Friday, December 4, 2020

Apa itu BLOCK + CHAIN = BLOCKCHAIN

Sementelah kena buat kerja ni marilah kita melayan satu topik yang hipster iaitu BLOCKCHAIN.

Apa itu blockchain?

Alah alah alah.... Ramai acah-acah faham tapi ye ker faham atau banyak salah faham. hihihi. Yer termasuk saya la tu yang acah faham tapi ntah faham ke tidak sebenarnya.

Justeru marilah nak kisahkan apa yang difahami tentang blockchain ni.  Kalau ter salah faham, bolehlah yang faham tolong betulkan. kerana dakhuda baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan, jangan marah-marah. Gitcheww.

Kalau ikut kefahaman saya dengan bahasa mudah. 

BLOCKCHAIN = BLOCK + CHAIN

hihihi ....  mudah bukan? #siapamarahnantikenajualTQ

Konsepnya dia terdiri daripada BLOCK dan CHAIN. Tapi iyalah, apa yang di BLOCK kan dan apa pula yang di CHAIN kan.

Kalau ikut apa yang saya faham, dengan bahasa mudah

1. BLOCK - fungsi dia menyimpan maklumat dalam bentuk digital.

2. information yang disimpan tu mestilah information yang PENTING/ BERHARGA. Namun, Penting bagi setiap orang tu berbeza

tp commonly - aset/ harta.

kalau kita google blockchain dia mesti direct ke bitcoin. Tapi blockchain ni bukan bitcoin je sebenarnya. Ada group yang valuable information nya  ialah DATA erm contoh data voting, data kesihatan, dan macam2 lagi. Even kalau nak simpan rekod pelajar yang selesai bergraduasi pun boleh. Maka bolehlah kita trace and track kes ijazah palsu ni. hihihi.

Contoh mudah sikit (M-A-Y-B-E)

contoh transaction yang disimpan dalam BLOCK ni biasanya benda yang penting la.So apa benda yang penting untuk manusia harini? DUIT dan HARTA. 🤭

Kita simpan HARTA tu tadi lepas tu kita track and trace macam mana pergerakan harta tu tadi. Something like macam mana dia di pass down kan to others.

Macam contoh yang selalu diberi transaksi kewangan – macam mana direkodkan keluar masuk dari person A ke person B ke C dan seterusnya.

Memandangkan pergerakan tu secara digital, maka setiap transaksi akan diberi kod. Kod tu selalunya Panjang berjela dan biasanya nombor la. Kadang kalau perasan, bila kita buat transaksi akan keluar no Panjang-panjang kat url  contoh macam ni 18c177926650e5550973303c300e136f22673b74. 

Ok no panjang2 ni biasanya dia panggil digital signature …. Sebab everytime kita nak buat transaksi kewangan, kan kita kena log in, masuk username, and password, ada verification code lagi dan sebagainya.  So setiap tapisan ni adalah yang kita ketahui untuk tujuan keselamatan.  Tapi little that people know, setiap layer keselamatan ni la yang membentuk code nombor yang Panjang berjela tu.

Alaaa macam TAC Code Maybank2u yang korang terima tu. Haaa contoh mudah la tu nak bagi faham. Sebab tu kita diberi peringatan JANGAN KONGSI NO TAC dengan sesiapa. Ini mungkin salah satu sebabnya.

Cuma saya tak pasti nombor tu di generate ada algorithm atau tidak. Kalau ada pattern of algorithm, maknanya tak secure sebab finally dia akan boleh di hack. ini sis tak pasti - biasalah dah malas membaca. hahaha

Tapi transaction tu memang orang yang ada akses memang boleh tengok. Tengok transaksi tau – maksudnya pergerakan harta tu pergi mana. Yang sepatutnya dia tak boleh tengok ialah security code / algorithm yang menggerakkan harta tu. Dan security code tu biasanya susah dan dia claim tak ada sapa boleh tembusi la code tu sebab di generate beberapa layer dah.

Tapi yang pasti dengan adanya block of information ni, kita boleh trace setiap transaksi kewangan tu pergi mana.

Kalau duit, kita mungkin la tak nampak sangat ke sebab kita tak pegang physical duit tu. 

Tapi ada satu video yang saya tonton tu, information yang disimpan dalam block tu – adalah geran tanah. Dan dia tunjuk macam mana geran tanah kan disimpan dari generasi ke genarasi tapi in between ada yang cuba macam manipulate la cakap geran tanah tu dia punya dan dah dijual oleh great great great grandfather or what not.   Tapi bila generasi baru yang faham blockchain ni, dia boleh call for investigation dan trace balik setiap transaction pasal geran tanah tu tadi. 

