Monday, March 10, 2014

Ini cerita kapal terbang ... saya

Assalamualaikum wbt...

Seluruh negara sedang bersedih dan mendokan yang baik2 untuk MH370 dan seluruh yang berada di dalam nya... Semoga diberi keselamatan dunia dan akhirat...

Saya, emak dan mungkin kakak - setia betul depan tv mengikuti perkembangan MH370 ini...
 Dan seperti biasalah, ramai betul "detective conan" dilaman sosial yang menjadi ejen perisik, penyiasat dan "keyboard warrior (s)"  untuk menyebar luaskan berita ini...

ala.... kiteorang pun banyak juga teori... tapi tak mahulah cerita kat sini... ntah betul ntah tidak... huhuhuhu....cakap dan tulis biar berdasarkan fakta yang jelas yang kita tahu... huhuhuhu... tapi kalau betul lah disebabkan pengganas or rampasan kapal terbang - adoiyyai... apalah yang sebenar2 dicari mereka ya? kesian betul... yang tak bersalah turut menjadi mangsa... ne FBI pun dok sebok2 dah nak masuk ne... 

bak kata kawan saya 

"Di sebalik nahas MH370 ini…Sue agak terkesima dengan statement USA bahawa mereka telah membantu kita dengan mengesan semua lautan di seluruh dunia bahawa tiada letupan sepanjang masa jangkaan MH370 boleh terbang dengan bekalan minyak yang ada selama 7 jam itu…..bagus USA pun tolong kita..tetapi moral of the story nya..dasyat beb USA ada sistem boleh kesan semua lautan/perairan Negara orang tanpa Negara itu pun tau ya????? Ini satu lagi hikmah yang nampak..kalau tak berlaku kes ini, kita pun tak tau US ada sistem “SECANGGIH” itu hu! Hu!"

tak tau pula saya sumber beliau ne daripada mana... huhuhuhu....

Apa pun doa saya mengiringi mereka semua yang terlibat....Insya Allah....ameen....



Perihal Nombor...

selaku orang yang suka nombor, suka tekan calculator dan excel (*_*) ... tak sah kalau tak kait dengan nombor... ini sekadar teori nombor lah... hmmm janganlah ini disalah tafsir kan pula ya....

Okay... ceritanya macam ini... kalau ikut sejarah nahas MAS yang "besar2" saya nampak ada 2 years lah i.e. tragedi di Tanjung Kupang di Johor pada tahun 1977, dan tragedi fokker MAS di Tawau Sabah pada tahun 1995...

okay.... 
1977 - 1995 (gap 18 tahun)
1995 - 2014 (gap 19 tahun)
2014 - ???? (mungkin tak gap 20 tahun membawa ke 2034??? )
dan 2014 - 1977 = 37 ... MH 37 0?

Wallahualam... ini sekadar tiba2 saya terfikir semalam mungkin kebetulan jer lah...

sebab kalau korang sedar, life ne ada cycle dia... up n down... kalau korang perasan,crisis economy pun, kitarannya dalam +- once in every 10 years... cuma recently ne kitaran tu macam "lari" dan tak sedahsyat dahulu kerana, bila "orang berkaitan" mula faham cycle ne, preparation have been made up front to avoid huge impact to country and world... 
untuk rekod - krisis ekonomi malaysia; 
1973/1974 : sebab kenaikan harga minyak if tak silap sebab perang mesir israel.
1978 : pun sebab minyak kesan dari revolusi iran.
1985 - 1986/87 : sebab kejatuhan harga komoditi utama (petroleum, kelapa sawit, etc.)
1997/1998 : kesan krisis kewangan ASIA + serangan matawang.
2009 / 2011 : 

okay... itu jerlah dari perspektif nombor....

Cerita saya 2 hari sebelum nahas...

okay... dua hari sebelum nahas - saya berada di luar kawasan atas urusan kerja... Hari Rabu saya sepatutnya bertolak pulang ke KL.  Hari selasa rasanya, saya ter menonton national geographic sementara menanti waktu solat, dan masa tu sedang disiarkan dokumentari berkenaan  japan airline 123 crash pada tahun 1985 sebab katanya sebab "crack lama - 7 year ago" pada badan pesawat tu...  info lanjut korang boleh p google sendiri lah pasal crash tu... yang bagi saya tak boleh tidur lena malam tu... huhuhuhu...

