Wednesday, May 13, 2009

Pencarian

ISTIQAMAHLAH……PUAS SUDAH KUMENCAI KEBAHAGIAAN
MENCARI-CARI JAWAPAN KEPADA LONTARAN SOALAN

“APA YANG KAU CARI”
“APA YANG KAU KEJARKAN”
“APA YANG KAU HARAPKAN”
“APA YANG KAU ANGAN KAN”
DISISI TEMAN-TEMAN

ADAKALANYA KU TEMUI KELALAIAN…
ADAKALANYA KU TEMUI BIMBINGAN...
ADAKALANYA KU TEMUI KRITIKAN…
ADAKALANYA KU TEMUI PERSOALAN KEPADA PERSOALAN…
KU CARI LAGI…
DIHATI SEORANG KEKASIH,
KETEMUI JUA KELALAIAN
KU LALUI KEKECEWAAN
KU HANYUT DALAM ANGAN-ANGAN
KU TENGGELAM DALAM BISIKAN SYAITAN
MEMENUHI UNDANGAN RINDU YANG PENUH KAPALSUAN…
DAN AKU….
TERUS MENCARI…
TERUS MENITI HARI…
PENUH KEKOSONGAN…
OH TUHAN…
DI MANA HARUS AKU CARI…
MEMBAWA SEKEPING HATI
YANG SARAT KERINDUAN
NAMUN, RINDU YANG TIADA HALUAN…
AKU KELIRU SENDIRI…
APA YANG AKU CARI…
APA YANG AKU PERLUKAN…
AKU MASIH TAK MENGERTI…
YANG PASTI…
KEKOSONGAN HATI INI MINTA DI ISI…
LANTAS MALAM 17 RAMADHAN 1428 HIJRAH
SEJENAK AKU TERSEDAR….
YA ALLAH…
AKU MENCARI CINTA AGUNG…
BUAT JIWAKU YANG MERINDUKAN HAKIKAT KEBENARAN…
NUR YANG MENYULUH KEGELAPAN…
MELIMPAH CEMERLANG…MENGISI KEKOSNGAN…
KU SEDARI KINI.
DESTINASI PENCARIANKU DI SINI
KU MENCARI MU– YA ALLAH…
MENGHARAP REDHA MU YA ALLAH…
MENAGIH KEBAHAGIAAN…DARI SINAR CAHAYA IMAN…
ALLAHUAKBAR…
ALLAH MAHA BESAR…
AKU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH…
KERANA PENCARIANKU TERJAWAB KINI…
DI RAMADHAN INI; 1428 HIJRAH…
DI MALAM YANG BERSEJARAH…
MALAM DIMANA KAU TURUNKAN QALAM MU YA ALLAH….
ALLAHUAKBAR…
MUDAH-MUDAHAN TEKAD INI TERUS TERSEMAT..
ISTIQAMAHLAH….
CINTA ALLAH ITU TIDAK MENGECEWAKAN…
PUT YOUR TRUST ON ALLAH…


nhhas - 17ramadhan 1428H

6 comments:

  1. Bersyukur lah kerana saudara sudah tersedar......

    "Sesungguhnya dunia itu manis, yang hijau(baik dipandang) dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah (untuk mengatur) di dalamnya. Allah akan melihat apa yang kamu kerjakan, maka takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama yang melanda Bani Israil adalah wanita(Hadis riwayat Muslim)

    Kita tidak terlepas dari melakuka kesilapan, tp jgn jadikannya alasan utk melakukan dosa...suatu ketika dulu saya juga pernah lalai dan dihanyutkan oleh cinta dan wanita yg dijadikan senjata oleh Iblis.....Semoga ia menjadi pengajaran kepada saya....

    Cinta Agung ialah cinta kepada Allah, Rasulullah dan jihad di jalan Nya.

    Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(At-Taubah: 24)

    ReplyDelete
  2. takder kaitan dengan tajuk.

    I'm not sure how much you want to know about meningitis.

    http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Meningitis

    Hopefully the link above will help you. If not, please email me :)

    ReplyDelete
  3. @doubleh: tak ada kene mengena dgn putus cinta. saja2 syok2 sendiri tulis. :)

    @Doc, pls send me email.
    thanx btw.

    ReplyDelete
  4. Falsafah...Falsafah..

    Tak tau pulak ko minat sastera ketuhanan..ko tulis sendiri ek?..

    Nice piece!!

    ReplyDelete
  5. hahahaha...no bro. it just from my reading, and tiba2 dari kisah2 dalam buku tu tulis ar skit2, not an original idea from myself.bukan hak cipta terpelihara aku pun. ko hingat aku terer sangat ke...hihihi. left brain, rite brain, middle brain...hihihihi...
    p/s: weih, aku dah beli both payung tuh...hihihi..melayang 60 hinggit.

    ReplyDelete
  6. Both!!!(Aku melawak je dulu nih) Yeah..satu simpan dalam rumah, satu lagi letak dalam kereta. Yang lama boleh letak kat depan rumah. Hobi kumpul payung eh? Aku kumpul key chain. hehehehe.

    By the way, aku observe orang yang tarikh lahir dekat2 ngan kita atau sama ngan kita nih ada minat kat 2 bidang yang bertentangan. Macam aku nih jenis minat bidang teknikal tapi sastera pun aku minat jugak..sekarang nih tgh dok gila ngan DSLR sebab gambar2 yang tak jadik ngan kamera tu SANGAT CANTIK!!!!!..senang cakap walaupun muka ganas tapi dalam hati ada taman..hehehe

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)