Monday, August 17, 2009

Kisah Seram - Tunggu BAS

Ne ada satu kisah... Pada suatu hari yang indah, kejadian di pondok menTunggu BAS, (lokasi korang blh namakan sendiri), kejadiaannya, anda sedang menTunggu BAS la of course.....

Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda,
"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, anda katakan pada diri anda,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Anda nengok bas tu dan anda akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Banyak songeh rupanya anda ne...

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni anda kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan anda bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yg anda pula dah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Sumpah Seram.... jeng...jeng...jeng....

Dan kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah naik bas yg salah.
Sumpah Seram.... ayookk...abis la anda....

Jadi,selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg anda nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda?

Moralnya nak dikaitkan dengan c.i.n.t.a

Jadik,(terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yg perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg anda nanti-nanti kan), anda tahan
bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
betul...betul... tunggu bas beramai-ramai kat fakulti pastu pak cik bas tanak berenti.. bengang jer... rasa nak pancitkan semua tayar bas uni (ayat tak nak kalah)


Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi anda macam tu, apa yang anda harus lakukan ialah BERJALAN!
SALAH... anda harus berikhtiar bagaimana anda boleh memiliki kereta BESERTA DRIVER. kasi lawan itu bas.. tarak guna punya....

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri anda. TEORI TAK BOLEH PAKAI.

Dan bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! APAHAL LAK... TETIBA KO JALAN KAKI ADA BROTHER ENCEM NAIK BMW S6 BERENTI TUMPANGKAN KO... OKEK AMARAN KERAS JANGAN NAIK SEBAB ITU PEROMPAK YANG TELAH MEROMPAK BMW S6 PAKCIK AKU... BAIK KO JANGAN NAIK... REPORT POLIS TAU... (tapi perompak tu tak encem... menurut kata saksi dan mangsa kejadian - ne kisah betul ne, pakcik aku kena kidnap sebab orang tu nak rompak kete dia).

okek... cerita atas ne aku dapat masa aku kat U dulu - ada orang bagi (eleh nak sound aku la konon), tapi aku buat daaak jer... (NOTA: KALER MERAH TU = IKLAN)

TAPI... aku tak setuju 190%.... serius... mana kau boleh samakan tunggu bas ngn pilih teman hidup... ate nyer, boleh la pulak ko bagi chance konon, pastu agak2 tak suka, ko angkat kaki blah tinggal gitu jer... APA kau ingat ko hensem/cun sangat ker?

Kesimpulannya aku tak agree... cinta tak boleh disamakan dengan menTunggu Bas.

Dalam islam pun suruh pilih kahwinilah seorang wanita itu kerana hartanya, rupanya, keturunannya, dan agamanya, sekiranya tidak dapat kesemua 4 ciri itu, maka pilih la ia kerana AGAMANYA.... (readers: correct me if i’m wrong)
See... islam pun suruh kita pilih... bukan terima aci main redah, aci aci bukak pintu.. no... no... no... aku tak agree...

Ne ada pulak, opismate aku bagi khutbah free kat staff aku (tatau la kalau niat nak sound boss nyer skali) – but don’t worry telinga aku kebal... hahahaha...

Kalau ko main satu game, masuk hutan, arahannya ko kena bawak kuar dari hutan tu satu kayu (satu jer okek) yang terbaik bagi ko. So ko pun jalan-jalan, and tak ada la ko jumpa kayu yang ko rasa terbaik, bila dah hampir ke garisan penamat, ko baru sedar ko tak der kayu lagi, so ko pun terhegeh-hegeh main taram jer aci boleh apa yang ada...

life macam tu ker? Ntah la.... renung-renungkan dan selamat beramal...

Allah knows best!!


P/S: rujuk surat pekeliling

4 comments:

  1. Kehkehkeh..
    Mungkin salah satunya dari metafora tu boleh dikaitkan dengan perihal chentan tapi tak semua laa..

    ReplyDelete
  2. C.i.n.t.a itu ibarat kentut..ko pernah dengar tak? Seriously..walaupun lawak tapi ada benarnya..

    Kesimpulannya, madah2 metafora ni adalah bagi orang2 yang suka guna otak kanan. artistik. For factual processing its the left brain. Quite straight forward with logic explanation. For this case, I'm on your side. It's much more complicated than the bus.

    P/s: Fyi, i've done the thing as requested..sorry for any inconveniences.

    ReplyDelete
  3. Wah, byk nye metafora berkaitan cinta ni. Ada tunggu bas, ada cr kayu kat hutan, ada kentut, ada cr rumput di padang.

    Kita akan mengaitkan apa sahaja untuk membolehkan keinginan kita itu tercapai. Kerana sikap tamak kita kot. Sikap tamak untuk memiliki. Sikap tamak yang didorong oleh syaitan.

    Oleh itu rujuk la Panduan yang telah ditinggalkan kepada kita.

    ReplyDelete
  4. tak apa lah mana2 pun.
    thanx to encik bertiga ya.
    salam ramadhan...salam beribadah...
    -nhhas-

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)