Assalamualaikum wbt...
Hmmm... Hari ini semasa aku mencari emel lama, (actually tak lah lama sangat, nak cari emel Disember tahun lepas ja.) Ntah macam mana, inbox tu ter sort secara descending erm, i.e. dari emel tahun 2004 dulu kat atas, emel 2011 kat bawah sekali. Dan mata aku terpandangkan emel dari seorang kenalan lama yang agak misteri, dan aku pun bacalah emel-emel lama tu... Hmmm kenangan betul... Tarikh emel tu Februari 2004... Dah lama kan... Dah 7 tahun dah.... Fuhhh... Dah older 7 years dah aku ne. Pesan kawan lama tu secara berulang-ulang kat aku....
berusaha rerajin tau.... never give up.... kuatkan semangat awak,jaga diri baik2, berbudi bahasalah , jaga ahlak, tingkahlaku, adab n sopan komfirm orang akan suka awak nanti....
(megs_ayi)
hehehe... terima kasih kawan... sebab selalu ingatkan saya pesanan ne. Rasanya dah banyak pesanan ne yang saya langgar. Dan hari ne Allah temukan saya dengan emel lama ne semula... Baiklah. akan cuba berusaha NEVER GIVE UP nak jadi huda yang baik di sisi Allah... Insya Allah... Ameen.
Menerusi catatan lama, aku juga terpandang satu catatan lama semasa Hari Raya Aidil adha 2004 rasanya (kalau raya haji tu awal tahun lah, kalau tak mungkin raya haji 2003). Seperti biasa, aku dan along tak pernah balik raya haji sepanjang di utm sebab cuti hanya sehari. Horror dan sedih tahap superb. Mana tidaknya SEMUA cafe adalah tutup,dan kami tiada transport lagi masa awal-awal dulu, Dah final year baru ada kereta. Kalau tak beli stock makanan lebih awal, siap sedialah untuk puasa dua hari. Jadi pada tahun tersebut, mama, ayah dan adik datang beraya kat utm di rumah tamu kolej rahman putra... Cam comel betul... Mama bawak lemang dan rendang... Pastu mama masak nasik beriyani. Then kami ajak kawan-kawan yang tak balik, beraya sama-sama kat rumah tamu.... Best sangat. In fact lebih best dari Hari Raya Aidilfitri pada tahun tu... Dalam catatan aku tu ada menyatakan kisah adik bagi makan ikan kat tasik utm. Masa tu umur dia baru 13 tahun. Setiap petang adik pergi ke tasik utm dan bagi makan ikan dan dengan selamba yaya nya di kidnapp nya roti gardenia mama. Bila malam, bawak dia pergi Jusco taman U, disuruhnya beli roti kat La Bahome roti yang paling besar, panjang dan paling mahal sebab nak bagi ikan makan.... Aku cam hangin jer masa tu ngan budak kecik tu. Bagi roti yang dah expired, cukuplah. Nak tau apa jawapan adik aku yang comel tu?
"Mana boleh bagi ikan makan roti expired. Nanti ikan tu sakit perut, kesian dia... Lagipun mana boleh 'sedekah' barang tak elok walaupun pada ikan... Tak baik..."
Hahaha... adik... adik... dah besar dah dia sekarang. Sekarang dah berumur 20 tahun dah dia. Adik ne sikap mulia dia yang sangat bagus dari dia kecik lagi dari dia sekolah rendah, dia ne sangat lah pemurah... sangat-sangat pemurah. Sangat suka sedekah dan tolong orang. Mungkin sebab tu rezeki dia murah. Dia disayangi oleh semua orang dimana sahaja dia berada. seriously. Mungkin sebab hati dia sincere kot. Aku ingat lagi masa zaman dia kecik-kecik, masa dia sekolah rendah ke tadika, tak sure... tapi memang dari dia kecik molek, dia suka sedekah. Kalau dia jumpa orang-orang tua atau cacat kat tepi jalan atau supermarket, nanti dia mesti mintak duit kat mama sebab nak bagi kat orang tu. She is so adorable. Kalau singgah mana-mana masjid atau surau yang ada tabung, mesti dia akan mintak duit kat mama sebab nak sedekah... Dia memang suka sedekah. Iyerlah tak kisahlah walaupun duit tu daripada mama, tapi sikap dia tu yang sangat adorable... Dan dia memang begitu sampai hari ne. Dia ne adalah yang paling pelik dalam keluarga sebab dia sangat pendiam. Yang lain dalam rumah ne, memang riuh selagi tak tidur. Just adik. Dia memang pendiam. Hanya bercakap bila perlu dan cakap hanya benda yang bermanfaat. Sebab tu hati dia terang untuk belajar. Walaupun masa kecik dulu dia macam slow sket (bukan slow minda, tapi pergerakan, kalau nak buat apa2, sangat lah slow motion, masuk pertandingan mewarna pun dia akan keluarkan pensil warna tu sebatang dan simpan balik, keluar sebatang yang lain, then susun semula ditempatnya baru take another one... Sangat bertertib yang aku panggil sebagai lembab tak kena gaya. Tapi sebab dia budak baik dan insya Allah, Allah sayang dan murahkan rezeki dia, dia mempunyai daya ingatan yang sangat baik. Otak dia otak photostat. Sayangnya dia tak minat biologi, kalau tak, pasti dia akan jadi Pakar perubatan islam yang terbaik. Insya Allah... Tak apalah... walau apapun yang dia pilih, moga2 jalan yang diredhai Allah, memberi manfaat untuk islam, bangsa dan negara... dan moga kasih sayang, rahmat dan redha Allah sentiasa mengiringi hidup dia... Ameen....
Moralnya aku nak cakap kat sini, kalau nak murah rezeki, kita kena selalu tolong orang, dan perlu ikhlas... Lepastu jangan banyak cakap, sebab banyak cakap, nanti banyak dosa, pastu hati susah nak terima ilmu...
Wallahualam...
sekian, secebis kenangan untuk pengajaran....
hahahahha..... akak ingat jugak pasal bg ikan makan roti mahal tu...haha...
ReplyDeletepart yg adik slalu tolong sedekah kan duit mama tu... dr dia kecik, masa tadika lg....
baru2 ne ada jumpa budak kecik, mintak duit kat bapak dia sebab nak sedekah, bapak dia buat "deeek" ajer.... huhuhuhu...
ReplyDeletedalam hati ada sedikit terkilan dengan sikap si ayah.
ntahlah... tak rugi kot bersedekah walaupun 10sen. janji ikhlas. dan kita latih anak2 jadi orang yang pemurah.
dalam hati juga, ku mendoakan kejayaan adek kecil itu semoga Allah murahkan rezeki beliau dan menjadi orang yang pemurah juga. ameen...
Salam,
ReplyDeleteSerius tak ingat kejadian2 di UTM sangat. Satu2nya kejadian yang eno ingat ialah kejadian main mercun dan kantoi dengan Pak Guard. Nasib lah abah xtau kejadian ni, kalo tak jatuh la saham abang long. ha3.
Tapi budak kecik nie mmg disayangi ramai. Hari tu lepak dengan hafis pun dia tanya pasal bdk kecik nie.
kawan2 ngangah boleh hantar sms sekarang ne tanya pasal dia jer.
ReplyDeletehahaha... tu lah, orang baik ne Allah sayang kan. terang hati nak belajar... murah rezeki....
Ayuh!!!! kita berusaha menjadi orang yang baik dan orang yang Allah sayang.
Masa dah semakin suntuk... huhuhu
owh,... cerita main mercun tu...
ReplyDeletehahahaha... yang itu memang kelakar.... hahahaha...