Wednesday, May 19, 2021

Bab 6: Kenali Syariah Easy Payment Purchase (EPP)

 Assalamualaikum ...

Bab1: Jom Simpan Emas | Bab 2: Tips beli simpan jual emas | Bab 3: Kenali Jenis Emas | 

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas | Bab 5: Kenali Gold Accumulation Program (GAP)

Seperti yang telah saya jelaskan dalam bab 5 terdahulu

PUBLIC GOLD MENYEDIAKAN 3 CARA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN EMAS

Cara 1️⃣ - Outright Purchase  ( Full Payment)
Cara 2️⃣ - Outright Purchase ( EPP Payment) Easy Payment Purchase a.k.a ANSURAN
Cara 3️⃣ - Akaun Emas Fizikal GAP  (Gold Accumulation Program)

"So saya nak guna cara yang mana satu nih?"

Jawapannya, ikut kesesuaian bajet korang!

Saya bagi contoh :

Kalau Bajet kecil, (dibawah RM900)
Sesuai dengan Cara 3️⃣. GAP
Beli emas sikit-sikit. 
Nanti boleh keluarkan sekali gus bila dah banyak. Boleh decide sendiri nak fizikal berapa gram berapa besaq.

Bajet RM1,000 ke atas
Terus guna je Cara 1️⃣, Beli terus emas fizikal (goldbar / dinar)
bermula dari 1 Dinar hinggalah 1kg. Boleh order, dan ambil di branch. Atau request untuk pos ke rumah terus.


DALAM BAB 6 saya akan kongsikan mengenai Cara 2️⃣

JOM KITA KENALI EPP Payment iaitu Easy Payment Purchase a.k.a ANSURAN

RAMAI RUPANYA KELIRU ANTARA EPP DAN GAP.

Untuk ulangkaji, mengenai GOLD ACCUMULATION PROGRAME, BOLEH RUJUK NOTA BAB 5 (CLICK HERE)

EPP merupakan singkatan kepada Easy Payment Purchase. Ia merupakan kemudahan bayaran ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold

Ye betul! EPP ni macam ansuran bulanan.
EPP ini sesuai untuk yang nak paksa diri menyimpan dan nak lock harga emas tu.
Contoh target nak dapatkan emas 50gram, (harga hari ini dalam RM12k), nak buat EPP10. 
Bulanan bayar RM1.2k 
Selama 10bulan.

Jadi, dengan belian EPP kita boleh dapatkan emas item yang besar, secara ansuran.
Harga EPP ni kita dah lock awal pembelian, so ianya tidak dipengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas akan datang. 

Ada 2 jenis EPP, 

EPP4 – Bayaran ansuran Easy Payment Puchase (EPP) selama 4 bulan (atau 4 kali bayaran)

EPP10 – Bayaran ansuran Easy Payment Puchase (EPP) selama 10 bulan (atau 10 kali bayaran)

Untuk EPP ni, akan ada caj tambahan untuk perkhidmatan EPP iaitu RM1 per gram
Dan untuk EPP ni sama seperti GAP, perlu bayar caj keluarkan fizikal yang dipanggil Gold Premium (GP) caj seperti di bawah ni.


Fakta tentang Gold Premium:
1) GP caj ni macam workmanship caj la bila korang beli barang kemas, kan ada caj upah.
2) GP ni  one time caj bila nak keluarkan sesuatu keping emas fizikal
3) GP caj ni dia ikut gram yang korang nak fizikalkan. contoh kalau nak keluarkan 10gram, perlu bayar GP RM 15 semasa nak keluarkan gold bar tu.

Maka, untuk buat EPP, selain harga emas, ada 2 bayaran yang korang kena ambil maklum iaitu 

1) EPP Caj (RM1 per gram) dan 
2) Gold Premium (GP) CAJ mengikut gram juga.

Untuk memberi kefahaman, Jom saya kongsikan contoh pengiraan caj EPP belian emas di public gold.

