. Ketiga, MEMBENCI KEKUFURAN SEPERTI DIA MEMBENCI SEKSAAN NERAKA. Begitu sekali tingginya kedudukan persahabatan yang terjalin hasil keikhlasan mencari keredhaan Allah S.W.T.

BERSAHABAT KERANA ALLAH

Sebuah hadis lagi yang masyhur dibawa oleh Imam al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti. Antara 7 golongan itu salah satunya suka ditekankan di sini sabdanya “Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.

Persahabatan mereka tidak dicemari langsung apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan buruk. Semoga kita dikurniakan persahabatan sebegini.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W. member gambaran yang mendalam bagi mengukuhkan maksud hadis di atas, Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah S.W.T. di akhirat nanti:
“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemualiaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku.”

AllahuAkbar…
Begitu sekali seruan Allah S.W.T. dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih-sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah S.W.T.

KASIH RASULULLAH S.A.W.

Sebuah lagi hadis yang dibawakan oleh Imam al-Nawawi iaitu tentang anjuran serta galakan untuk kita memberitahu sahabat bahawa kita mengasihinya kerana Allah S.W.T.
Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-NAsa’ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat bernama Mu’az bin Jabal: “Ya Mu’az, demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi mu. Kemudian aku ingin berpesan, kepada mu jangan engkau lupa membaca selepas solat doa berikut (yang bermaksud): WAHAI TUHANKU, BANTULAH AKU UNTUK MENGINGATI-MU, BERSYUKUR KEPADA-MU, dan MENGELOKKAN IBADAH UNTUK-MU”.

Lihat bagaimana Rasulullah S.A.W. sendiri memberitahu Mu’az tentang kasih Baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian sesudah itu Baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan member pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat. Itulah sikap seorang sahabat – ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!
Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-MU, kurniakan untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan- MU dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. Amin, ya Rabbal ‘alamin.

Doa minta dikasihi Rakan-Rakan

Allahumma habbib ‘abdika ha za ilaa ‘ibadikal mu’minina wa habbib ilaiyal mu’minin ”
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman”.

(rujuk kitab Mukhtasar Silah al-Mukmin, bab Fi Talab al-Du’a’. karangan Imam al-Zahabi)
Sumber: Solusi - Isu 7.

Monday, March 8, 2010

7 GOLONGAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...
Islam mewajibkan lelaki dan perempuan menuntut ilmu dan mengajarkannya pula, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan fardhu ‘ain.
Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut.” (HR: Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi.” (HR: Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :“Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini).” (HR: Ibnu ‘Asakir)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya :“Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian.” (HR: Tabrani).

Dengan adanya dua lagi hadis ini, maka dapatlah kita mengetahui kepentingan menuntu ilmu itu. Kepentingan menuntut ilmu ini sungguh mulia sehingga malaikat membentangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang menuntut ilmu itu. Tetapi ilmu itu hendaklah ilmu yang baik, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama, kerana ianya akan beroleh rahmat serta keredhaan Allah SWT. Ilmu yang didapati pula hendaklah dikongsi bersama kerana ianya merupakan sedekah kepada orang yang hendak diajarnya itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :“Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya.” (HR: Ibnu Majah)

Namun begitu, di kalangan manusia, terdapat 7 golongan yang menuntut ilmu, tak kira ilmu dunia mahu pun akhirat.

1. Golongan yang mabuk ilmu.
Orang ini menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu sehingga ada yang tidak mahu kahwin kerana katanya belum puas belajar.
2. Golongan berilmu untuk meraih kekayaan duniawi.
Orang ini mencari ilmu kerana bercita-cita hendak dapat jawatan tinggi, seperti mufti, dan bergaji besar. Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya serta mendapat banyak harta.
3. Golongan berilmu untuk menjadi pemimpin.
Orang ini mencari ilmu kerana bercita cita hendak menjadi pemimpin. Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu.
4. Golongan berilmu untuk dapatkan nama.
Orang ini mencari ilmu kerana hendakkan glamour dan nama agar ia dikatakan seorang yang intelek dan berilmu.
5. Golongan berilmu supaya dirinya tidak dipandang hina.
Orang ini belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan, agar dia tidak dipandang hina dalam masyarakat.
6. Golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
Orang ini menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara, agar bangsanya tidak mundur dan terhina.
7. Golongan ilmuan yang bertaqwa.
Golongan ini menuntut ilmu kerana perintah Allah. Dengan mengamalkan ilmu tersebut dia boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain- lain, dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, meninggikan syiar Islam dan mendaulatkan hukum Allah di muka bumi ini.

Saturday, March 6, 2010

Adakah kasihnya terbalas...- Part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh ahli keluarga baginda…
Setiap ibu akan kasih dan sayang pada anaknya.. semasa kita masih bayi, ibu jaga kita dengan baik dan kasih sayang sehinggakan dia tidak mau anaknya digigit walaupun seekor nyamuk.. Ibu kita banyak bersengkang mata di tengah malam dan tidak pernah tido lena demi menjaga anak kesayangannya. Ada satu kisah dizaman nabi.. Seorang ibu yg miskin dan janda bersama dua orang anak kecilnya datang ke rumah Aishah r.ha. Ibu ni pergi ke rumah Aishah untuk minta makanan kerana terlalu kesian terhadap kedua-dua anaknya yang selalu menangis kelaparan. Maka apabila tiba dirumah Aishah r.ha, lalu ibu tadi menyatakan hajatnya kepada Aishah untuk meminta sedikit makanan. Hadrat Aishah r.ha pun mencari makanan dirumahnya dan hanya tinggal 3 biji kurma untuk diberikan kepada ibu dan kedua anaknya. Apabila ibu dan kedua2 anaknya menerima buah kurma sebiji seorang daripada Aishah r.ha, maka kedua-dua anaknya tadi memakan buah kurma tersebut dengan cepat kerana kelaparan yg amat sangat. Belum sempat si ibu tadi menyuap buah kurma kedalam mulutnya, kedua-dua anaknya melihat sebiji buah kurma ditangan ibunya dengan penuh harapan hendak makan lagi. Maka ibu tadi mempunyai kasih sayang terhadap anaknya, dia terpaksa mengorbankan kelaparannya demi memberi makan anaknya yang lapar. Lalu si ibu tadi membahagikan buah kurma tadi kepada dua dan terus disuapkan kepada anaknya. Ini lah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
TAPI, kasih sayang Allah kepada hambanya 70 kali ganda lebih dari kasih sayang ibu kepada anaknya.
Adakah terbalas kasih sayang ibu kita?
Saat sibuk dengan kerja dan keluarga sendiri, mudah2 an Allah beri kita kekuatan utk tidak melupakan ibu yang kita sayangi.... dan ibu yang menyayangi kita...
Semoga Allah kasih pada kita semua..Aminn.........

Friday, March 5, 2010

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan seluruh ahli keluarga baginda…

1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu. Di kala mendengar azan, usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. Dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh! Apa tunggu lagi? Bukalah ruang walaupun seminit !
4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan? SYAITAN namanya!

5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan, yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh, hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, supaya tidak menular keburukan dalam diri!

6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : "Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai".
7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita, jangan keraskan suaramu dalam solat, tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati? Sekali-kali tidak! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama! Boleh mengumpat, apabila ada tujuan syarie -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung! Pelbagai lapisan datang berkunjung! Pelbagai darjat datang berkunjung! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali) Sayanglah masa saudaramu! Hormatilah waktu mereka!. Usahlah berbicara meleret-leret, tanpa haluan dan noktahnya.

Sumber: Suara PERKISA bil.1/2007-2009