Thursday, April 18, 2013

5 baris jer... tapi boleh...

menitiskan air mata...bila dengar lagu ini

Sejauh mana...Langkah ku di sana...Aku melupakan Mu

Seluas mana...Kau beri padaku...Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta...Gelap mengaburi ku

Ya Allah...Apa yang bisa...Ku tebus kepada-Mu...Atas dosaku

Ya Allah...Ku hina terasa...Biar ku bersujud...Untuk ke syurga-Mu

(petikan lagu "aku yang berdosa")

sesungguhnya...
***sesusah mana nak jadi baik,selagi ada nyawa, peluang itu tetap ada.
Doakan saya juga ya, kawan-kawan***

Surah Al-Baqarah, ayat 186.
Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

semoga bermanfaat...insya Allah.

p/s: bukan senang nak jadi senang dan bukan mudah juga nak jadi baik. tapi selagi masih bernyawa, peluang untuk jadi hamba Allah yang saleh tetap ada. Insya Allah.

Wednesday, April 17, 2013

Fatih Seferagic - Idola Kecil / muda mudi...

 
 
Allah....
Macam imam masjidil haram jer dah mendengarnya.
Macam Misyari Rashid pun ada...
 
semalam balik kije, along ngn abang long panggil "tengok dan berkenalan" dengan Fatih Seferagic
(*_*).
 
Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore.
Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid. 
Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab
 
 
Maka huda...
Kena tingkatkan usaha untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tartil.
Kepada rakan2 yang ada anak2, kena tanamkan tekad dan lipat gandakan usaha supaya anak-anak boleh membaca Al-Quran dengan sempurna...dan beramal dengannya dengan benar... ameen....

Monday, April 15, 2013

TABUNG PERUBATAN PALESTIN

 
Assalamualaikumw wbt...
 
Jemput semua untuk memberi sumbangan dan menyertai Hi-Tea ne... Price for 1 seat RM100. 

Jika tak sertai Hi-Tea, tapi nak bagi sumbangan solely untuk tabung perubatan ini atau untuk tujuan lain juga amat-amat digalakkan/ diperlukan.... Boleh layari...
http://www.amanpalestin.net/

Boleh pas thru me or if pas terus kat aman palestin pun boleh.

Bank Islam
12029010047880
Maybank
562263010787
CIMB
12150001242107

 Resit/ slip bank in boleh emelkan terus ke


(tulis kat situ : utk tabung perubatan palestin)

 jazakillah...

papehal blh jer contact terus urusetia aman palestin seperti no. tertera k...
 
Semoga Allah permudahkan laluan hidup kalian semua... ameen...
 

 
Pernah berkesempatan turut serta dalam mengumpul donation untuk tabung perubatan GAza pada tahun 2010... and continuously participate in Aman Palestin, as well as Viva Palestina programme for Palestin such as penajaan for anak yatim, students, ramadhan dsb. Boleh click SINI.
Not only me, but with all my dearest frens and family who continuously gave their support...
Jazakallah semua... Semoga Allah terima amalan kita semua...sebagai amal soleh yang bernilai disisi Nya...Ameen.
 
Sebenarnya, AP, VP dan saya percaya lain2 organisasi juga manyak jer buat program untuk palestin ne... tinggal lagi kita nak bantu atau tidak... Insya Allah mereka ini jujur dan amanah dalam menyampaikan amanah2 kalian...
 
Jazakallah semua....

p/s: uols kenal as-syahid syeikh ahmad yassin?
iols nangis kot masa nengok kisah beliau... huhuhu