Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
Assalamualaikum wbt...
Ini cerita semalam.
Saya perlu mengajar di institut. Habis mengajar jam 4.30 petang. Saya dalam dilema.
Perjalanan pulang ke Pjaya dalam waktu itu adalah tidak releven (berdasarkan pengalaman) kerana KL akan jammed waktu balik kerja. Niat dihati mahu singgah di rumah adek di SR untuk solat maghrib dan berbuka puasa bersama adek2 tersayang. Dan boleh lah berehat sekejap sebab kepala dah ting tong...
Berjalan sendirian untuk berhenti di RnR memang cuba saya elakkan.
Tapiiiii.... my adek ipaq kerja dalam "kebuk wasap". hahahaaaa... Jenuh telefon tak dapat juga...
call boy, boy suruh call pejabat dia... tak pun p jer cari dia kat spital SR tu. Tapi masa tu pemikiran dah terlalu letih menunggu. Dan sungguh lah amatnya risau... "Kat mana aku nak singgah maghrib ne"... Berbuka bukan satu masalah kerana saya sentiasa bawak air (walaupun di tengah2 bulan puasa) kerana dulu semasa kerja dgn firm, asyik kena berbuka dalam kereta.
Jadi saya meneruskan perjalanan pulang ke Pjaya. Dah jam 6 ptg baru SIL berjaya call saya. Masa tu dah nak masuk rawang dah pun... Hehehe... kesian dia. Dah beli kan makanan...
Sepanjang perjalanan...
1. jenuh saya fikirkan, kalau tak sempat maghrib di rumah, kat mana "plan B" saya boleh solat maghrib or jama ta'khir dengan isya... Tinggg!!! Allah bagi ilham untuk option singgah solat di masjid hasanah BBB or masjid UPM. Sebab Isya - sempat sampai... so boleh lah jama ta'khir. (tak berani ta'khir kat pjaya sebab ada yang cakap if dah masuk territory tempat tinggal dah tak boleh jama') dalam ketidak pastian itu, saya dah merangka plan B untuk solat di BBB or UPM.
2. Sepanjang perjalanan, saya bermuhasabah.... Allah menjadikan tetiap sesuatu itu bersebab. Allah tidak akan dengan sengaja menyebabkan saya susah untuk berbuka dan bersolat. Allah akan "berkasih sayang" dengan orang yang berpuasa dan mahu menjaga solat. Jadi pasti ada sebab kenapa Allah "lorongkan" supaya saya balik juga ke Pjaya petang semalam (jam 5 lebey baru gerak dari institut)....
Saya pasti Allah akan permudahkan... Saya berdoa sepanjang perjalanan agar Allah sempatkan saya sampai rumah - tak sangkut, tak jammed dan sempat tapau makanan... Saya berdoa sepanjang perjalanan...
3. Saya sebenarnya terlupa yang saya ini sedang dalam perjalanan atas urusan rasmi. Dalam kepala saya - BAWAK SELAJU MUNGKIN, dan berdoa agar jalan tidak sesak, supaya boleh sampai dan sempat maghrib di rumah... itu sahaja. Boy ajar guna guithree... tapi saya tak reti guna jln tu... Ntah kat mana tempat tu tembus, ada yang sesat kang. Boy cakap, SgBesi, CONFIRMED jammed. Duta jarang sangat jammed.
Tapi tapi tapi...... saya hanya percaya 1 - Ya Allah... mudahkan urusan solat ku.... Jadi saya hanya reti guna jalan yang biasa saya lalu - sg.besi... dan Alhamdulillah jalan sangat lancar. wlaaupun di bukit lanjan dan duta yang kebiasaannya juga sesak, tapi sungguh lancar sahaja semalam.... Cuma... sebaik sampai ke sg.besi, tetiba kat depan NIRVANA tu, jammed (seperti yang dijangka) dan kalau kita "tempuh" jammed tu, sejam dua memang pasti atas jalan raya jer...
Dan dan dan dan..... di sebelah kiri adalah susur keluar menggunakan MEX...
Alhamdulillah... saya terus melencong ke kiri dan masuk mex. (saya tak suka mex sebab jalan nya menakutkan, jauh dan mahal tolnya). tapi kali ne sebab saya nak kejar waktu solat, saya kata, apalah sangat toll tu. Mata dah beberapa kali terpejam... Huhuhu... dan tiba-tiba masa dah nak sampai, saya terfikir dan tersenyum... "bukankah aku dalam perjalanan atas urusan rasmi - boleh lah claimed"... Hahahaa.... alhamdulillah.... tapi tak claim pun... saya jarang claimmed kalau tersedak kena lalu highway mahal. saya hanya akan claim ikut normal route juga.... (*_*).
4. Sebenarnya lagi.... kereta saya tak ada minyak sepanjang perjalanan... hahaha.... Sign minyak dah blink blink dari lepas tol Behrang.... punya lah cuak... Ingat nak tuang minyak kat Ulu Bernam, tapi petronas ulu bernam tutup untuk ubah suai... Hadoi... Next perhentian ada pam minyak ialah di Jejantas Sungai Buloh. Jauh tuh... jaraknya hampir 64km... mak aih... punya lah cuak... tawakal sungguh... tak berani on air cond, radio apa tah lagi (penyumbang besar kepada menambah kan sakit kepala dan mengantok)... tapi tak apa, janji selamat sampai.... saya isi minyak esso spuloh hinggit jer kat jejantas sungai buloh (punya lah setia dengan petronas)... Heheheee.... sampai MEX, minyak blink blink lagi.... Hahahaaaa.....
5. Dan akhirnya, saya berjaya masuk territory pjaya jam 7.oo petang... Alhamdulillah... terus buat sujud syukur bila solat maghrib... Sebenarnya sempat p isi minyak kereta, sempat tapau makanan lagi... Hehehe...
Alhamdulillah... terima kasih Allah... sungguh benarlah janji mu wahai Allah....
Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!
(Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
Semoga Allah ampunkan saya... dan cerita ini bukan untuk "gebang" saya sangat baik atau alim... tapi motif cerita ini ialah.....
Put Your Trust on Allah... Pelihara solat, Allah sentiasa BERSAMA MU.....Insya Allah...
dan bila "turun dari rumah" atau memulakan perjalanan, mulakan dengan doa ;
Semoga Allah pelihara keselamatan diri, nyawa, harta benda, iman, akidah, solat dan makan minum … ameen
salam..
ReplyDeletesama le sy klau kluar slalu fkr nk solat katne tambah2 oku ni lgi xde tmpat huhu
hahahah...
ReplyDeletepart yang takder minyak tu sebijik macam kes saya...
sebelum masuk hway daripada institut memang minyak dah sikit..ada jumpa shell sebelum nak masuk hway tuh..tapi kata dalam hati, isi kat hway je lah....
cuak gila bila singgah ulu bernam...argghhhh petronas tengah renovate...
tawakkal tu alallah..alhamdulillah sempat isi minyak kat restoran jejantas sungai buluh..
tak best sungguh memandu dalam keadaan yang cuak sebegitu
Betul, kalau kita mengutamakan Allah dlm setiap urusan, Allah pasti bersama kita. Terima kasih kerana kongsi certa
ReplyDeleteSebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
ReplyDeleteAllah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)
Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)