Wednesday, March 1, 2017

Time for Reflection

Bab 3/2017

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. 

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. 

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya. 

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya. 

+ "Assalamu 'alaikum"

- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. 

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya. 

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? 

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. 

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT. 

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

~~~

NAK CERITA PASAL REZEKI : REZEKI ALLAH TU LUAS KURNIAAN NYA .
Dulu ...
Saya selalu risau kalau saya tak naik pangkat ...
Seriously - Sebab saya bajet bagus. hahaha.
Satu hari Allah bagi ilham yang menginsafkan saya.
Rezeki tu hak Allah.
Saya ni blajar tak berapa cerdik.
Result degree tak cemerlang macam xxx,  yyy apatah lagi zzz
Seriously I am dat bad.
Lepas habes degree - saya nanges sungguh-sungguh sebab saya takut tak dapat kerja... bimbang nanti susahkan ibu bapa.
Tapi ...
Ayah saya pesan 1 je. "Yang bagi kerja tu Allah. Bukan ur cgpa.Mintalah dengan Allah. - bersungguh-sungguh".
Yes. I did that. Bersungguh-sungguh.
Mungkin orang tengok saya senang dapat kerja. Dapat jalan sana-sini. Ada orang cakap dia sangat mencemburui saya.
Tapi hakikat yang dia tak tahu - saya lagiii cemburu pada dia dan kawan-kawan yang lain.
Dia tak sedar ke? Saya pun Allah uji juga - saya masih single, ujian kesakitan, ahli keluarga, sahabat dan manusia-manusia aneh dipersekitaran yang perlu dihadapi, awasi dan tangani (jika perlu). 

Owh mungkin dia tak perasan sebab dia nampak yang best-best sahaja - Alhamdulillah

Nak tahu tak ? Dulu-dulu - Saya selalu risau tak naik pangkat sebab saya fikir;
"Nanti malulah dengan rakan-rakan, kerja sepuloh tahun tak naik pangkat".
Seriously. Teruk kan? Tu je sebab nk naik pangkat.
Till one day...
Allah datangkan semula kisah ini dalam ingatan saya masa saya risau tak naik pangkat.
Allah ilhamkan.
Rezeki yang Allah dah takdir untuk kita - akan tetap jadi milik kita.
Takkan ada orang lain boleh ambik.
Analogi ni paling menarik :
Kalau post kosong ada 100 sekali pun tapi Allah dah kata dalam 100 tu tak ada nama kita - buatlah macam mana pun. CONFIRM takkan ada nama kita.
Tapi kalau post tu ada 1 je dan memang Allah dah tulis dalam 1 tu memang hak kita pada masa itu... datanglah 100 orang yang sama baik or jauh lebih hebat sekalipun post itu tetap milik kita
Insya Allah.

Ayah selalu pesan. " Kerja dan hidup ni macam air sungai yang mengalir. Lalu je ikut arus.
Sepanjang laluan itu - ambil (sapu) sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang berguna,   jangan gaduh/cari pasal ngan orang (but i disobey dis gaduh part).
Sampai masa nya giliran kita akan sampai.
Surely akan sampai.
Tapi kalau sepanjang laluan itu kita tempuhi dengan kerja yang malas + tak ada penambahan ilmu dan kepakaran + asyik bergaduh dengan orang, apabila ada kekosongan - macam manalah ianya nak jadi asbab untuk kita dinaikkan?
He gave an example. this is true story - about his fren - someone dat I know.
1) TS J : mantan pengerusi XX, Ketua Pengarah xx,  dah pencen dah uncle ni setelah kontrak beliau disambung berkali-kali sampai maksimum dah lah.
Kisah uncle ni ... Suatu ketika dahulu ...
Macam-macam jadi kat dia - org sabotaj here n there - sampai dia "hilang dari radar kenaikan pangkat".  Mcm dalam organisasi ni dia tetiba dilupai / tak wujud.
Mcm istilah skrg - kena pool gitew.  Dia dicampak ke cawangan yang jauh dari ibu pejabat. Supaya orang lagi tak sedar kewujudan dia.
