Monday, October 10, 2011

Namanya PAVLOVA



Assalamualaikum ...
Karya masakan yang terakhir sebelum pergi...namanya PAVLOVA
di kerjakan bersama sahabat baik saya ili izyan safuraa...
kecoh jer kat dapur masing-masing dengan idea dan pandangan masing-masing...
padahal nak susun buah aje pun.
tapi ili memang terbaik lah... rajin pulak dia menyusunnya. Ili susun buah, saya buat puding manggo dan goreng ayam... kuikuikui... byk tau aktiviti kiteorang kat dapur semalam...

PAVLOVA ne di inspirasikan dari blog irmadilondon

hari-hari bukak blog irmadilondon, niat asal nak tempah aje, sebab dasar pemalas saya ne. tapi nak g ambik sangat lah jauh... pemalas juga.... tak baik tau pemalas ne. Malas tu sikap yang Allah benci...
Apa pun dengan adanya ili, ada lah keyakinan dan kerajinan sket nak buat.
Thank You Allah for sending me this girl as one of my best buddy....

***Iklan: Nota Huda***

p/s: terima kasih juga kepada sahabat baik saya Mahani yang tolong terbangkan dari jauh buku rekod kesihatan saya dan tolong terbangkan loyang dari rumah mak.
huhuhu... semua hospital tak nak bagi suntikan sebab tak ada buku.
adoiya... huda... apsal ko ne semua last minit... lepas ne nak berperang dengan inchi boss pulak nak ambik time off g injection... tengok kerutan di dahinya macam petanda tak baik je. huhuhuhu....
rabbi yassir wala tu assir. Ya Allah, permudahkanlah....ameen

 
BTW, saya copy paste kan resepinya (di copy sebijik dari blog irma, kecuali yang indikasi nota kaler merah) untuk rujukan di kemudian hari.
resepi ne pada dasarnya baca dari blog cik irma kita, tapi biasalah... bukan taat seratus peratus...
pastu berlaku runtuhan pavlova... padan muka...

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung (corn starch)

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
(nota nhhas: haku tak faham sebenarnya ayat yang last ne... tapi aku tak sejukkan pun telur tu.  kena ada skil lah pecahkan telur... ok ajer)

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
(nota huda: mulanya haku tak faham, apakah yang dimaksudkan dengan tanduk....)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
(nota huda: kami buat bentuk love... tak sebenarnya haku buat doh jadi love sbb tak ada kerja. masa tu ili p solat... kalau ili ada, mesti dia tak bagi.... hahahaha... ili garang kot... ili buat bulat - skema tot)




7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
(nota huda: jika salah suhu, nescaya rosaklah pavlova anda)

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
(nota huda: kau jangan suka2 nak putarkan guna mixer dengan gaya pemalas,  sebab terlajak putar, whipped cream yang mahal membuang duit tu akan jadi berketul2 dan kami terpaksa buang dia... rugi, aku nangis dalam hati kot - pastu kena bebel dengan ili....)
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
(bukan setakat gula, perahan lemon pun boleh kot untuk hilangkan rasa susu pada whipppin cream dan rasa manis gula... biasalah, ikut jer rasa hati sendiri, afterall, duit korang dan tekak korang yang nak merasainya)

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai...
(nota huda: kami ingkar yang ne, maka berlaku runtuhan dan rekahan pavlova tahap PATAH HATI duh... padan muka, 1st time buat dah berani derhaka...)

pastu...bila dah deco lebey kurang....
tada.... sedia untuk di makan....
Bismillahirrahmanirrahim...







 sebenarnya tak adalah sedia sangat sbb sampai terlelap lah juga tunggu "masa" dapat makan.
asyik2 ambik gambar... bila nak makan daaa....

selamat mencuba dan selamat maju jaya semua

3 comments:

  1. hahaha, adoii..lawa pulak pavlova tu dlm gambar..kalau real *opss* pejam mata je la eh..tapi rasa masih sedap hehehe..next time leh buat lagik..

    ReplyDelete
  2. ish...jgn lh citer kt orang... adeiy...
    penat dh orang lain puji ne... hehehe...
    tapi kan aku rasa pavlova ne spesis makanan bongkak lah... huhuhuhu...buah2an nya mahal...
    baik makan buah sahaja tanpa buat pavlova yang bertanduk ne... lagi berkhasiat.... kuikuikui

    ReplyDelete
  3. hahha, mmg la..mknn from overC, hehhe..currency tinggi kot :P

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)