Komen banyak pun dah tak guna. Kadang-kadang manusia ne pelik. Kita mengaku kita TERBUKA berbincang, tapi bila di provok oleh rakan dengan pendapat dan pemikiran yang berlawanan, kita boleh putus kawan pulak jadinya...
...wallahualam...
Ingat lagi komen ttg isu penggunaan nama Allah dalam bible, ISA, dan macam2.
...wallahualam...
mudah2 an Allah ampun kan kita daripada apa yang tidak kita ketahui.
mudah2 an Allah melindungi kita dari mara bahaya dari segenap arah.
mudah2 an Allah satukan hati2 kita dalam menegakkan kebenaran.
Ameen.
nihas - selagi aku ingat, aku akan avoid dah bagi komen kat orang. serius boleh buat putus kawan. pelik betul dengan golongan yang mengaku TERBUKA ne. haila...
Salam Nihas
ReplyDeleteApa kabar? Agak lama tak datang melawat kemari. Nampak nye Posting kali ni berbau agak kecewa. Bersabarlah. Sesungguhnya sabar itu sebahagian dari iman. Memang manusia ni pelik. Manusia dijadikan dari pelbagai bangsa, pelbagai kerenah, pelbagai kerenah supaya kita dapat mengambil pengajaran dan ikhtibar(serta berkenal-kenalan bukan bermusuh musuhan) dari apa yang kita nampak. Jangan pulak kita mengikut ape yang salah. Pepatah melayu kan ada menyatakan "buang yang keruh, ambil yang jernih".
Manusia ni tak lari dari sifat pelupa. Mungkin mereka terlupa yang mereka ni bersikap TERBUKA dalam mendengar pendapat. Maafkan lah mereka, tak perlulah nak "putus kawan" kerana "putus kawan" ni blh jadi seperti memutuskan sillaturrahim. Terdapat beberapa hadith tentang keburukan memutuskan silaturrahim.
"Sesungguhnya rahmat tidak akan turun kepada suatu kaum yang di kalangan mereka ada orang yang memutuskan silaturrahim."
(Riwayat Bukhari dari Ibnu Abi Aufa)
"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim." (Hadis muttafaqun 'alaih, dari Jubair bin Muth'im)
"Bahawa sesungguhnya amalan umatku diangkat pada petang Khamis malam Jumaat, maka tidak diterima amal orang yang memutuskan silaturrahim." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)
Tak perlu lah disebabkan perkara yang remeh kita nak bermusuhan ataupun "putus kawan". Jika terdapat pertelingkahan, rujuklah al-Quran dan Hadith. Jika perbezaan pendapat, jangan la sampai bermusuhan, cukup la kita "berkelahi" ttg perkara yang di bincangkan kerana masing2 mempunyai pendapat yang berbeza. Petangnya atau esok pagi kita bertegur sapa lah balik. Bertanya khabar, sekurang kurang nya kite menyambung silaturrahim. Kadang2 kita terguris hati orang, jadi kita mulakan untuk menyambung silaturrahim. Tak ada salah kan??
Note: Manusia biasa mcm kita ni xde yg maksum. Sama2 lah kita berdoa agar kita dijauhkan dari golongan yang memutuskan silaturrahim. Jika pernah kita memutuskan silaturrahim, marilah kita menyambungnya kembali. Cari balik saudara kita tersebut. Kalau niat kita ikhlas, I'Allah kita dpt menyambungnya kembali.
Note: Elakkan berdendam. Buang jauh2. Hidup senang, hati tenang. I'Allah.
Note: Sori la. panjang pulak komen nye. Mcm nak posting kat blog sendiri la plak..Hehheheh