Tapi uncle ni kerja dia bagus. So he just did his job with full dedication n integration.
Tetiba masa seseorang yang penting dalam organisasi ni 'naik takhta' ... uncle J semasa itu berada di cawangan yang jauh. Orang penting yang baru naik takhta tu berasal dari negeri yang uncle J ni bekerja and he know uncle J very much.  Orangnya bagus dan boleh buat kerja dengan amat baik.  Full of integrity and dedication. So big boss yang baru  'naik takhta' ni panggil dia balik HQ.
Dia masuk HQ kejap je - dan dia berjaya selesaikan banyak isu tertunggak yang melambak kat HQ tu.
the new big boss was so happy - maka lajulah uncle J ni naik pangkat. Berdesup-desup naiknya.
Sampai dia jadi orang no 1 dalam organisasi sebelum bersara. Sedangkan sebelum tu hampir belasan tahun dia dilupakan dari organisasi.
Nampak tak REZEKI milik kita - akan sampai kepada kita apa bila tiba masa kita.

Kisah kedua - kawan baik ayah saya juga
"Uncle A" ini dia kerja sebagai golongan marhain lah bahasa mudahnya. Macam level-level kerani gittew.
Tapi uncle A kerjanya sangat bagus dan berdedikasi. Tapi dia ni ada satu sikap suka balah / menjawab dgn boss.  Maklumlah boss ni kadang bukan betul sangat - kira dia je betul orang lain salah semedang. hahaha...
Salah sorang boss yg dia dok balah - ialah Uncle J dalam kisah pertama tadi.. hahaha.
Ni citer dulu2 lah. Masa depa muda2. Uncle J ni penah jadi boss kepada Uncle A juga sekejap.
Dipendekkan citer - Uncle A ni TAK NAIK PANGKAT SAMPAI PENCEN - walaupun dia kerja bagus.
Percaya tak? TAK NAIK PANGKAT SAMPAI PENCEN. Kau rasa?
Tapi ... Lepas dia pencen.
Uncle A buat bisnes. Supply barang keperluan hospital.
Tetiba bisness dia amat amat amat maju n uncle ni hidup senang.
Happy and he is healthy. Dia punya sukses n kaya tu... Dia pergi mekah EVERY YEAR. Tour europe bagai.
So mesej saya kt sini.
Nampak tak REZEKI milik kita - akan sampai kepada kita apa bila tiba masa kita.
Jgn risau...
Rezeki kita memang akan tetap jadi hak kita.
Orang lain takkan dapat ambil.
Apa yang kita perlu buat - USAHA tanpa henti.
Buat baik ... buat baik ... buat baik dan terussss buat baik.
Konsep rezeki tu luas. Bukan naik pangkat je.
Dapat suami baik + anak baik + hidup sihat + kereta tak rosak + kawan yang baik
Semua tu rezeki.
Kadang-kadang naik pangkat ini pun UJIAN.

Teladan ke-3  ni.

Ni kisah tentang ahli keluarga saya. Orangnya bagus buat kerja. Disayangai oleh orang-orang atasan beliau. Dia naik pangkat laju je. Orang nampak smooth je. Orang nampak 'eeee bertuahnya dia'
Sampai last sekali dia di naikkan ke posisi yang agak tinggi pada usia yang agak muda.
Disebabkan dia hebat dan baik maka dia dihantar ke cawangan yang kerjanya leceh dan renyah dan hi presure.
Dia punya tekanan kerja kat situ.... membuatkan dia memilih untuk BERSARA AWAL pada usia yang masih muda.
Dalam kes ni... bagi saya - macam rasa rugi je dia naik pangkat berdesup-desupkan.
But always have in mind :
"yang nampak baik belum tentu baik | 
yang nampak tak baik belum tentu tak baik"
Put ur trust on Allah.
Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan kisah panjang ni.
Harap jangan yg ada rasa offended / rasa nak left group / unfren me.
If you do... saya mintak maaf banyak-banyak.
Saya harap kita semua jangan putus semangat.
Sebab rezeki Allah tu MAHA LUAS . Teruskan je buat baik.

My fren told me (she get it from someone too).
Jangan kita naik atas sebab "kita nak naik" bukan sebab KITA LAYAK NAIK. Orang yang NAK NAIK tapi TAK LAYAK NAIK - selalunya tak kemana.
Kalau sekalipun kita LAYAK - tapi TAK NAIK-NAIK - kalau kita kekal kerja dengan bagus - ada knowledge, ada skill, people will still looking for you,  want to find you for the knowledge/skill you have. And you see! U earn the respect from others and and you can benefit others with your skill and knowledge.

