Monday, September 14, 2015

Tips Solat di luar negara

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hydie odie ... 


Korang kalau pergi luar negara  ... macam mana atau di mana korang solat? Kalau dalam kapal terbang, macam mana korang solat atas kapal terbang?

hihihi ... okay ... untuk ai yang jarang uzur time p oversea kecuali p mekah lah sebab haritu p 44 hari kan... dan untuk ai yang memang bukan jenis study itinerary dan location ... mari ai kongsikan sikit macam mana atau di mana boleh solat jika anda stuck di tengah bandaraya di luar negara + tak sempat nak balik hotel / hostel + tak jumpa surau/ masjid/ prayer room.

Untuk wuduk - boleh berwuduk di tandas... seriously orang pandang ko pelik gak basuh2 muka siku segala kat sinki ... tapi tolong lah jangan buat kerja gila angkat kaki basuh kat sinki yer.  kalau p negara yang toilet kering, mau ko kena marah kot kat situ... ntah lah ai tak pernah lah pulak try ... basuh kaki -  ambil air dengan botol mineral dan basuh lah kat dalam toilet yer...  untuk lelaki senang kan ... bawak sebotol mineral, ambil wuduk tepi park pun boleh ... untunglah... 


okay ... untuk solat ... 


1. Solat di changing room / fitting room.

Cari mall, dan p solat kat bilik tukar pakaian ... Bawak lah 2 3 helai baju nak p test ... dan p lah solat kat situ.
kat airport bandaraya besar biasanya dia ada sediakan PRAYER ROOM (campur semua agama pun ada - tapi yang selalu p orang Islam lah ... p solat), macam kat melbourne dia panggil prayer room - semua agama punya lambang pun hado... dulu2 prayer room melbourne airport tak de tempat wuduk, so kena ambil wuduk kat toilet. sekarang dah ada tempat wuduk, tapi campur pulak laki perempuan, so ai ambil wuduk kat toilet tapi basuh kaki kat tempat wuduk, atau kalau adek ai ada - ai suruh dia "jaga pintu" dan ai p ambik wuduk kat bilik tu ... hihihihi ... 

Macam kat Osaka - Kansai Airport - memang ada SURAU - memang utk orang islam.. tapi baru je lah ada nya pun 2015 kot ... alhamdulillah ... comel kan jepun... hihihi...

2. Solat di bilik menyusu/ mothers room.


rasanya ni solat dalam mothers room kat Okinawa ni... ni bukan gambar ai yer. hihihi...
(ni zu punya kerja lah ni yang mengambil gambar ni.. dan ini kak long modelnya. hihihihi)

3. Solat di jalanan.



ni solat kat tepi jalan kat starbuck kat ashibina,Okinawa.
(zu juga lah ni yang p ambik gambar ni .. tengs zu, ada modal buat contoh)


ni solat kat tempat orang camping kat A Maze n Thing kat pulau phillips, Melbourne.

Bawak lah alas and always wear attire yang solat friendly atau kalau rajin nak bawak telkung ... pun boleh... jangan lah bawak telkung putih... ai jarang arh pakai telkung solat tepi jalan... selalu alas dengan kain batik,  tudung mmg ready utk solat, cuma ai bawak selapis lagi stokin dalam bag... kot kadang2 kotor ke, or ter jarang kat ibu jari dan tumit, boleh lah pakai 2 lapis.  Sebenarnya ai standby je bawak telkung cotton ai yang kaler2 tu, incase tudung or seluar/ skirt terkotor, boleh lah ai sarung kan kan kan kan... tapi so far alhamdulillah okay...



Logo halal luar negara ...


owh dah alang - alang tu ,  aku kongsikan list halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM ... sebab aku selalu terhilangkan list ni ... so aku tempek dalam blog... senang aku nak rujuk ... list ni guru al-quran aku yang kongsikan... sebab aku kalut-kalut p Jepun haritu ... kering hati tak nak makan... sabar betul guru ku menerangkan satu persatu perihal solat dan makan kepada ku.  Semoga Allah merahmati anda wahai guruku ... insya Allah ...












 Okay... itu sahaja yang nak kongsi ... rakan - rakan yang sering travel - meh lah kongsi dengan saya - bagaiman dan di mana korang solat ... boleh lah jadi panduan untuk saya dikemudian hari .. insya Allah...

Semoga bermanfaat ...

@Love_Nhhas


9 comments:

  1. one more to add...solat di dlm empty meeting room :)

    ReplyDelete
  2. yes!!! pernah solat di kawasan lapang semasa ke di Korea last april..ambil wuduk dalam toilet kat sinki...basuh kaki? guna botol mineral sbb dalam tandas x de paip..pastu solat di kawasan parking semasa trip ke Thailand...alhamdulillah dpt travel partner yg utamakan solat.bentang je kain, paper atau apa sahaja sbg alas..ingat pesan dari kawan..tak kira di mana kaki berpijak..bumi ini milik Allah...so solat itu wajib d tunaikan tidak kira bagaimana keadaan nya

    ReplyDelete
  3. pernah juga ada pengalaman solat di dalam KFC..solat sambil duduk semasa trip di HK...dan solat di ruang or sudut tepi di Mo Chit Stn Bangkok...

    ReplyDelete
  4. tapi belum pernah solat di fitting room....cuma pernah solat di Changing Room di Busan Airport

    ReplyDelete
  5. setiap kali travel luat negara sis JM ada brong together kompas, waktu solat di negara tersebut dan juga bacaan arah kiblat

    ReplyDelete
  6. pernah juga dgr ceramah dari ustaz tentang solat hormat waktu ni...terutama dalam flight....mmg agak susah nk tentukan arah kiblat dan apa yg sis belajar..semasa dalam flight kita di bolehkan solat hormat waktu tanpa perlu berwuduk..yg penting kita niat solat seperti biasa tp sebelum niat solat tu kita dah ada niat utk solat hormat waktu...arah kiblat tu kita tawakal kepada Allah..niat dalam hati kita solat mengadap kiblat....bila dh selesai solat hormat waktu tu..apabila dh sampai ke destinai kita perlu Qado solat hormat waktu tadi...begitu juga jika kita berada di tempat lain dan tiada tempat utk berwuduk boleh solat hormat waktu yg penting perlu qado selepas itu...semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Bagusnya..klau dgr sronok2 bercuti dlm masa yg sama x lupa pd tanggungjawab kpd Allah

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)