Saturday, September 5, 2009

C.I.N.T.A


Salam,

Knowledge sharing session:


C.I.N.T.A - part 1:

Hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam?

Orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara bertulis.......kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .

-nhhas (akhirnya saya bertemu dengan sesuatu yang tidak perlu saya kategorikan di bawah chapter "TAK ADA ISU")
5 September 2009
11.30 am

6 comments:

  1. salams kak Nihas. very nice article. susahnya nak cari cinta macam ni....isk2

    ReplyDelete
  2. salam kembali,
    sis, orang yang menulis entri ni pun merasakan amat payahnya nak menjadi dan mencari cinta yang sebegini.
    Put your trust on Allah ok sis.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    nice article about “cinta”.......Ya, terdapai 3 fenomena cinta...1) Cinta Agong...2) Cinta pertengahan....3) Cinta bawahan....

    Sebenarnya cinta ini luas....tidak hanya cinta yang menjurus kepada nafsu syawat dan perbuatan keji sahaja.....Kita seharus nya mencintai saudara kita berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
    ”Tidak beriman seseorang daripada kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.”
    Maka tidak ada alasan untuk kita memutuskan hubungan silaturrahim......

    Secara fitrahnya manusia diciptakan untuk tertarik kepada kaum yang berlawanan jenis dengannya...... Mereka saling menyukai dan ingin mendekati antara satu sama lain...... Selain itu lelaki dan wanita juga diciptakan oleh ALLAH untuk memiliki perasaan senang dan bahagia dengan kewujudan pasangan.....
    “Dan antara tanda-tanda kebesaran-NYA ialah diciptakan untuk kamu dari diri kamu akan isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya dan menjadikan antara kamu saling mencintai dan berkasih sayang.” – Surah al-Rum: 21.

    Dalam memilih pasangan hidup pula, menurut Ma’qal bin Yasar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan melahirkan anak yang ramai. Sesungguhnya aku berbangga memiliki umat yang ramai.” - Hadis sahih riwayat Abu Daud.
    Disini ditekan kan supaya lelaki berkahwin dengan perempuan yang penyayang dan sukakan anak yang ramai......So, siapkan diri menjadi wanita yang penyayang.....Elakkan diri moody.....

    Betulkan niat......“Tiga golongan yang menjadi tanggungjawab ALLAH untuk menolong mereka, iaitu orang yang ingin bernikah kerana ingin memelihara diri daripada maksiat…”- Hadis sahih riwayat Ahmad.

    Seterusnya lakukan usaha walaupun terpaksa memulakan nya dahulu (memberi isyarat)......Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
    "Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku?” Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: ”Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara.” Lalu dibalas oleh Umar: ”Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja?” Baginda bersabda: “Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad
    Tapi hendaklah berdasarkan garis panduan Islam.

    Seterusnya..... Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinilah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana kalau dia sudah berkahwin?” Baginda menjawap: “Kahwinilah juga dia.”(Diulang sebanyak 3 kali)......Hadis riwayat Tirmidzi.

    Sekian......semoga saudari bejumpa dgn pasangan saudari secepat mungkin........ ”Bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t”....

    (I thought ”nihas” = ”lelaki”...hehehe sori)

    ReplyDelete
  4. jazakallahubikhair....
    terima kasih atas motivasi yang sangat baik. semoga redha Allah sentiasa bersama anda, sis.

    ReplyDelete
  5. Cinta hakiki...lebih mudah disebut daripada memiliki...
    naluri manusia, terpikat kepada lawan jenis...
    bagaimana hendak menyalurkan dan menjana cinta ini kepada cinta kepada rasul dan Allah?
    Cinta pada bunga, akan layu
    cinta pada harta,akan ditinggalkan
    cinta pada manusia, akan mati
    cinta pada Allah dan rasul, kekal abadi...

    p/s: nihas, dlm alam rumahtangga, elemen romantik itu perlu. Namun kalau romantik tanpa ikatan yang sah, nauzubillah....

    ReplyDelete
  6. hmmm... let me "ada rumah dan ada tangga dulu" then i'll comment further...

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)