Okay itu BLOCK (contain of valuable digital information)

tapi information tak disimpan untuk jadi khazanah.

dia disimpan untuk di share tapi with selected people.

Maka CHAIN tu datang kat mana? The pass down transaction tu akan create many other BLOCK of information yang pada akhirnya membentuk rantaian.

Dan again macam konsep security (password, secure code etc as explained above), setiap chain tu akan dihubungkan melalui apa yang dipanggil NODES.

so, to hands down or pass down the information - perlukan CHAIN. dan chain perlu dikawal dengan security layer. Dan nak cerita pasal chain dan nodes ni mungkin perlu karangan siri lain.

Macam biasalah sis dah ngantok, jadi bebelan ni berhentilah secara mengejut macam biasa. 

Tapi sebelum bersurai sis nak bagitau, sebenarnya kalau di google, memang banyak article tentang blockchain ini. Antara kefahaman yang rasa acah-acah nak faham mungkin boleh cuba baca kat link ni:

RUJUKAN:

so tu je la nak bebel. kalau sis salah faham, tolong perbetulkan ya. terima kasih.

Untuk itu sekian.

Selamat tidur.

#bilahudatulis

Saturday, November 28, 2020

Jom Simpan Emas

Bab1: Jom Simpan Emas | Bab 2: Tips beli simpan jual emas | Bab 3: Kenali Jenis Emas | 

Bab 4: Jangan Tangguh Menyimpan Emas

 Assalamualaikum dan Hye

Lamanya tak menulis tentang benda yang saya suka nak tulis. Hi hi hi. Nak tulis pasal travel pun dah lama tak travel. Nak balik kampung pun kena kebenaran polis segala bagai. Ya Allah lamanya covid-19 ni membumi. Semoga segeralah covid durjana ni berlalu pergi.

Tayyib.  Hari ini kalut beberapa group whatsApp sembang tentang kejatuhan harga emas.

Ada yang rasa "alaaaa menyesal beli kelmarin dulu"

harga pada 24/11 RM267

harga pada 25/11 RM261

harga pada 28/11 RM259

Ni harga emas 999 di public gold tau.


 HAKIKATNYA ...


So korang nak jatuh kategori menyesal yang mana?

Momentum jangka pendek untuk harga emas dilihat menurun, dan Chris Vermeulen, ketua strategi pasaran dri Technical Traders mengatakan bahawa support level harga $1,810 dapat diuji sebelum ‘langkah besar’ seterusnya.

Namun, jika harga terus menunjukkan trend di bawah $1,810 per auns, harga emas dijangka akan terus turun hingga $1,600.

Beberapa isu dibincangkan yang merupakan faktor penurunan harga ini adalah:

  1. Kesan pengumuman vaksin pandemik Covid-19 ke atas emas
  2. Ekuiti
  3. Emas: tahap sokongan dan ramalan jangka panjang, dan
  4. Pelombong emas
Video analisa teknikal penuh boleh rujuk kat LINK SINI

Ada banyak sebab kenapa kita perlu / boleh simpan emas. Tapi bagi saya, keperluan untuk ada simpanan emas ialah 
  1. Mempelbagaikan bentuk simpanan untuk kelangsungan hidup masa depan
  2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang i.e. kuasa beli emas adalah stabil
  3. Ketidak tentuan nilai matawang kertas di mana bagi menerbit mata wang kertas, cagarannya masih lagi emas.
  4. Simpan emas mungkin tidak menjadikan kita kaya tapi simpan emas kita boleh KEKAL kaya. 

Analogi dia mudah je.

nilai RM100  pada tahun 2000 besar tau, boleh beli groceries penuh trolley.

nilai RM100 pada tahun 2020 1/4 trolley je weih.

tapi kata la pada tahun 2000 korang ada 10 gram emas (pada harga RM100)

tapi pada tahun 2020 korang masih ada 10 gram emas (pada harga RM 2500)

Meh tengok graf ni:

Sumber: https://goldprice.org/

Simpanan emas ni keuntungan dia nampak untuk jangka masa panjang.  
Tapi tengok graf ni ada turun naik. Acaner tu?
Betul kalau kita tengok graf ni, harga emas memang ada turun naik dalam jangka masa pendek.  Tetapi dalam jangka masa panjang, harga emas masih lagi dalam momentum menaik.

Emas mampu mengekalkan kuasa beli pada barangan dalam jangka masa yang panjang. Kiranya emas ni kalis inflasi la.
1 dinar emas suatu ketika dahulu boleh beli seekor kambing.
1 dinar emas hari ini masih sama boleh beli seekor kambing.

