Saturday, December 17, 2011

Rindu...Lagi

Assalamualaikum wbt.

Hmmm... hati masih lagi merindu.  Rindu yang mengundang tangis.  Tangisan keinsafan, tangisan kekerdilan, tangisan rintihan seorang hamba.  Aku kira ini bukan perasaan yang asing buat semua yang pernah menjejakkan kaki ke sana.  Tapi perlu kita muhasabah diri.  Apa yang sebenarnya kita rindui?
Kita rindui bangunannyakah,  kita rindui suasananyakah?  "orang" nya kah? Rindukan ibadahnya kah? Atau kita rindu pada Pencipta kita, Allah yang Maha Kuasa.



Selami rasa rindu itu.  Renung-renungkan. Kita mungkin rindu pada semuanya.  iyalah, mana tak rindu.  kehidupan tak terganggu langsung dengan urusan dunia, urusan kerja, nak pening kepala dengan isu-isu semasa (orang ne bergaduh orang tu, orang tu sabotaj orang nun, tah bila nak berakhir).  Tapi hakikatnya, kalau kita perhalusi rasa rindu, kita kenal pasti, rindu kita kerana Ilahi,  rindu kita untuk beribadah,  apakata kita usahakan untuk istiqamah di sini.  Apa yang kita buat di sana,  kita istiqamah juga di sini.   Di sinikah, di sanakah, hatta di mana jua kita berada,  hakikatnya kita masih menumpang kasih di bumi Allah.  semua segenap ruang alam semesta ini Milik Allah.  Beribadahlah.   Konsep dan skop ibadah itu luas.  bukan sekadar solat, puasa semata-mata.  Kerja di pejabat juga satu ibadah,  bersilaturrahim juga 1 ibadah.   

Setiap detik kaki melangkah, setiap detik nadi berdenyut, hati jangan lupa untuk memanjatkan syukur pada Allah, memohon keampunan atas setiap kesilapan.  Bukankah setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan?  Dan bukankah Allah itu Maha Pengampun Maha Pengasih Maha Penyayang.   Dan bukankah hati yang mengingati Allah itu akan menjadi tenang?
Allahuakbar..... Astaghfirullahaladzim.   Selamat beribadah semua walau di mana kita berada.

p/s:  pada rakan-rakan yang membuat permohonan (ceh ayat....) minta upload gambar dan update whole story di blog ini, saya mohon maaf.  Benar gambar yang di ambil itu banyak, benar juga saya ada membuat catatan perjalanan sepanjang di sana.  Tapi penulisannya sedang saya baiki.  Namum begitu setelah saya duduk bermenung, rasanya tak semua akan saya copy paste kan di sini.  Terutamanya gambar.  Saya akan siapkan catatan perjalanan saya dan berkongsi dengan rakan-rakan menerusi emel ya.   Maaf tau....

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)