Monday, September 14, 2015

Al fatihah ...

Sehingga jam 12 tengah malam ini waktu malaysia ... lintas langsung sidang media dari Kelana Jaya ... melaporkan ...
Daripada 8 jemaah haji Malaysia yang hilang dalam kejadian kren runtuh di Mekah ... 4 jenazah wanita telah dikenal pasti... 1 jemaah lelaki ditemui (beliau salah jalan ke penempatan jemaah Thailand) ... dan 3 lagi masih belum diketahui statusnya ...

Al Fatihah ... semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat ... ahli keluarga yang terlibat semoga tabah dan redha dengan ujian ini... Allahuakbar...

Semoga Allah mudahkan urusan jemaah haji 1436H untuk berwukuf dan menyelesaikan ibadah haji minggu hadapan dan dikurniakan haji yang mabrur ... insya Allah ...


7 comments:

  1. smoga roh mereka dicucuri rahmat...harap keluarga mangsa bersabar dengan dugaan ini

    ReplyDelete
  2. Bersama kita berdoa moga mereka di sana dipermudahkan dan dalam perlindungan Allah hendaknya. Luruh airmata kakak bila melihat tempat trajedi itu Huda. Sebab laluan itu memang laluan utama kita masuk kan...terbayang-bayang saat kita di sana kan...

    Wukuf lebih kurang tinggal seminggu aje lagi.

    ReplyDelete
  3. Sekarang dah fobia setiap kali nampak kren... Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. al-fatihah buat mereka dan syukur kerana mereka meninggal d tempat yg baik cuma cara mereka 'pergi' itu yg sedih....semoga mereka semua berada dalam lindungan allah dan mendapat syurga Allah aminnn....ya Allah matikan aku dalam keadaan dan tempat yg baik aminnnn

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)