Insya Allah.

Time for Reflection...

Two brothers joined a company together a few months after their graduation from university.

After a few years of work, their Manager promoted elder one to a position of Senior Sales Manager, but younger remained in his entry level Junior Sales Officer position. 

He developed a sense of jealousy and disgruntlement, but continued working anyway.

One day he felt that he could not work with elder brother anymore. He wrote his resignation letter, but before he submitted it to the Manager, he complained that  Management  did not value hard working staff, but only promoted only the favoured!

The Manager knew that he worked very hard for the years he had spent at the company; even harder than elder one and therefore he deserved the promotion. So in order to help him  to realize this, the Manager gave him a task.

“Go and find out if anyone is selling water melons in town?”

He returned and said, "yes there is someone!"

The Manager asked, "how much per kg?" He drove back to town to ask and then returned to inform the Manager; "they are RM1.35 per kg!"

The Manager told him, "I will give your elder brother the same task that I gave you. 

So the Manager said to elder, in the presence of younger ; “Go and find out if anyone is selling water melons in town?”

He went to find out and on his return he said:
"Manager, there is only one person selling water melons in the whole town. The cost is RM4.90 each water melon and RM3.25 for a half melon. He sells them at RM1.35 per kg when sliced. He has in his stock 93 melons, each one weighing about 7kg. 

He has a farm and can supply us with melons for the next 4 months at a rate of 102 melons per day at RM2.70 per melon; this includes delivery. 

The melons appear fresh and red with good quality, and they taste better than the ones we sold last year. 

He has his own slicing machine and is willing to slice for us free of charge.
We need to strike a deal with him before 10 a.m. tomorrow and we will be sure of beating last year's profits in melons by RM22.30 . This will contribute positively to our overall performance as it will add a minimum of 3.78% to our current overall sales target. 

I have put this information down in writing and is available on spreadsheet. 

Please let me know if you need it as I can send it to you in fifteen minutes."

Younger one was very impressed and realized the difference between himself and elder one . He decided not to resign but to learn from him.

Let this story help us keep in mind the importance of going an extra mile in all our endeavors.

You won't be rewarded for doing what you're meant to do, you only get a salary for that! You're only
rewarded for going an extra mile; performing beyond expectations.  

To be successful in life you must be observant, proactive and willing to do more, think more, have a more holistic perspective and go beyond the call of duty. 

Self notes! 
Ukuran kecerdikan - bukan semata-mata kepada berapa banyak A yang kita dapat dalam peperiksaan.
Ukuran kejayaan - bukan semata-mata berapa banyak digit salary we earned.
Ukuran kekayaan - bukan berapa mewah kenderaan dan pakaian yang kita pakai/ miliki.
Berjaya dan kaya dinilai berdasar kepada siapa yang menilai dan untuk apa dia menilai dan dinilai.
Be good Lillahitaala - and insya Allah all the good things will come to you.
Datuk Dr. Syed Tawfiq Al-Attas,  mantan Ketua Pengarah IKIM 2005-2009 berpesan dalam slot inspirasi IKIM pada 28.2.2017.
Good person are those :
when they speak - they tell the truth.
When they be given an amanah - they be hold to the amanah firmly.
