Sunday, August 21, 2016

Food Review MEE BESEN ORI MELAKA

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hai uols... Bertemu lagi dalam segmen food review bersama ahkak huda ... Kali ini ... Ahkak nak review tentang Mee Besen Ori Melaka pulak...Pernah dengar tak?  Haaaaa pertama kali ahkak dengar mee besen ni, ahkak ingat memang betul-betul kena makan dalam besen plastik colorful yang besar gabak gaya buruk perangai kebulur sebulan tak jumpa makanan tu ... Rupa-rupanya ... Lets cekidout ...

Tarikh Kejadian : 6 Ogos 2016 (Sabtu).
Peserta : Geng DIVAgo Holiday ... 
Lokasi : Pangsapuri Laksamana 1, Lorong Tambi Abdullah 4, 75000 Melaka. Haaa ambek kau siap poskod ahkak bagi ... Senang kau nak google. Tapi sila ambil perhatian, Kedai ni akan berpindah ke lokasi baru i.e. mengikut notis yang di tampal - ke Durian Daun, Melaka bermula 1 September 2016. Pandai-pandailah korang google nanti ya. Ha ha ha...

Kami sampai pukul 5.00ptg ... Giliran kami no.64... Di maklumkan kedai ni mula beroperasi jam 3.30 petang.
Nak tunggu ... takot nombor hilang...
Kita ambik gambo dengan nombor hoccay. 

Ketika kami menjejakkan kaki ke laman kedai tu, jam baru menunjukkan 5.05 petang. Giliran kami ke 64,  dan ketika kami sampai, baru sampai giliran no.37... Ahkak ni bangsa yang tak penyabar nak menunggu membuang masa lelama, maka ahkak tanyalah kat pekerja restoran yang bagi nombor tu, agak-agaknya pukul berapa giliran kami ...
Katanya ... "ikutlah customer makan laju ke slow"... Mak aih... masak nak tunggu... Namun, akibat terpengaruh dengan sifat ingin tahu yang menebal pada skala 18juta (pengaruh curious daripada HH - kawannya si blogger SS). MAKA haku pun bercirikan kepohci, pergilah bertanya kepada "peserta" bernombor giliran37 tu "Eh korang dah tunggu berapa lama ea?"...
Jawab mereka "dari kol 320pm tadi till 5.05pm"... 
Opocottt tanjat ahkat dengar ... Almost 2 hours ... Owh apakah apakah apakah... Permainan apakah ini ... Nak makan mee sup aje pun ... 
Kami bermesyuarat ... Nak tunggu ke nak blah ... Dalam pada kami bermesyuarat tu, ehhh laju pulak nombor giliran tu berjalan. Rupa-rupanya banyak orang tak tunggu - so dia pass je lah nombor tu...

Kan dah cakap haku ni bangsa yang tak penyabar nak tunggu benda-benda yang tak berapa nak value for money and time ni.  10 minit sekali aku pergi bertanya dan membuat cubaan mempengaruhi kengkawan aku supaya blah dan pergi makan kat tempat lain. Tapi aku fail... Ha ha ha... Sebenarnya yang buat aku geram tu - dah lah kena tunggu lama - kerusi menunggu tidak disediakan di luar kedai makan tu. Dan kedai tu pulak terletak di lokasi kawasan perumahan - so nak "kill time" pun tak tau nak buat apa. Habis diri, berjalan, merayap kedai runcit kat sebelah tak juga sampai giliran. Last-last, kaki haku dah sakit melecet, kepala haku dah sakit, perut aku dah vibrate, ajak diaorang cari tempat makan lain pun gagal, henfon tak ada bateri ... sebelum darjah sabar haku hilang ... haku mintak kunci kereta dan haku lepak dalam kereta Mahani. Aku ajak diaorang - tapi diaorang tak nak ... Tabah gilerz mereka menunggu ... Ha ha ha... korang ni memang comel dan awesome sangat.  Sorry aku memang dah tak larat wa cakap lu.  Ada kot 15 ke 20 minit aku lepak dalam kereta sambil charge henfon ... diaorang mesej cakap "Jomlah, lagi satu je giliran kita"  haku tak kuar lagi.  Sampai diaorang dah masuk dalam kedai, dah dapat seating baru aku masuk ... ha ha ha... kata DIVA kannnnnnn ... Semasa ahkak menempatkan diri ahkak dalam kedai tu - jam menunjukkan 6.07 petang. Maka tempoh kami Q untuk mendapatkan seating adalah 1 jam 2 minit.  Berbaloi ke tak?  Lama ke kejap? Korang rasa? 

