Tuesday, August 25, 2009

Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum wbt....
Promosi Datang Lagi...
Kali ini saya mempromosikan Kek Lapis Sarawak sempena hari raya nanti...

Boleh take a look dan sesiapa yang berhampiran dengan saya di pjaya, blh la ambil sampel dan test semasa berbuka puasa nanti. Boleh place order selewat-lewatnya ahad - 30 Ogos 2009.

Dibuat oleh kenalan kakak saya di Sarawak. Akan sampai kepada kami selewat-lewatnya seminggu sebelum Raya. Insya Allah

Size: 2'' x 2" x 8"

Weight: 525g

Price: RM 43 sahaja (bagi disekitar pjaya dan kl. Bg. luar daripada pjaya akan dikenakan extra RM5 kerana urusan penghantaran/by pos laju okek).

Cara order, nyatakan emel add/phone number anda sahaja dan saya akan roger anda menerusi emel/phone.

Most recommended and high rating cake (delicious taste):
1. MASAM MANIS (plg banyak order diterima)
2. PRUNE
3. SISIK IKAN
4. STRAWBERY CHOCOLATE
Most beautiful cake kalau nak serve kat tetamu:
1. KEK LAPIS PERTEMUAN
























Wednesday, August 19, 2009

***MAAF ZAHIR BATIN***

Assalamualaikum wbt..
SEMUA UMAT ISLAM YANG DISAYANGI…

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAH BERSUNGGUH – SUNGGUH.
SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH.
SEMOGA KITA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH.

UNTUK ITU, SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEMUA SALAH SILAP SAYA SAMA ADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK, SEDAR ATAU LALAI, TERANG NYATA MAHUPUN YANG SAYA SEMBUNYIKAN.

Sebagai koleksi untuk didengari….
http://www.quranexplorer.com/quran/

Sekadar renungan....
Rasulullah s.a.w. & para Sahabat, sejak Rejab lagi, mereka sudah pun memohon merayu Allah, "Ya Allah, limpahkanlah keberkahan-Mu kepada kami di dalam Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan!"
(HR Al-Bazzar, Al-Baihaqi, Abu Nuaim dan Ibnu Sunni).
Mohon maaf zahir dan batin.
-NHHAS-
(Saya tahu saya tidak menguasai seluruh ilmu Allah yang luas ini, tapi saya yakin saya TIDAK BEBAL. ALLAH Knows best. Mudah2 an Allah mudahkan urusan saya menuntut ILMU yang bermanfaat dan diredhai Nya).

Monday, August 17, 2009

Kisah Seram - Tunggu BAS

Ne ada satu kisah... Pada suatu hari yang indah, kejadian di pondok menTunggu BAS, (lokasi korang blh namakan sendiri), kejadiaannya, anda sedang menTunggu BAS la of course.....

Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda,
"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, anda katakan pada diri anda,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Anda nengok bas tu dan anda akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Banyak songeh rupanya anda ne...

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni anda kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan anda bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yg anda pula dah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Sumpah Seram.... jeng...jeng...jeng....

Dan kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah naik bas yg salah.
Sumpah Seram.... ayookk...abis la anda....

Jadi,selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg anda nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda?

Moralnya nak dikaitkan dengan c.i.n.t.a

Jadik,(terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yg perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg anda nanti-nanti kan), anda tahan
bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
betul...betul... tunggu bas beramai-ramai kat fakulti pastu pak cik bas tanak berenti.. bengang jer... rasa nak pancitkan semua tayar bas uni (ayat tak nak kalah)


Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi anda macam tu, apa yang anda harus lakukan ialah BERJALAN!
SALAH... anda harus berikhtiar bagaimana anda boleh memiliki kereta BESERTA DRIVER. kasi lawan itu bas.. tarak guna punya....

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri anda. TEORI TAK BOLEH PAKAI.

Dan bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! APAHAL LAK... TETIBA KO JALAN KAKI ADA BROTHER ENCEM NAIK BMW S6 BERENTI TUMPANGKAN KO... OKEK AMARAN KERAS JANGAN NAIK SEBAB ITU PEROMPAK YANG TELAH MEROMPAK BMW S6 PAKCIK AKU... BAIK KO JANGAN NAIK... REPORT POLIS TAU... (tapi perompak tu tak encem... menurut kata saksi dan mangsa kejadian - ne kisah betul ne, pakcik aku kena kidnap sebab orang tu nak rompak kete dia).

okek... cerita atas ne aku dapat masa aku kat U dulu - ada orang bagi (eleh nak sound aku la konon), tapi aku buat daaak jer... (NOTA: KALER MERAH TU = IKLAN)

TAPI... aku tak setuju 190%.... serius... mana kau boleh samakan tunggu bas ngn pilih teman hidup... ate nyer, boleh la pulak ko bagi chance konon, pastu agak2 tak suka, ko angkat kaki blah tinggal gitu jer... APA kau ingat ko hensem/cun sangat ker?

Kesimpulannya aku tak agree... cinta tak boleh disamakan dengan menTunggu Bas.

Dalam islam pun suruh pilih kahwinilah seorang wanita itu kerana hartanya, rupanya, keturunannya, dan agamanya, sekiranya tidak dapat kesemua 4 ciri itu, maka pilih la ia kerana AGAMANYA.... (readers: correct me if i’m wrong)
See... islam pun suruh kita pilih... bukan terima aci main redah, aci aci bukak pintu.. no... no... no... aku tak agree...

Ne ada pulak, opismate aku bagi khutbah free kat staff aku (tatau la kalau niat nak sound boss nyer skali) – but don’t worry telinga aku kebal... hahahaha...

Kalau ko main satu game, masuk hutan, arahannya ko kena bawak kuar dari hutan tu satu kayu (satu jer okek) yang terbaik bagi ko. So ko pun jalan-jalan, and tak ada la ko jumpa kayu yang ko rasa terbaik, bila dah hampir ke garisan penamat, ko baru sedar ko tak der kayu lagi, so ko pun terhegeh-hegeh main taram jer aci boleh apa yang ada...

life macam tu ker? Ntah la.... renung-renungkan dan selamat beramal...

Allah knows best!!


P/S: rujuk surat pekeliling