Sunday, April 17, 2011

Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)



Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

...hari ne kongsikan nota kelas minggu lepas...



Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-6

"Wahai manusia, sesungguhnya engkau telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhan mu, maka pasti engkau akan menemui - NYA"

(nota: setiap manusia di dunia ini sama ada disedari atau tidak adalah dalam perjalanan menuju Tuhan nya. Dia tidak dapat tidak, akan menemui Tuhan nya untuk menerima pembalasan dari Allah dari perbuatannya sama ada buruk atau baik)

Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-7

Kemudian sesiapa yang diberi surat amalnya dengan tangan kanannya.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-8

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-9

Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-10

Dan sesiapa yang diberi surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-11

Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-12

Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-13

Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)