Thursday, November 10, 2011

salam dari tanah suci

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh.. Err, ne apahal pulak hp xblh enterdown.hm dah kuar huruf besar pulak. Hehehe. Macam2 le hp ne. Tak apa lah. Boleh juga pakai. Alhamdulillah.

Hmm kami baru balik daripada mina semalam, menyempurnakan wajibhaji ke 5 dan dah selesai 3 rukun haji.pagi ne ramai yang dah sempurnakan tawaf dan saei,maka mereka telah bertahalul thani dan secara praktikalnya telah selesai semua pekerjaan haji mereka. Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya selayaknya untuk Allah swt, yang mengizinkan kami menjadi tetamunya pada tahun ini.alhamdulillah. Bersyukur yang tidak terkira. Pemurah nya Allah. Terima kasih Allah. Mudah2an kami menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Kami sampai mekah pada 23 okt 2011, dengan sedikit ujian kelewatan tiba di hotel sebab tiba waktu masuk zohor,jalan ke hotel dah tutup sebab hotel berada dilaluan ke masjidil haram. Maka bas di hala kan ketempat lain yang tak sempat pulak saya tanya apa nama tempat tu. Tapi tempat tu cantik
dan banyak makanan. Yang bestnya semua free. Hehehe. Alhamdulillah. Well, for those who know me, saya kan memang suka makan. Hehehe. Ada jus buah2an yang sangat banyak, dah lah manis, ada kurma masak, ada cupcake strawbery. Hehehe. Siap tapau bawak naik bas utk ke hotel. Ishishish. Apalah nama tempat tu ye. Tak apalah. Hm kami sampai lebih kurang 12 hari sebelum hari masyaer (hari masyaer tu bermula 8zulhijjah,i.e termasuk hari wukuf, hari di muzdalifah dan hari dimina. 8-13 zulhijjah.) Abah dan ibu buat ifrad, maka dah jadi satu keje pulak abah suruh ambik gambar dia setiap 2hari sekali sebab dh penuh janggut.hehehe.saya dan adek n makcik, buat tamattu' which is dam kambing confirm dah kena.hehehe. Tapi alhamdulillah sebelum hari masyaer, saya sempat 2 kali umrah.

Cerita pasal umrah ne, sebenarnya macam nak nangis juga. Saya rasa saya lah orang pertama kena dam dari dalam kapal terbang sebab tisu wangi. Adei... Saudi airline buat naya betul. Dia tulis kt pack tisu tu bukan tisu wangi, dan saya pun bukan guna yang tisu basah tu, saya guna tisu kering yang memang sifatnya sepatutnya tiada bau, tp ntah macam mana yang tu pun wangi. Huhu. Tak terfikir pulak nk g basuh tangan. Maka setelah disemak dengan ustazah kt sini, maka, kena lah dam. Tapi sebenarnya gembira juga bila bayar dam tu sebab di bayar pada orang2 yang memerlukan. Tak apalah. Ada juga orang yang dapat manfaat. Mudah2an Allah ampunkan ketidaksengajaan dan ketidaktahuan saya itu. Astaghfirullahaladzim...