Kita ambil contoh Easy Payment Purchase 10 bulan. 
Dengan bahasa mudah faham adalah bayaran ansuran selama 10 bulan. 
Jadual bayaran akan dijana dalam invoice seperti contoh di bawah.. 

Cara kira, untuk EPP 10 = (jumlah harga emas + caj epp + GP) bahagi 10

Contoh nak beli 50g secara EPP10.

Total = Harga + EPP (50gram = rm50) + GP (50gram=RM40)
= RM13,395 + RM 50 + RM40
= RM13,485

So kena bayar
RM13,485/10
= RM1,348.00 setiap bulan

Cukup bayar 10 bulan baru boleh collect emas tu.
Namun, jika korang berjaya setelkan bayaran lebih cepat, korang akan dapat emas tu sebaik sahaja korang selesaikan bayaran.
Contoh, ada orang dia gaji/ income 2 kali sebulan, awal bulan dan hujung bulan.
So awal bulan dia bayar EPP1, hujung bulan EPP2, maka dalam tempoh 5 bulan, dia telah selesai membuat 10 kali bayaran.
Maka, dia dah boleh pergi ambil gold bar 50 gram yang dia beli tu.

Sebelum ini, syarat untuk belian EPP 4 dan EPP 10 adalah berbeza.

Bagi belian secara EPP 4, adalah untuk purchase di antara RM500 - RM2,000
Bagi belian secara EPP 10, bagi purchase lebih daripada RM2,000.

Jadi sebelum ini, 1 dinar hanya boleh buat EPP4.
Tapi sekarang Public Gold sering melakukan promo bagi belian 1 dinar secara EPP 10.  
Jadi ramai client saya akan grab peluang buat EPP 10 untuk 1 DINAR apabila ada promo. Kerana mereka hanya perlu bayar RM100.00++ sahaja sebulan.
Tahu-tahu hujung tahun dah berjaya dapat 1 dinar. Alhamdulillah.

Korang akan terima invoice untuk bayaran 10 bulan macam di bawah ni.

(ni client beli promo epp10, 1 Dinar pada 2 Mei 2021). 

So begitulah kisah dia tentang belian secara EPP.

RUMUSAN BAB 6 Shariah Easy Payment Purchase PUBLIC GOLD

Pembelian Emas Ansuran EPP Public Gold:

1. Belian emas atau perak minima RM500 dan ke atas.

2. Dikenakan kos pengurusan EPP atau caj Admin sebanyak RM1/gm yang dikenakan sekali sahaja bagi setiap belian emas EPP.

3. Emas yang dibeli secara EPP boleh diambil di cawangan Public Gold setelah selesai membuat bayaran, di mana jika cepat menyelesaikan bayaran maka cepatlah dapat mengambil emas yang di beli.

4. Tempoh pembayaran ansuran belian emas setiap bulan sama ada 4 bulan (standard) atau 10 bulan.

5. Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

Cara Mudah Order Emas Secara Ansuran EPP4 Atau EPP10:

1) Pilih item di https://publicgold.com.my/index.php?route=product/category&path=1
2) Add to cart
3) Proceed to next page (kena login)
4) Pilih full payment, atau tukar EPP untuk ansuran
5) Submit order
6) Buat bayaran seperti tertera.

Video tutorial macam mana nak buat pembelian secara EPP



Okay. Semoga bermanfaat!

Emas mungkin tak jadikan kita bertambah kaya
Tapi dengan adanya emas, kita kekal berharta.
dan RASA kaya. hahaha.... walaupun ada 1 gram je dalam wallet (siapa yang ada kad emas) tapi dia punya perasaan syok sendiri rasa kaya tu lain macam kan kan kan kan.... hihihi....

Begitulah ... 

Perlu bimbingan percuma? Hubungi trusted dealer ni anytime
http://www.wasap.my/60134886385/SayaNakSimpanEmas

#acikhudagojes
- Suka didik orang simpan emas.

2 comments:

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)