Duduk je, adik waiter tu bagi menu ... 
Ni pilhan air yang ada ...
Kami pilih REBENA SODA LAICI dan BANDUNG SODA ... 
Nak order air pelik-pelik coklat tu, tapi jeling meja sebelah menyebelah macam besar sangat dan nampak muak ... So kami tak orderlah ... 
Ni pulak menu makanan yang ada...
Sebenarnya dah nama pun mee besen,  so menu yang ada pun sah-sahlah MEE BESEN ...
Yang bestnya ... ada 3 size besen dan 3 jenis mee ...
 Dan diaorang turut menyediakan menu western yang dipanggil TALAM WESTERN.

KAMI ORDER ...
Mee besen size super big (mee soya)... supaya berbaloi dengan tempoh masa sejam menunggu ... 
Pastu nak bagi berbaloi lagiiiii... kami order TALAM WESTERN ... Hakak tak kira ... kita dok sini sampai abes.
Air pulak kami order rebena laici soda dengan bandung soda ... Jangan order coklat nanti muak...

BAGUSNYA KEDAI MEE BESEN ORI NI ... serving depa LAJU ... dari tempoh ambil order tu dan makanan minuman sampai - sekejap je. Less than 10minutes.  So apa masalah kedai ni sebenarnya yang sampai kena beratur luar kedai berjam-jam?  Baca sampai habis ...






Mahani panggil air ni AIR I LOVE U.
Alasan?  Ntah ... Tanya Mahani ... Ha ha ha...


Ni air dak K-rin...  Nanges tengok air pink ni ..,
Cantik sangat.
Haku sedut pow air k-rin, sampai runtuh aiskrim dia ...
Ha ha ha... Sorry K-rin...





Sebaik sahaja MEE BESEN SUPER BIG ni sampai,  sepantas kilat K-rin menyenduknya.
Ha ha ha... So terjawablah ea.
1. Tak makan dalam besen plastik colorful seperti yang aku bayangkan.
2. Tak makan gaya buruk lantak - mangkuk kecil disediakan.
review mee sup ni?
SEDAP ... sangat sedap ... tapi yang buat dia lebih sedap adalah sambal kicap dia.
Thorbaek ...
Paling penting murah lah sebab kuantiti banyak ... 

Ni pulak TALAM WESTERN.
Harga RM35.00
Talam western terdiri daripada 2 ketul grill chicken, selonggok cheesy fries, selonggok meatball dan selonggok spagethi carbonara
Semua sedap kecuali spagethi - memang tak boleh masuk... Mungkin sebab kami masak kat rumah lagi sedap Or mungkin kami dah kenyang sebab kan dah makan MEE SEBESEN SUPER BIG.  So aku tapau bawak balik spagethi tu - pagi esoknya aku buat sos carbonara kat rumah - dan makan breakfast. Sebab tak bersentuh pun spagethi tu kat kedai. Nak kubiarkan - confirm kena buang. Membazri tu kan amalan setan... Nauzubillah ...



Meatball merecek nama dia ...
Kat kedai ni - TAK BOLEH ORDER BUNGKUS BAWAK BALIK.
Tu pasal Q panjang nak mampos... Kalau boleh tapau kan senang.
Tapi ahkak tengok meatball merecek ni dari luar pintu lagi dah - memang aim nak bawak balik.
Ha ha ha... So ahkak add order sebelum kami habis makan - elok je dia sampai 3 minit - ahkak suruh adik waiter tu TAPAU kan... konon-kononnya macam makan tak habislah ...
ha ha ha .. Sedap meatball ni. Sepuluh hengget sepiring. 




Berzikir ahkak nengok makanan banyak - banyak ni ...

Maka ... kesimpulannya ... Recommended ke tak?

Kalau sanggup tunggu - bolehlah cuba - bagi aku:

  • reasonable price with the taste ... 
  • kedai bersih ... 
  • staff baik... 
Tapi kalo tak sanggup tunggu - lupakan saja ... It just a mee soup n western ... cuma harga dia murah/ berpatutan je ...

Pada masa kami pergi (6.8.2016), bagi aku, masalah kedai ni di cawangan Jalan Tambi ni SATU JE . Size kedainya amat-amat kecil. Sebab itulah kita kena Q panjang dan berjam semata-mata nak dapat MEJA DAN KERUSI ... Ada dalam 10 - 12 meja macam tu je ...


Aku nak datang lagi ke tak?

Kalau price + kuantiti + kualiti makanan masih macam hari yang kiteorang pergi haritu, atau bertambah baik - GERENTI nak datang lagi Insya Allah dan jika masa menunggu dapat dikurangkan.