hm sementara nak tgu hari masyaer, aktivitinya adalah ke ,masjidil haram lah dan menghadiri kuliah2 dan tazkirah dari ustaz dan ustazah di sini. Alhamdulillah semuanya seronok dan bermanfaat. Terima kasih Allah. Semoga kami menjadi hamba Allah yang besyukur. Ameen... Hm kita cerita pasal solat dimasjidil haram dulu ya. Hm kami sampai 12 hari sebelum masyaer, walaupun orang dah ramai, tp masjid masih boleh masuk dan ada ruang. Mulanya saya diajar masuk ke masjid menggunakan pintu no1 iaitu pintu king abdul aziz, maka saya yang sememagnya lurus bendul ne tiap kali ke masjid mesti nk masuk ikut pintu itu. Alhamdulillah, walau pun sesak, tp masih dapat tempat yang boleh nampak kaabah. Alhamdulliah. Tapi Allah nak didik saya supaya bijak sikit, ada sekali tu kami agak lewat ke masjid utk solat zohor. Biasanya kalau nk solat dalam masjid time2 macam ne, kena at least sejam setengah utk g ke masjid.bukannya dalam masjid tu tak ada tempat tp ada sesetengah orang tu memang suka solat kat luar kot, habis kalau kita lewat, kita kena sanggup le lalu depan diaorang yang penuh kt dataran masjid tu. Masalahnya mereka itu sangat ramai.mungkin mereka bukan tak nak masuk, tp mereka taknak bersesak, berhimpit utk masuk ke dalam.wallahualam. Saya pun tak tahu sebab sebenar mereka, jadi baik jangan diteka2 yek dak... Hm nk dijadikan cerita, hari tersebut saya solat di muka pintu king abdul aziz. Sedihnya dalam hati, Allah je yang tahu. Sejak dari zohor tu, saya dah pandai sket g venture masuk kat pintu2 yang lain. Huhu. Insaflah, jauh atau dekatnya hotel kita dengan masjid, bukan lah jaminan utk kita mendapat tempat yang paling baik dalam masjid. Kena istighfar banyak2, Allah yang jemput kita, kita tetamu Allah, jadi kena selalu mohon pada Allah agar ada tempat utk kita di depan baitullah, mohon agar Allah mudahkan laluan kita untuk sampai. Tidak merempuh dan tidak di rempuh. Allahuakbar...

so after peristwa solat kat pintu tu, saya dah bijak sikit,dah pandai masuk melalui pintu lain.banyak je pintu.sapa suruh lurus sgt.hehe. Alhamdulillah...hm saya juga dah merasa solat kat bnyk tempat dalam masjidil haram ne, kat roof top, kat basement, hehehe.tapi plg best dekat dgn kaabah lah kan.

Tapi abah paling menyesal lah, solat jumaat dalam shopping complex yang clock tower tinggi tu. Bukan lah abah g masjid lambat. Abah adalah orang yang paling jaga hubungannya dengan masjid,memang g solat berjemaah 5 waktu di masjidil haram. Tapi tu lah, mungkin Allah nak didik... Hari jumaat haritu ramai yang terkena. Waktu zohor masuk pukul 12 tgh hari. So, pukul 10 pagi lebih kurang abah dah g masjid dah utk sedia solat jumaat. Selalu pukul 10 tu masih boleh dapat tempat di tingkat bawah yang boleh nampak kaabah, tp haritu, ha, dari dataran luar dah spenuh-penuh jemaah. Mulanya abah cuba juga berhimpit-himpit utk masuk,last2 gagal. So abah pun hampar kan sejadah dengan penuh pasrah kat dataran luar. Masa tu baru jam 10 pagi +++. Duduk punya duduk, hari makin panas. Matahari makintegak atas kepala. Abah tak berapa sihat, jadi abah pun bangun dan cari tempat utk berlindung. Dengan harapan nanti selepas khutbah masa nk mula solat, mereka akan rapat2kan saf , so bolhlah menyeleit sekali. Nk dijadikan certa, ntah macam abah terpegi berhampiran denagn clock tower tu (nota:clock tower dekat dengan masjid, n bersambung pun datarannya if tak silap. Abah cakap dalam tu pun dah penuh orang buat saf utk solat jumaat. Maka abah pun join sekali. Huhu.jadilah solat jumaat di clock tower. Memang hari jumaat saf nya penuh. Sampai ke jalan raya. Jadi di sini kena bawa sejadah ye. Hmmm saya dah hilangkan sejadah faveret saya yang di beli masa kami g umrah2004 dulu. Huhu. Hilang baru ne before masyaer, masa bersesak2 kuar nk balik ke hotel. Sejak tu, dah tukar jalan jauh sket utk ke hotel.tak apalah jauh sket, mudah2an selamat sampai. Hmmm oklah, dah penat nk taip guna hp. Hehehe. Harap ada kesempatan utk menulis lagi. Insya Allah. Wassalam.





No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)