Tuesday, June 2, 2015

Program Cuti - Cuti Malaysia 2015

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Sebenarnya ... ingin letak tajuk entri ni sebagai "Program Cuti Sekolah" ... Tapi memandangkan saya tiada kena mengena dengan sesi persekolahan - so saya tukar lah tajuk.
hihihi...

Okay... saya nak ambik cuti esok - fuhh cuti saya ada 30 hari lagi ... banyak nya... saya terlalu khusyuk bekerja sampai terlupa untuk bercuti... hahahaha...

Tujuan cuti esok adalah nak ke FLORIA 2015...
Sebenarnya saya nak cuti 2 hari tapi saya takut tidak diluluskan, lantas saya ambil sehari sahaja. #Jangantamak.

Saya ada lagi dua lokasi saya nak terjah ni ... iaitu :


PAMERAN WARISAN KITA WARISAN DUNIA
yang sedang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
(18 Oktober 2014 - 31 Disember 2015)




LAGI - LAGI GILA GILA
yang sedang berlangsung di Galeri Petronas, SURIA KLCC.
14 April 2015 - 15 Julai 2015

Teruja nak pergi setelah membacanya di blog sis Nohas di SINI

Gambar ni pun kredit to Sis NOHAS (sis tumpang gambo - sebab belum pergi lagi)


 LAGI LAGI GILA GILA @ KLCC

Terpengaruh betul... maklum lah kita membesar di zaman 

Maka haruslah pergi "menziarah"  beliau kan...

 PST : Professor Serba Tau

ni lah PST in case uols dah lupa ... hihihi...


hmmm... sempat ke nak pergi dua pameran ni esok, rasanya macam tak sempat.



Hari Sabtu dan ahad jadual sentiasa penuh. Nak tidur bangun pukul 12 pun tak berkesempatan. Hihi ... 
Oh ya... btw, tahun lepas ... sempena tahun melawat malaysia 2014;  saya buat mini tour ke Muzium Diraja (Istana Negara yang lama tu), dan Muzium Textile ... Haiii untonglah muzium tu "kawan yang punya" ... Best betul saya "menyiasat" istana lama tu... ngeh ngeh ngeh ... but will not share with you all lah all the restricted pictures ... hahaha... 
Kiteorang siap plan nak main boomerang lagi kat istana tu ... laman dia kan luas...
tapi malang nya istana negara lama a.k.a muzium diraja hanya ditutup 2 kali setahun sahaja iaitu pada Hari Raya Aidilfitri (1 syawal) dan Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) ... 
Hari-hari lain semua dibuka untuk lawatan ... Kagum betul dengan diaorang sebab kena kerja di hari raya ... hihihihi ... So rakan kata kalau awak nak  main - awak tak boleh lah balik raya ... hahaha ... 

Okay tu jer nak share .. boleh lah peminat-peminat sejarah pergi menziarah tempat ni ya... FLORIA 2015 - Royal Garden .... saya update bila saya dah sampai nanti ya ...

Chill and stay happy uols...

loves ... @nhhas

14 comments:

  1. selamat bercuti..enjoy yourself..kalau tak sempat, cuti lagi next week..weekend ramai orang..

    ReplyDelete
  2. Baca entri ni, saya pulak yang terlebih excited! Selamat bercuti, berhibur dan rehatkan diri :)

    ReplyDelete
  3. suka gila-gila, kalau kat putrajaya ni dah lama pergi :p mana update floria ni? kami baru nak pergi :)

    ReplyDelete
  4. hahaha... komen2 kutukan dari rakan melumpuhkan semangat utk ke FLORIA.
    2/3 kata tak best.

    tapi yang sebenarnya tak sempat pergi semalam sebab banyak urusan bank yang perlu diselesaikan.. tu lah.. patut ambik cuti 2 hari kan ... hihihi

    ReplyDelete
  5. Assalam nhhas..pagi2 lagi dah terjah sini, haaaa...nnt sibuk tak sempat..akk tkde gi cuti mana2 pun, hu hu
    Jadilah aritu gi htr kakak smbg belajar kt kuantan tu:-)

    ReplyDelete
  6. la tak pergi ke? kami rasa best je floria kali ni. yang tak best sebab ramai sangat pengunjung dan panas :) ... tak perlu cuti dua hari, pergi weekend je, tapi cam sardin la kot :p

    ReplyDelete
  7. x sempat nk pegi pesta floria tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... sy yg umah sejengkal dgn floria tu pun x sampai.
      ramai orang.
      mls nk bersesak.

      Delete
  8. cukup ke cuti sehari je..rasa cm x puas

    ReplyDelete
  9. kak cukup suka kalau dapat join p istana lama tu huda..
    kalau munge2 tu kurang skit..hee

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
    Call : +6282214441280
    +6282216270779
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)