Sejam berdiri nak dapat tempat - agak memenatkan dan bazir masa sebab sekeliling tu tak ada apa boleh dibuat ...

Kesimpulan.... semua okay... kecuali Q tunggu turn yang terlalu lama... depa masak n serve makanan laju je ... tapi kedai kecik kot. Tunggu depa pindah kedai kat Durian Daun ... hopefuly tak payah tunggu berjam dah ... harap kekalkan serving yang sedap laju dan harga patut... 

Kepada team mee besen ori melaka, Selamat maju jaya uols... Keep up a good work. Niat dan cara kerja yang baik, semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Kepada yang nak mencuba - semoga bermanfaat dan membantu lah kot review ni.

(Nota: ini bukan review berbayar ye ... ha ha ha... ahkak ni blogger picisan je - tak ada orang nak bayar untuk buat food review ... ) 

#meebesenmelaka
#DivagoHoliday2016

 
LOts of loves from us #DIVAgo
Semoga bermanfaat ya review ni ...

@loves_nhhas...

29 comments:

  1. Kalu gini laa nak nunggu lama.... Baik amik mee dgn besen kat umah... Makan lepak kangkang depan tv lagi bagus... Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp jgn kangkang depan tv... malu...

      Hihihi

      Delete
  2. thorbaek!!..kalau sedap, tunggu lama pun takpe..

    orang Korea suka mkn dalam besen mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke. Jarang tgk citer korea. Hihihi.
      Yang tau gaya orang korea ni makan memang huduh sebab nampak gelojoh

      Delete
  3. Replies
    1. Orang korea ni mmg betul2 makan dalam besen ke?
      Hihihi... betui tak tau ni

      Delete
  4. Tudia gagah nunggu.. mummy kalo hero2 teringin tggu habis cutu baru pi, lepas balik sekolah. Boleh hanggin tgk angka giliran tu.,

    ReplyDelete
  5. Talam Western tu RM 35la bukan 53.. mahai sungguh lagu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ... okay dibetulkan segera.
      Typo...

      Tq mummy

      Delete
    2. haha..mummy dah makan dulu, tu dia tau

      Delete
  6. Normally bukak pkl 3.. tp dia nak siap itu ini kul 3.30 baru bukak fuhhh... jiwa kena kental!

    ReplyDelete
  7. Bole je tapau.. sbb mummy pernah tapau. Tapi kalo ramai org memang dia tak tapaukan sbb tak menang tangan kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke blh tapau.
      Ni kami nak take away dia ckp x boleh.

      Pastu kain baju gantung2 macam entri mummy tu pun dah tak ada dah kt kedai dia

      Delete
  8. Mee besen tu memang sedap.. tak kadang2 bila makan dengan raaa penat.. sedap pun jadi tak sedap., hahahha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup dia sedappppp...

      Kalau tak sebab kena Q berjam tak masuk akal tu.. memang kita g selalu tempat tu agaknya.
      Hihihi

      Delete
  9. Tak sanggup nk nunggu macam tu..tak berapa nk sabo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasa nak makan besen x mak? Ha ha ha

      Delete
    2. Kena telangkup ngn besen tu jap lagi

      Delete
  10. Besen stainless steel ingtkan besen basuh kain :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita mak...
      Pun ingat besen basuh baju kaler2 tu.
      Ha ha ha

      Delete
    2. Nasib baik bukan mesin basuh! Kah kah kah

      Delete
    3. Ha ha ha... tu namanya MEE MESIN BASUH...

      Delete
  11. Kalau kakak memang tak tunggulah dik
    Apa lagi kalau yg ada anak mestilah boring

    Terima kasih doakan almarhum bapak kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... lama dan bosan menunggu...

      walau pun mee sup dan western dia sedap serta murah.

      tapi still - ayooo lamanya nak berdiri...

      hu hu hu

      Delete
  12. aish..kalau saya tak kot.tapi kalau buat pusat karaoke ke, game arked ke, CC ke kat situ mesti untung. ke situ plak..haha

    ReplyDelete
  13. kat melaka mmg mcm tu...pantang ada mknn sedap, queue dia masya allah... mmg boleh surrender lah! nk mkn trs mati nafsu hahaha

    ReplyDelete
  14. hamek kaaau haa kemain cedok2.. isk semangat nya kena try tu best..

    ReplyDelete
  15. Ritu pun b'hajat gak nk ke sini tp bila dgr kne Q tu mls la plak, harga mmg b'patutan la dgn besonye tu...;-)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)