NOta ceramah Sambutan
Maulidurrasul S.A.W. ;
“WASATIYYAH
TONGGAK KESATUAN UMMAH”
Ustaz Nushi bin
Mahfodz.
19 rabiulawal
1434H (31/1/2013)
*************************************************
Bismillahirrahmanirrahim...
Allah
mengiktiraf Nabi S.a.w sbg contoh terbaik.
Rujuk
surah al-ahzab ayat 21.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah
dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati
Allah)."
Islam
must move fwd, tapi jgn lupa tgk
“cermin pandang belakang”. Kena belajar
dan faham sirah. Kena tahu sikap dan teladan rasulullah s.a.w dan para sahabat. iSLAM hari ini kalah dan lemah kerana
generasi islam hari ini tidak tahu sejarah islam sebenar. Sejarah kegemilangan
islam, kehebatan islam di zaman rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Ramai
yang tidak benar2 memahami apa yang islam ajar, apa yang Allah perintah untuk
lakukan dan tinggalkan. Tiada kefahaman
kerana tiada ilmu. Dan tiada initiative
untuk menuntut/ mencari ilmu.
Antara
syukur dan sabar, yang mana lebih
mudah?
Syukur
akan jadi mudah kalau kita ingat/tahu ianya lebih dari sekadar “alhamdulillah”.
"Alhamdulillah" is just a mukadimah dalam bersyukur. (tu pun mujur
lah kalau sebut).
Syukur perlu
dibuktikan dengan perbuatan dan tindakan. Bukan sekadar lafaz Alhamdulillah dan sujud
syukur.
Manusia
hanya cari Allah bila susah. Contoh, apabila
tak ada kerja, rajin pergi masjid, rajin berdoa, tapi bila dah dapat kerja
solat pun lewat dan dihujung waktu atau kadang2 tertinggal terus.
So,
sabar adalah lebih bagus dari syukur sbb bila susah, manusia sabar dan ingat
serta cari Allah.
Syarat
nak cinta nabi s.a.w. :
i.
Kena
kenal, cinta dan harap kepada Allah.
ii.
Kena
kenal hari akhirat.
iii.
Sentiasa
mengingati Allah.
Kena
selalu Tanya “apa” ; apa persediaan
kita? Bukan “bila / siapa” ; bila nak
kiamat?
Ibrah kenapa Nabi
s.a.w. lahir tahun gajah?
Abrahah
dah buat macam2 ciptaan gempak di negaranya untuk tarik orang datang ke
negaranya tapi manusia tetap tak tertarik untuk pergi.
Manusia
lebih tertarik nak pergi makkah sebab ada kaabah sbb “spiritual”.
Justeru,
abrahah serang makkah. Tapi akhirnya dia
dan tenteranya di kalahkan oleh burung ababil yang kecil yang dihantar oleh
Allah.
Again, saiz
dan kuantiti bukan faktor kejayaan.
Dengan bantuan Allah, yang besar pun akan jadi lemah. Apa yang penting
KUALITI. nak dapat kualiti yang bagus,
kena ada ilmu dan iman.
Kayu
ukur islam dalam ketamadunan adalah pemikiran bukan pada ketinggian bangunan.
Manusia
kena cantik baru bangunan cantik. Kalau
masjid besar dan cantik, tapi tiada manusia yang berada di dalamnya, yang
mengimarahkannya, tetap tiada gunanya. Islam itu cantik kalau manusianya cantik.
Kenapa
baby kena diazankan oleh ayahnya. Nak
bagi simbolik, ayah bertanggungjawab bagi ilmu dan iman kepada anak. What you give, you get back.
Kalau
masa lahir ayah bagi anak /baby dgr azan thru iPhone jer, takut2 time ayah tu
nak mati, anak2 pasang talkin dan bacaan al-quran guna iPhone juga.
Sbb
anak pun tak reti baca Quran.
Anak2
dimomok kan untuk “glamer dan gembira
nak masuk tv” ... tidak dididik
untuk “gembira nak masuk syurga”.
Orang
yang hebat adalah orang yang berhijrah. Hiduplah
kamu ne dimuka bumi ini sebagai orang yang dalam perjalanan (traveller). Traveller sentiasa perlu prepare untuk
perjalanan i.e. ada bekalan. Niat travel
adalah nak bawak balik “kekayaan” ke
“tempat asal”.
“Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau
orang yang sedang musafir” (HR Bukhari). Dalam hadits lain: ”Untuk apa dunia itu bagiku? Aku di dunia tidak
lebih dari seorang pengendara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan
meninggalkannya” (HR At-Tirmidzi). >
Cth. Analogy... macam orang indon yang datang
kerja kat Malaysia.... susah payah kerja keras siang malam sebab nak bawak
balik harta dan duit ke Negara asal (nak cari bekalan).
Begitulah
analogy kehidupan manusia... matlamat akhir adalah akhirat. So kena lah ada
bekalan utk dibawa blk. Bekalan tu pula kenalah bekalan yg benar dan valid.
Mukjizat
para nabi adalah sesuai dgn zamannya.
Cth, zaman nabi musa, tgh zaman kegilaan terhadap sihir, so mukjizat nabi musa adalah “sihir” yang
hebat melalui tongkatnya.
(nota:
its not ‘sihir’, it is mukjizat. )
Rujuk
doa nabi Ibrahim a.s. menerusi Surah al-baqarah ayat 129....
Lesson
learnt : kita kena berdoa bersungguh-sungguh dan sampai betul kepada hajatnya.
Minta
secara spesifik hajat kita. Bukan doa yang sekadar general. Doa bukan bertujuan beritahu Allah apa kita
nak, sebab tanpa beritahu Allah sudah lebih mengetahui dari diri kita
sendiri. Doa adalah nak tunjuk sifat
rendah hati kita dan sifat lemahnya kita. We are nothing kalau Allah tak
beri. Semua yang ada didunia ini Allah
yang beri pinjam kepada kita.
Alam
– ilmu – ulum (sains) – membawa kita kenal
Al ‘alim.
Belajar sejarah bukan sekadar
nak lulus exam. Belajar sejarah untuk kehidupan,
untuk cari ibrah (pengajaran dan pelajaran).
Akhlak nabi s.a.w adalah
al-quran . maka orang islam kena hidupkan Al-quran. Dah hidupkan al-quran, kena lah sebar2 kan
ilmu islam, ilmu alQuran. Dipamerkan
melalui akhlak kita.
Ilmu sahaja tapi kalau sombong
tetap tak jadi apa. So kena ada “makanan
hati”.
Makanan
dalaman bagi jiwa dan hati manusia adalah al-quran, selawat, majlis ilmu,
solat, solat malam.
Makruf (kebaikan) dan munkar
(kejahatan) tak boleh bersekali sebab makruf akan kalah. So kena sentiasa tegakkan amal makruf nahi
munkar.
Petikan Doa Nabi Ibrahim A.s
menerusi surah al-baqarah:
{126} Dan (ingatlah) ketika Nabi
Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah)
ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis
buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu
diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk
tempat kembali.
{127} Dan (ingatlah) ketika Nabi
Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal
kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
{128} Wahai Tuhan kami!
Jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepada-Mu, dan jadikanlah
keturunan kami umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami
cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani;
{129} Wahai Tuhan kami! Utuslah
kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan
kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmat (Sunnah),
dan mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(terjemahan al-Quran di cedok
dari laman web JAKIM)
Best…terima kasih.
ReplyDeleteeka