Monday, January 9, 2012

"APPROVED".... is the thing i need now

Assalamualaikum wbt.

Hmm,... jam telah menunjukkan 12:00 tengahmalam.  Mata macam dah nak terlelap. Biasalah, golongan "infant" kan kena tidur awal.  Tapi malangnya ada 2 paper tak siap. Esok dah isnin. Bos nak sebelum tengah hari.  Owh.... Saya perlukan "hidayah" untuk menulis.  erm, habis tu yang main blog ne apa kes? ada ilham ke kat real life is real ne? blog ne mengarut jer.  Nak harap ada point tentang datawarehousing, data mining. tree list memang wassalam ler jawabnya.  Hwaaa... tak ada idea.... idea.... idea... pls come....

Hmmm inilah kelemahannya saya ini.  Cakap pandai. buat kerja pun pandai(okeh yang ne poyor perasan).  Tapi nak menulis technical paper, rasa nak lari menyorok dalam almari jer.  Hmmm macam ne ke attitude nak apply HLP? Lupakan sahaja.  Kene telek diri depan cermin besar. Layakkah aku untuk HLP? Hwahwahwa.... Dapat scholarship semasa degree dan dapat complete degree dulu pun dah bersyukur yang tak terhingga.  Ne takkan lah dah berani nak masuk kuliah balik.  HLP pulak tu. Bajet terror jer minah ne.  wahhh....

Hmmm sedang google nak tulis tentang konsep paper bagi salah satu pembangunan sistem. Sebenarnya dah beberapa kali buat presentation tentang topic ne.  Slide pun dah ada.  Basically they all agree with the concept that we propose.  Masalahnya, nak dapat cop sign APPROVED tu, mana aci pakai slide, kena ada proper paper, for endorsement and for documentation.  Ha inilah masalahnya.  I can be a very good teacher in explaining things that i understand n i did as this is my projects. Tapi nak menulis "karangan espeyem" ne, adoiya..... lemah kepala lutut eden.
Bukan boleh aci main cincai macam tulis projek final sem. Ini untuk rujukan anak cucu cicit ne, (kononyalah)....

Hmmm ok lah, looking for it seriously.   Rabbi Yassir WalaTuassir.... Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini.... Sesungguhnya dalam tiap-tiap memudahkan sesuatu yang sukar bagi ku, sesungguhnya amat mudah bagi Mu.... Bantulah aku Ya Allah.... Ameen....


No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)