Assalamualaikum....
Sebuah ingatan...
Hari ini semasa sedang siapkan laporan, dalam hati dan minda bermain-main pemikiran... macam mana nak berenti kerja ne...memang hampir putus asa kerja kat sini... dalam hati bertalu-talu diasak dengan kekesalan kenapa ...kenapa.... dan kenapa...
kenapa tak belajar rajin2...
kenapa tak pergi jadi cikgu walaupun dah dapat peluang tu...
kenapa pilih kerja ne...
banyak lah lagi kenapa...
bila dikenang-kenang... ish.... macam tak bersyukur pulak... walhal Allah dah bagi nikmat yang banyak...
Mungkin juga rasa hati yang tidak tenang dan keserabutan dalam kerja ini lantaran aku yang tidak ikhlas... lantaran kerja/ rezki yang kurang berkat? wallahualam... tak pasti dimana silapnya...
huhuhu... so sudden teringat kisah zaman belajar... macam sangat sweet...
rindunya suasana di kolej, suasana di universiti... dan tiba2 teringat akan seorang senpai di kolej yang juga merupakan seorang senpai di fakulti... perh siap ingat nama penuh senpai tu lagi... sangat suka tengok muka akak tu sebab walaupun dia tidak dikategori cantik tahap kau boleh toleh 18 kali bila selisih dengan dia, tapi raut wajahnya mendamaikan mata yang memandang... paling tak boleh lupa, akak ne sangat aktif dengan aktiviti kolej dan dia juga seorang yang pandai...sangat...sangat...sangat pandai...
boleh tak kiteorang tengah ada aktiviti kat kolej yang memang banyak (suatu ketika dahulu) tiba-tiba aku nampak kelibat akak ne, she is carrying calculus book.
hahaha... macam sangat comel... di tengah kesibukan beraktiviti, akak tu boleh selitkan menjawab soalan-soalan kalkulus... akak tu pernah jadi pengerusi JKM juga rasanya... memang kagum lah... boleh usung dan buat latihan kalkulus time aktiviti... haku??? duduk mengadap dengan penuh fokus pun belum tentu berjaya jawab... itulah salah seorang senpai yang aku kagumi - kak rahifa binti ranom. tadi aku google nama dia... hehehe... as expected she is a lecturer... dan sekarang sedang study leave... hmmm tak apalah ada peluang harap dapat jumpa orang yang hebat ini lagi...
secebis kenangan
p/s: Hari ini sedey sebab telah termarah dan terkutuk seseorang tanpa mengusul periksa dia salah atau tidak...
No comments:
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)