When they make a promise - they keep the promise.

Semoga bermanfaat, Insya Allah.
@loves_nhhas



Jadilah baik macam my Dear Anies yang telah membawa LONDON kepada saya. 
(*_*)
Semoga dimurahkan rezeki selalu ye Anies.
Terima kasih atas ingatan ini.

15 comments:

  1. syukran diatas perkongsian...sentiasa belajar menimba ilmu, dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan entry ni.saya sendiri bila kerja selalu rasa bengang sebab though pangkat lagi rendh, tapi kena handle more responsibilities than superior.but you are right, kena tiru contoh Uncle J dan Uncle A.Keje dengan ikhlas. Rezeki tu Allah yang tentukan. Kita buat je apa yang patut kita buat.

    ReplyDelete
  3. sembang soal rezeki..nothing annoys me more than a married woman with children saying . "kau untunglah bujang, boleh berjalan sana-sini.kerja pun senang." . Sound so ungrateful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenkali jumpa bangsa macam ni - mohon tanya direct je :

      "ko mintak laki ngn anak2 ko mati cepat ke macam mana ni? "

      Delete
  4. Seorang Guru membuat garis sepanjang 10 cm di atas papan tulis, lalu berkata : "Anak2, cuba pendekkan garisan ini!"

    Murid pertama maju ke depan, dia memadamkan 2cm drpd garis itu, skrg menjadi 8 cm. Guru mempersilakan anak murid ke 2. Dia pun melakukan hal yg sama, sekarang garisnya tinggal 6 cm. Anak murid ke 3 & ke 4 pun maju ke depan, skrg garis itu tinggal 2 cm.

    Terakhirnya, seorang anak yg bijak maju ke depan, dia membuat garis yg lbh panjang, selari dgn garis pertama yg tinggal 2 cm itu.

    Sang Guru menepuk bahunya, "Awak memang bijak. Utk membuat garis itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya - cukup membuat satu garis yg lebih panjang. Garis pertama akan menjadi lebih pendek dgn sendirinya."

    Kesimpulannya :-
    Utk memenangkan diri kita tak perlu mengecilkan yg lain, Tak usah memburukkan yg lain, krn secara tak langsung, membicarakan keburukan yg lain adalah cara tak jujur utk memuji diri sendiri. Cukup lakukan yg terbaik yg dpt kita lakukan utk smuanya, biarkan waktu akan membuktikan kebaikan tsb.
    Semoga berbahagia dan sentiasa berfikiran positif

    Peringatan untuk diri sendiri

    #muhasabahdiri #thankyouAllah #istiqamah

    ReplyDelete
  5. Kadang mulut sering cakap percaya pada rezeki, tapi otak masih tak mampu berhenti untuk berfikir seperti itu

    ReplyDelete
  6. thank you for the sharing.. really inspired !

    ReplyDelete
  7. SS ni... Degree pon tak de... Lagi sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde degree tapi dah melancong banyak tempat..jangan sedih,rezeki Allah bagi cara berbeza

      Delete
  8. nice sharing. semoga rezeki yang kita peroleh diberkati. bila sendiri mencari rezeki, rasa nak menangis mengenang jerih mak ayah kita sendiri.huhu...

    ReplyDelete
  9. peringatan utk diri wak sendiri., salam pagi senin cikHuda tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang hebat..terkesima mummy. Pangkat? dah 10 tahun keje masih di position yg sama cpz politik opis selalu cakap mummy tak layak... Bagi mummy pangkat hanya pada nama.. tapi mummy selalu bahagia dgn apa yang ada... rezeki pangkat dan gaji mungkin tiada.. tapi rezeki bahagia ,sahabat , anak-anak dan keluarga sentiasa ada. Amin.Syukur Alhamdullilah..

    ReplyDelete
  11. sama2 ;-)


    sebut psl rezeki ni... dia hadir dlm mcm2 bentuk... cuma yg membezakannya mcm mn kita hadap rezeki tu, adakah kita hadapkan dgn rs syukur aku kita kufurkan rezeki itu tanpa kita sedari...

    ReplyDelete
  12. rezeki manusia berbeza-beza ... bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk capai apa yang belum ada :)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)