Friday, December 4, 2020

Apa itu BLOCK + CHAIN = BLOCKCHAIN

Sementelah kena buat kerja ni marilah kita melayan satu topik yang hipster iaitu BLOCKCHAIN.

Apa itu blockchain?

Alah alah alah.... Ramai acah-acah faham tapi ye ker faham atau banyak salah faham. hihihi. Yer termasuk saya la tu yang acah faham tapi ntah faham ke tidak sebenarnya.

Justeru marilah nak kisahkan apa yang difahami tentang blockchain ni.  Kalau ter salah faham, bolehlah yang faham tolong betulkan. kerana dakhuda baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan, jangan marah-marah. Gitcheww.

Kalau ikut kefahaman saya dengan bahasa mudah. 

BLOCKCHAIN = BLOCK + CHAIN

hihihi ....  mudah bukan? #siapamarahnantikenajualTQ

Konsepnya dia terdiri daripada BLOCK dan CHAIN. Tapi iyalah, apa yang di BLOCK kan dan apa pula yang di CHAIN kan.

Kalau ikut apa yang saya faham, dengan bahasa mudah

1. BLOCK - fungsi dia menyimpan maklumat dalam bentuk digital.

2. information yang disimpan tu mestilah information yang PENTING/ BERHARGA. Namun, Penting bagi setiap orang tu berbeza

tp commonly - aset/ harta.

kalau kita google blockchain dia mesti direct ke bitcoin. Tapi blockchain ni bukan bitcoin je sebenarnya. Ada group yang valuable information nya  ialah DATA erm contoh data voting, data kesihatan, dan macam2 lagi. Even kalau nak simpan rekod pelajar yang selesai bergraduasi pun boleh. Maka bolehlah kita trace and track kes ijazah palsu ni. hihihi.

Contoh mudah sikit (M-A-Y-B-E)

contoh transaction yang disimpan dalam BLOCK ni biasanya benda yang penting la.So apa benda yang penting untuk manusia harini? DUIT dan HARTA. 🤭

Kita simpan HARTA tu tadi lepas tu kita track and trace macam mana pergerakan harta tu tadi. Something like macam mana dia di pass down kan to others.

Macam contoh yang selalu diberi transaksi kewangan – macam mana direkodkan keluar masuk dari person A ke person B ke C dan seterusnya.

Memandangkan pergerakan tu secara digital, maka setiap transaksi akan diberi kod. Kod tu selalunya Panjang berjela dan biasanya nombor la. Kadang kalau perasan, bila kita buat transaksi akan keluar no Panjang-panjang kat url  contoh macam ni 18c177926650e5550973303c300e136f22673b74. 

Ok no panjang2 ni biasanya dia panggil digital signature …. Sebab everytime kita nak buat transaksi kewangan, kan kita kena log in, masuk username, and password, ada verification code lagi dan sebagainya.  So setiap tapisan ni adalah yang kita ketahui untuk tujuan keselamatan.  Tapi little that people know, setiap layer keselamatan ni la yang membentuk code nombor yang Panjang berjela tu.

Alaaa macam TAC Code Maybank2u yang korang terima tu. Haaa contoh mudah la tu nak bagi faham. Sebab tu kita diberi peringatan JANGAN KONGSI NO TAC dengan sesiapa. Ini mungkin salah satu sebabnya.

Cuma saya tak pasti nombor tu di generate ada algorithm atau tidak. Kalau ada pattern of algorithm, maknanya tak secure sebab finally dia akan boleh di hack. ini sis tak pasti - biasalah dah malas membaca. hahaha

Tapi transaction tu memang orang yang ada akses memang boleh tengok. Tengok transaksi tau – maksudnya pergerakan harta tu pergi mana. Yang sepatutnya dia tak boleh tengok ialah security code / algorithm yang menggerakkan harta tu. Dan security code tu biasanya susah dan dia claim tak ada sapa boleh tembusi la code tu sebab di generate beberapa layer dah.

Tapi yang pasti dengan adanya block of information ni, kita boleh trace setiap transaksi kewangan tu pergi mana.

Kalau duit, kita mungkin la tak nampak sangat ke sebab kita tak pegang physical duit tu. 

Tapi ada satu video yang saya tonton tu, information yang disimpan dalam block tu – adalah geran tanah. Dan dia tunjuk macam mana geran tanah kan disimpan dari generasi ke genarasi tapi in between ada yang cuba macam manipulate la cakap geran tanah tu dia punya dan dah dijual oleh great great great grandfather or what not.   Tapi bila generasi baru yang faham blockchain ni, dia boleh call for investigation dan trace balik setiap transaction pasal geran tanah tu tadi. 

Okay itu BLOCK (contain of valuable digital information)

tapi information tak disimpan untuk jadi khazanah.

dia disimpan untuk di share tapi with selected people.

Maka CHAIN tu datang kat mana? The pass down transaction tu akan create many other BLOCK of information yang pada akhirnya membentuk rantaian.

Dan again macam konsep security (password, secure code etc as explained above), setiap chain tu akan dihubungkan melalui apa yang dipanggil NODES.

so, to hands down or pass down the information - perlukan CHAIN. dan chain perlu dikawal dengan security layer. Dan nak cerita pasal chain dan nodes ni mungkin perlu karangan siri lain.

Macam biasalah sis dah ngantok, jadi bebelan ni berhentilah secara mengejut macam biasa. 

Tapi sebelum bersurai sis nak bagitau, sebenarnya kalau di google, memang banyak article tentang blockchain ini. Antara kefahaman yang rasa acah-acah nak faham mungkin boleh cuba baca kat link ni:

RUJUKAN:

so tu je la nak bebel. kalau sis salah faham, tolong perbetulkan ya. terima kasih.

Untuk itu sekian.

Selamat tidur.

#bilahudatulis

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)