Monday, February 6, 2017

Pakej Haji 2017 - 1438H : 19 Agensi Sahaja Dilesenkan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ... 

Ahkak nak share ni - baru-baru ini Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan senarai agensi pelancongan yang diberi lesen bagi menguruskan pakej haji bagi tahun 2017 (1438H) tahun ini - dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Mohon panjang-panjangkan kepada saudara mara agar tidak berlaku kes-kes menipu tertipu ditipu dan lain-lain yang sama sewaktu dengannya.

Tarikh akhir pendaftaran bakal haji untuk menyertai mana-mana PJH ialah pada 26 Mei 2017.

Bakal haji yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pakej haji hendaklah menghubungi terus PJH yang berkenaan.

19 agensi pelancongan yang diluluskan bagi menguruskan pakej haji bagi tahun 2017 (1438H) adalah seperti berikut ;

  1. TH TRAVELS & SERVICES (THTS)
  2. ALIF TRAVEL & TOURS
  3. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS
  4. BATUTA TRAVEL & TOURS
  5. C.S. HOLIDAYS SDN. BHD
  6. CITRA TRAVEL & TOURS
  7. FELDA TRAVEL SDN. BHD
  8. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SND BHD
  9. MISBAH TRAVEL & TOURS
  10. MASAMAS TRAVEL & TOURS
  11. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS
  12. PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS
  13. RAYHAR TRAVELS
  14. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN
  15. TM TRAVEL & TOURS
  16. TOUCH ME TRAVEL & TOURS
  17. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE
  18. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS
  19. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS




PJH tidak dibenarkan menggunakan logo TH dalam apa-apa aktiviti promosi yang mereka jalankan. Sebaliknya mereka akan menggunakan logo syarikat masing-masing pada Brosur Tawaran Perkhidmatan Haji (BTPH) dan borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Haji Oleh Bakal Haji (Borang TH-SW/07).

Sekiranya terdapat agensi pelancongan yang tidak dilesenkan yang membuat promosi menawarkan perkhidmatan haji - tindakan itu adalah melanggar Akta 535 Akta Tabung Haji 1995. Sekiranya berlaku sedemikian, pengguna boleh melaporkan ke Bahagian Agensi Haji dengan mengemukakan laporan lengkap seperti nama dan alamat agensi pelancongan tersebut, tarikh, masa dan tempat promosi dibuat serta  gambar atau brosur yang diedarkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai PJH 1438H ini, sila kemukakan kepada anggota Bahagian Agensi Haji di talian berikut:

Haji Mat Admara Alang Azizdin | Pengurus Besar (Agensi Haji) | 
03-21616829

Haji Affandi Abdullah,| Pengurus Kanan (Agensi Haji)                       
03-20542482

Haji Jamaludin Ahmad,|Pengurus (Agensi Haji)                                  
03-20542361

Haji Hamdan Azhar Yousoff,|Ketua Unit I (Agensi Haji)                     
03-20542362

Haji Mohd Sapii Mohd Arop,|Ketua Unit II (Agensi Haji)                     

03-20542363

Semoga bermanfaat ye.
Insya Allah.

12 comments:

  1. Perkongsian yang bagus utk bakal jemaah

    ReplyDelete
  2. Harga je kena carik sendiri dr pej tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, harga refer kat setiap agensi.

      dulu-dulu masa saya pergi tahun 2011 - family saya ambil THTS.

      tapi saya lebih suka tengok jemaah andalusia sebab
      mutawif yang iring diaorang nampak komited.
      pastu andalusia bayar murah sikit - tapi distance lagi dekat dengan masjid.
      dan bag yang andalusia bagi tu - besarrrr.
      hihihihi...

      thts - mujur group saya dapat mutawif dan ustaz2 yang best.
      bangunan pun best boleh jemur baju.
      hihihi...
      cuma jauh sket walau bayar lebihhhh mahal dari andalusia.

      so kalau nak pilih pakej antara perkara yang kena tengok ialah harga + distance + guru pembimbing.
      tapi kalau thts - kuota dulu ramai sket banding pakej lain - kalau tak silap le.
      so kononnya sebagai ikhtiar dapat tempat le.

      hihihi

      Delete
  3. mudah2an smpi satu hari nnt rezeki saya utk ke sana

    ReplyDelete
  4. Kakak dulu dgn TH aje senang juga dan dekat pun dekat sebab masa tu kan belum sibuk nak roboh sana-sini. Masa pergi umrah lepas-lepas tu barulah rombakan sana-sini.

    Yg sedih sekarang banyak menipu memang kena hati-hati.
    Bagus Huda bagi list ini.
    Harap boleh dipanjangkan. Kakak baca hari itu kat cikgu Anim punya blog.

    ReplyDelete
  5. "dulu-dulu masa saya pergi tahun 2011" ehhh, patutla mcm penah jumpa kat padang arafah., harhar2

    ReplyDelete
  6. nak ikut muassasah lambat nau gilirannya...

    ReplyDelete
  7. boleh jadi rujukan untuk yang bakal menunaikan haji, nice info 😄

    ReplyDelete
  8. sekarang banyak penipuan, kan? kena hati-hati. Great sharing Huda!!

    ReplyDelete
  9. Salam nhhas,

    "HAJI LEBIH CEPAT"

    Kami dari Citra Travel & Tours amat mengalu-alukan pendeposit haji yang berdaftar haji dengan Tabung Haji sebelum 31 Dis 2010 untuk memenuhi kouta rayuan syarikat kami untuk tahun 1438/2017.

    Kelebihan kami;
    1) Jarak hotel lebih dekat, Makkah (200~400m) & Madinah (50m.
    2) Bilangan Jemaah yang kecil (50pax).
    3) Petugas pengurusan & bimbingan bertauliah dati Tabung Haji yang komited.
    4) Petugas ambilan yg bermastautin di makkah untuk urusan harian Jemaah.

    Untuk lebih kelebihan...Wasap "haji lebih cepat" ke no 016-6604652. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)