Saturday, June 9, 2012

Kisah Adam dan Hawa

This was the story of Adam a.s narrated in different parts of the Al-Quran in different verses.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah berfirman menerusi,
Surah Al- Baqarah, ayat 30 - 39,

{30}Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

{31}Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.

{32}Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

{33}Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini kepada mereka. Maka setelah diterangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?

{34}Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. 

{35}Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuasnya apa yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang yang zalim.

{36}Setelah itu Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa.

{37}Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah, kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

{38}Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu (nescaya tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

{39}Dan orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Surah Ali Imran, ayat 59
{59} Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia.


Surah An-Nisaa, ayat 1
{1} Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.



Surah Al-A’raaf  ayat 189

{189} Dialah yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu, dan Ia mengadakan daripadanya pasangannya (isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra. Ketika dicampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Maka ketika ia merasa berat berdoalah keduanya kepada Tuhan: Sesungguhnya jika Engkau kurniakan kami anak yang baik, tentulah kami menjadi dari orang yang bersyukur.

Surah Al-A’raaf , ayat11-25


{11} Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

{12} Allah berfirman: Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

{13} Allah berfirman: Turunlah kamu darinya, tidak patut kamu berlaku sombong di dalamnya; maka keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.

{14} Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat).

{15} Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).

{16} Iblis berkata: Oleh kerana Engkau menyebabkan daku tersesat, demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus.

{17} Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.

{18} Allah berfiman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.

{19} Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang yang zalim.

{20} Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

{21} Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

{22} Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat msing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?

{23} Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami, kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

{24} Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika.

{25} Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripada-Nya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan pada hari Kiamat).

{26} Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (kurnia) Allah supaya mereka beringat.

{27} Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan aurat mereka berdua. Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dimana kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.


Surah Al- Hijr,  ayat 26-36
{26} Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang merubah warna dan baunya.

{27} Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

{28} Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku ciptakan manusia dari tanah liat yang kering berasal dari lumpur yang berbentuk.

{29} Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

{30} Setelah selesai kejadian Adam maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.

{31} Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

{32} Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?

{33} Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.

{34} Allah berfirman: Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.

{35} Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.

{36} Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.

{37} Allah berfirman: Maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.

{38} Hingga ke hari masa yang termaklum.

{39} Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

{40} Kecuali hamba-hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.


Surah Al-Isra’,  ayat 61

{61} Dan ketika Kami berfirman kepada Malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; ia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau jadikan dari tanah yang diadun?


Surah Al_kahfi, ayat 50

{50} Dan ingatkanlah tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka adalah musuhmu. Amatlah buruknya bagi orang yang zalim pengganti yang mereka pilih itu.


Surah Tha Haa, ayat 115-126

{115} Dan sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman.

{116} Dan tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia enggan sujud.

 
{117} Maka Kami berfirman: Wahai Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; maka janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita.

{118} Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

{119} Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari.

{120} Maka Syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?

{121} Maka mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga, dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan.

{122} Kemudian Tuhannya memilihnya dengan diberi taufik untuk bertaubat, lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

{123} Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya ia tidak akan sesat dan ia tidak akan menderita azab.

{124} Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta.


{125} Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?

{126} Allah berfirman: Demikianlah! Telah datang ayat-ayat Kami kepadamu, lalu kamu melupakannya, dan demikianlah kamu pada hari ini dilupakan

Surah An-Naml, ayat 62

(sebenarnya portion sahaja… “…And He will make you inheritors of the earth (generation after generation…”

{62} Atau siapakan yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.

Sumber:
Diterjemah dari buku "Stories of The Prophets (peace be upon them)"
Imam Imaduddin Abul-Fida Isma'il
(Ibn Kathir) - Ad-Damishqi 700-774H


No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)