Lagi-lagi berita tentang penindasan umat Islam dipaparkan. Aku jadi hiba. Islam yang bermula dari keadaan asing dan kembali menjadi terasing. Benarlah seperti yang diriwayatkan dalam satu hadis.
Dari Tsauban r.a, katanya Rasulullah saw pernah bersabda: “Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang mengerumuni hidangan.”
Lalu sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kami kecil, ya Rasulullah?”
Jawab Rasullah saw, “Tidak. Bahkan ketika itu bilangan kamu ramai namun cuma umpama buih-buih di lautan. Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah swt akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati-hati kamu.”
Lalu sahabat bertanya, “Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah.”
Kata Rasulullah saw, “Iaitu cintakan dunia dan takut mati.”
Ya Allah… memang benar musuh-musuh Islam telah dicabut darinya rasa hormat pada pengikut Muhammad saw ini. Saudara seagama kami diperlakukan seperti binatang. Dibunuh sesuka hati. Segala tragedi yang menimpa sekarang mungkin atas sebab kita sendiri sudah terpesong jauh dari pegangan Islam. Islam hanya tinggal nama. Ya Allah, mungkinkah Kau sedang menghancurkan mereka yang tidak cinta padaMu?
Sepertimana yang terlaku pada kaum-kaum yang terdahulu, Allah menghapuskan kaum yang engkar pada muka bumi ini seperti dalam firmannya:
“Wahai orang-orang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.” (al-Maidah:54)
Nauzubillah… moga-moga aku dan kaum keluargaku dijauhkan dari fitnah akhir zaman ini dan termasuk dalam golongan mereka yang berpegang teguh pada Deen-Mu. Amin ya rabb.
amin . :)
ReplyDeletesemoga dijauhi oleh Allah dari fitnah-fitnah yang telah melanda .
semoga kita sentiasa berpegang pada al-Quran serta al-hadis .
InsyaAllah .
mintak share kn boleh ? :)
Salam,
ReplyDeleteApa sahaja yang bermanfaat di sini, kongsikan sahaja. Moga2 dapat memberi manfaat kpd yang lain juga, Insya Allah. Kalau ada write up di sini yang perlu ditegur, juga dialu-alukan... dengan cara yang baik... insya Allah...
tq,