Sedangkan dari segi RM, harga kambing tu dah berubah.
Ha silakan pergi cek harga kambing sekarang. hi hi hi.

SO APA TUNGGU LAGI!

Jom simpan emas.

Emas tu mungkin tak jadikan kita kaya.

Tapi dengan simpan emas, kita kekal kaya.

Insha Allah.

Nak tahu cara? Jom pm sis laju² .

Emas ni tak semestinya la korang buka dengan Public Gold. Ada banyak institusi yang korang boleh beli / simpan gold. Tapi kalau dah tak tahu sangat nak buka akaun simpanan emas, korang boleh mulakan dengan public gold.  Dia macam bank la, cuma bank tu korang simpan duit RM kertas (syiling pun boleh la. ha ha ha), tapi ni korang simpan GOLD. Dan gold ni korang boleh keluarkan fizikalnya pada bila-bila masa yang korang suka.

Kenapa korang boleh consider untuk buka akaun dengan public gold?

  1. Sebab boleh buka secara online sahaja. Dan transaksi secara atas talian. Sistem online 24jam dan dikemaskini turun naiknya mengikut pasaran emas dunia. 
  2. Nak keluarkan fizikal gold savings korang tu, boleh dibuat di branch atau menggunakan khidmat GIT (Gold in transit)
  3. Belum ada lagi orang yang beli emas dari Public Gold dan tak dapat emas, semua dapat emas masing-masing.
  4. syarikat emas di malaysia yang ada Sijil Patuh Syariah untuk semua jenis kaedah belian

 

Akaun gap public gold ni boleh dibuka dengan serendah rm100 dan tiada had maksimum.

Nak mulakan dengan 1gram pun boleh. 0.5gram pun boleh.

Macam kawan saya last week (25/11) dia buka akaun GAP RM100 so dalam akaun GAP dia ada (0.3831 gram).

Macam saya masa start beberapa tahun lepas sy mulakan dengan 1gram(saya bank in rm160++ utk harga 1gram gold pada masa tu).

Jadinya, kalau sekarang ni (28/11) awak nak start akaun harga gold 1gram rm259 pun boleh.

So dalaam akaun awak akan ada 1gram gold.

Sebab harga saat ni 1gram gold ialah rm259.

Tapi kalau buka dengan rm100, dalam akaun awak akan ada 0.3861 gram gold. 

Dalam akaun PG kita, dia tak papar RM tau.  Dia akan papar gram gold tu.

You can purchase gold anytime anywher as minimum as RM100 je.  Ala korang main kutu pun lebih rm100 kan sebulan.  So apa kata korang main kutu gold pula sekarang. simpan la RM100 sebulan dalam bentuk gold.

Tapi macam saya lebih prefer simpan dalam nilaian 1gram setiap kali atau 0.5 gram sebab senang nak kira. Hi hi hi. Ikut la masing-masing preference macam mana. 

Public gold di rekodkan gram emas kita up to 4 decimal point tau.

macam ni maksudnya.
sama ada korang nak purchase rm100 minimum at every transaction.
atau beli 1 gram terus senang kira.


SO APA TUNGGU LAGI!

Jom simpan emas.

Emas tu mungkin tak jadikan kita kaya.

Tapi dengan simpan emas, kita kekal kaya.

Insha Allah.

Nak tahu cara? Jom pm sis laju² 

reallife.nhhas@gmail.com

Kita ada support team untuk kekal kaya (survival mode) bersama-sama. Insha Allah.

Semoga bermanfaat ya kawan-kawan semua.

@loves_nhhas

Tuesday, November 3, 2020

First Batch


First Batch Master of Data Science and Analytics, PPST FST UKM

first-sem
kelas-terakhir
sebelum-final-exam-semester1

lecturer lagi muda dari iols.
lecturer ajak ambil gambar.
hihihi
mujur.
kalau tidak.
tak ada kenangan.

Graduation 03-11-2019

rezeki saya habis ontime
3 semester siap.
alhamdulillah.
walau pada awal nya sangat banyak drama.
siap call penaja nak quit sebab takut fail.
belum exam dah mimpi fail.
ntah apa2 huda. hihihi.

yang lain buat 4 semester atas kekangan yang pelbagai.
seperti bekerja sambil belajar dan sebagainya
apa yang penting, dapat konvokesyen sesi dan tarikh yang sama.


sekali harung
2nd batch pun konvo pada sidang yang sama.
hi hi hi.

first batch 7 orang
second batch 4 orang

saja simpan buat kenangan.
entri autopublish sempena setahuan graduation.