Tuesday, November 1, 2016

Hobi dan cita-cita yang tidak kesampaian ...


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

People love to judge others. 
Mungkin pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam / hakim bagi mengadili orang - tapi cita-citanya tidak tercapai - lantas - jadilah hakim kepada kehidupan orang lain ...

Jangan melihat dan menilai orang dari masa lalunya atau bila-bila masa je.
Berilah kesempatan untuk orang berubah. Selagi ada nyawa - peluang untuk jadi hamba Allah yang baik dan bertaubat itu ada. Insya Allah.
(orang tu termasuklah diri sendiri – melainkan diri sendiri adalah seekor BERUANG dan bukannya orang).

Kerana apa?  Sejarah membuktikan …

Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah s.a.w. pun kini dimuliakan dapat menjadi sahabat Rasulullah s.a.w, dimakamkan di sebelah makam Nabi s.a.w. iaitulah Saidina Umar al-Khattab.

Jangan terus-terus menilai seseorang dari masa lalunya…

Seseorang yang pernah melawan agama Allah pun akhirnya menjadi ‘pedang’ Allah (Saifullah) iaitulah Khalid Al-Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah s.a.w melihat si pendek tidak menawan iaitu sahabat baginda “Saidina Julaybib r.a. dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. 
(Apatah lagi 'status' di laman sosial - hihihi...)
Kerana kasut emas fir’aun pun berada di neraka. Sedangkan selipar lusuh “Saidina Bilal bin Rabah”   kedengaran di syurga ...

Masya Allah … 

Semoga Allah memberkati kita dengan Petunjuk dan Hidayah Nya – agar disetiap ilmu yang kita miliki dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

Usaha untuk jadi baik adalah jihad sampai mati.  Hari ini kita berjaya, adakalanya kita kecewa.  Hari ini kita jadi baik, esok lusa mungkin "jadi gila" (pastu mulalah nak salahkan faktor persekitaran ... kerja lah salah, orang lah salah, pokok ngan kucen pun kita nak salahkan kalau boleh - apatah lagi nak salahkan menteri - hahaha) ...

Don't Judge.
If you're unsure - then ASK.
ASK whom ? Think !

Iman kita ada turun naik. 
Semoga kita ada banyak "support system" yang dapat bersama-sama kita untuk usaha dan berjaya jadi baik.  Insya Allah.

Terima kasih kepada SEMUA support system saya ;-)

@loves_nhhas

#selfnote
#IngatKatDiriSendiri
#MohonInsaf
#MohonJadiDiriSendiri
#TapiJadilahDiriSendiriVersiBaik
#MohonBuatPilihanYangTepat
#MohonPilihPergiSyurga
#MohonPilihRaihPahala

21 comments:

  1. syukran..sungguh mendalam..berusaha untuk jd baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berusahalah...
      walaupun payah ...

      huhuhu

      Delete
  2. Benar itulah jihad selagi ada peluang nyawa diberi pinjam
    Istiqomah yg kebaikan yg sedia ada dan terus mencari yg lebih baik

    ReplyDelete
  3. Usaha untuk jadi baik adalah jihad sampai mati.


    mudah2an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu ramai / banyak "support system" yang boleh :
      "berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"

      Delete
  4. Kita hidup dlm society yg mmg judge people jd nak istiqomah utk bersangka baik/buruk tu kena kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal mak.

      adeihhhh...

      Delete
    2. dalam konteks kita bersangka buruk kat orang ada 2:

      kadang2 memang hati kita tak bersih (bajet bagus).
      kadang2 perlu sangka tak baik sebab memang banyak orang jahat sekarang.

      dalam konteks orang pulak buruk sangka kat kita:
      kadang kita lah punca utama orang buruk sangka kat kita...

      huhuhu...

      bertabahlah ... berjuanglah ...

      Delete
  5. Status di laman sosial tu sgtlah tak boleh katup mata huhu

    ReplyDelete
  6. Jangan jadi BERUANG... Jadi BERWANG... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bila wang kau diambil orang... haruslah rasa nak jadi beruang

      Delete
  7. semoga segalanya baik-baik aje Huda..stay strong!

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt kgn suka2 hati judge org kita nampak luaran org terus nk judge mcm2 kadang kita x tahu hubunga dia dgn allah lebih akrab dari hubungan dia dgn manusia jadi baik kita judge diri sendiri dan tgk apa yg kurang dan perbsiki. Peringatan utk diri sendiri jgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersama-samalah kita... insya Allah

      Delete
  9. mgkin ada hikmah klau tak kesampaian

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua menuju ke arah yang lebih baik..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)