Dalam hati saya kata "uish... soi betui ter tengok dokumentari macam ne time2 nak naik kapal terbang" ...  tapi seriously saya cuak sebab malam tu berita kabo klia berjerebu teruk .. dah sudah camno nak balik esok ne... huhuhuhu...

esok nya... naik kapal terbang, saya duduk pulak dekat wing kapal terbang... jenguk luar... tengok wing tu memang ada kesan rekahan (alah biasalah... bak kata adek saya, takkan ko expect ada kesan camtu, airlines nak p buang flight tu kat kedai besi buruk... ada lah SOP orang aviation n aircraft menda2 macam ne... kalau buat kereta pun ada 6 sigma,  airline industries 8 sigma ko tau...)

ha okay - jadi yakin disitu yang ianya Insya Allah selamat... tapi mata saya sekejap-sekejap tengok rekahan tu "spread ke tidak"... alhamdulillah tak spread... ;p
pastu tengah2 kat ruang udara tu, saya rasa flight terbang perlahan (ramai yang tak perasan... mak pun selalu tanya, mana boleh rasa pun flight tu terbang perlahan... tapi ntah lah.. saya boleh rasa... this is my 2nd time naik flight yang saya boleh rasa suddenly dia terbang slow)... pastu betul pun later ada announcement, traffic congested kat udara menyebabkan kapal terbang tak dapat p dengan kelajuan biasa dan tak boleh landing... jenguk2 bawah, jerebu pulak... cuak okay... cuak... cuma lega dalam hati sebab dah selesai solat jama'... 

tapi apapun selamat lah landing haritu... (kalau tak - tak ada lah entry hari ini)... huhuhuhu...
dan terkejutnya, pagi sabtu - betul2 ada airlines issue and it is MAS... huhuhu.... kan dah risau... instinct saya tu macam boleh pakai ler juga... huhuhuhu.... takot... takot... 

Ya Allah.. betullah..."masa untuk pulang" dah semakin hampir... setiap saat Allah menghantar peringatan demi peringatan tentang kematian... Namun, berapa ramai dikalangan kita yang "ambil pot"  dan buat persediaan.... 
Huhuhu... semoga kita pulang dalam keadaan husnul khatimah... ameen... Insya Allah....

okay.... 

till write in again.... stay tune, stay alive, stay happy, stay healthy and stay away from masalah hokkay... 

loves...nhhas...

7 comments:

  1. Assalam,

    semoga dipermudahkan dalam pencarian...

    #prayforMH370

    ReplyDelete
  2. ummi ni dah jadi berdebar pulak nak naik flight hujung bulan ni,maklumlah peristiwa baru berlaku ni, kesannya mendalam kat jiwa.
    Moga Allah permudahkan usaha mencari dan menyelamat tu..

    ReplyDelete
  3. dah lama beno tak naik flight sejak anak banyak ni. dulu pantang nampak air asia promo, booking awal :P time tu tak ada terlintas difikiran flight terhempas, setiap kali naik fikir excited je :)

    nak tambah perihal no tu .. 2014 - 1977 = 37 ... MH 37 0? pada 7hb3. tapi kebetulan je kot.

    harap misi pencarian dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. betul tu bunda... sama2 kita doakan...

    Ummi... betul.. kita pun cuak... sib baik dah balik... kalau tak mesti mak suruh balik naik bas... hihihi./.

    BW - ha'ah kan... ish ish ish... 7/3? 37 tahun ? MH37 0?
    KEBETULAN...

    ReplyDelete
  5. betul tu bunda... sama2 kita doakan...

    Ummi... betul.. kita pun cuak... sib baik dah balik... kalau tak mesti mak suruh balik naik bas... hihihi./.

    BW - ha'ah kan... ish ish ish... 7/3? 37 tahun ? MH37 0?
    KEBETULAN...

    ReplyDelete
  6. Malam tadi kakak mendengar salah satu liputan di tv berkaitan MH370 ini dik. Apa yg menarik mata kakak dgn abang bila kata bekas seorg kepten ini. "Dunia ini semuanya milik Dia. Kita semua telah berusaha tapi jgn lupa dlm hal ini perlulah doa dari mereka yg soleh dan juga keluarga serta semua umat. Science tu science juga tapi kena ingat pada pencipta science ini juga. Kembali kepada Allah itu penting." itu kata beliau.

    So... kena dijadikan renungan dari kata-kata beliau yg nampak boleh membuka mata semua.

    ReplyDelete
  7. betul kak zakie... kita pun sempat dengar semalam...
    tersentuh betul dengan peringatan beliau yang penuh ketegasan dan yakin tu...

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)