Friday, June 7, 2013

Kisah Hari Jumaat dan Solat Jumaat


Assalamualaikum wbt and Good Day,

Perkongsian hari Jumaat...

Sekarang ne agak ramai lelaki dah kurang malu dan boleh buat muka kental jer tak pergi solat jumaat dan bersepahan di food court serta shopping mall bersama aweq/isteri time orang solat jumaat...

BAGITAU KERJA YANG KITA ADA SOLAT,
JANGAN BAGITAU SOLAT YANG KITA ADA KERJA....



Ingat ne Allah pesan dalam surah al-jumuah :

 Surah ke-62: Surah Al Jumu ah

(1) Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah Yang Menguasai, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(2) Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang yang Ummiyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

(3) Dan juga orang yang lain dari mereka, yang masih belum menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(4) Demikianlah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

(5) Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(6) Katakanlah: Wahai orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang yang dikasihi Allah tidak termasuk manusia yang lain, maka harapkanlah kematian, jika betul kamu orang yang benar!

(7) Dan mereka tidak akan mengharapkan mati itu selama-lamanya, disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan; dan Allah mengetahui akan orang yang zalim.

(8) Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

(9) Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(10) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.

(11) Dan apabila mereka melihat barang-barang dagangan atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri. Katakanlah: Apa yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

 
 

2 comments:

  1. kita yg perempuan kadang2 "cemburu" dgn kelebihan kaum lelaki yg bersolat jumaat kan??

    tringat pengalaman solat jumaat di mekah...

    ReplyDelete
  2. tu lah kak anim...\bila ditegur, ada antara jawapan yang diterima:
    1. "Aku dah pergi minggu lepas, so ada 2 kali lagi boleh tak pergi"

    2. "cukup je 40 jemaah walaupun aku tak pergi, kan? so apa masalah kau"...

    ewah...ewah... saya pulak yang bermasalah....

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)