Monday, January 27, 2014

Manusia dan Teknologi... Hakikat Dunia Hari Ini...

Assalamualaikum wbt...

Hyey... saya lagi... dah kenapa harine rajin sangat tulis entri entah... Mungkin saya ada "sebuku" atau mungkin "berbuku-buku"  rasa yang tidak terluah kan... rasa geram dan menyampah yang diperam yang dipendam... 

Hehehehe... harap ini boleh mengurangkan beban yang terpendam...

Minggu lepas saya ada training di tengah2 bandaraya kuala lumpur.  Kebiasaannya jika saya ada kerja di KL, saya akan melihat lokasi nya. Jika berdekatan laluan tren, nescaya tren adalah pilihan utama, jika tidak, terpaksalah saya memandu menempuh kesesakan di jalan raya.  Nasib baiknya, training kali ini, betul2 bangunannya di stesen LRT Ampang Park, maka naiklah tren seawal jam 759 pagi (ceh, awal ker.... hehehe... kawan saya semangat naik tren kul 736 pagi).... okay, saya bukan nak cerita perihal saya naik tren...

(sebab panjang sangat 'karangan' ne nanti ... hehehe...)

okay, apa yang saya nak 'sembang' ne dah lama saya "deraf dalam hati"... tapi tak tertulis-tulis mungkin kerana belum ada "rezeki nak menulis"...

Sindrom anti-sosial...

Hmmm korang pun mesti perasankan... kalau berada di tempat-tempat awam - contoh macam baru ne, dalam tren - erl & lrt, semua orang sibuk dengan gadget masing-masing (smartphone, etc) telinga bersumbat dengan 'earphone', mata kalau tak pejam, mesti tertujah di screen gadget sambil tangan "ketik sana, scroll sini"  sama ada main game, update muka buku, stalk tweeter orang, or did some reading.... tapi bancian 60 minit menaiki tren 2 hari tempoh hari saya mendapati 50% main game(dalam 7 ke 8 orang disekeliling saya), 30% (dalam 4 ke 5 orang) menggodek FB dan baki 20% etc.

telinga - opkoslah dipekakkan dengan either lagu, nasyid, ceramah or apa saya tak tau lah.... tapi aweqs2  yang berdiri sebelah saya semua dengar lagu ler... ntah hapa2 nyer lagu saya tak tau sangat sebab saya jarang dengar lagu pelik2...  

manusia hari ini terlalu sebuk dengan gadget...dengan smartphone dan dah jadi spesis yang mementingkan diri sendiri kan... tak peduli siapa pun diri / duduk sebelah kau... walau sekadar mengukir segaris senyum tanda hormat, senyum untuk sedekah di pagi hari.  Mungkin ada yang akan berkata "hari ne tak boleh senyum or sembang ngan sebarang orang yang tak dikenali, nanti takut kena pukau, atau kena goreng..."  hmmm ntah lah... betul juga....

Lantaran itu, kita pun teruskan lah juga dengan aktiviti "sellfish" tu dari hari ke hari tanpa ada rasa bersalah atau ikhtiar untuk memulihkan keadaan "senyap" yang ada hari ini. 


Kadang tu, lebih "sengal" saya tengok, bila sekali-sekala kami keluar makan either with frens or family,  saya tengok rata-rata "penghuni" meja-meja semua dok ngadap gadget masing-masing... kadang lebih "weing" lagi, datang 4 bersahabat, duduk semeja, tapi keempat-empat mereka semua "tekun menelaah"  tab/ phone masing-masing sambil hapdet status kat FB... dah tu yang kau orang keluar berempat tapi "sembang dengan gadget" masing-masing sampai tak angkat muka tu dah kenapa? 

 hadoi.... kesiannya generasi hari ini... oh my goodness... semalam masa lepak2 borak gaduh2 ngan abah atas macam2 isu, tetiba abah ngomel buat ribuan kalinya tentang orang sekarang ne kalau cuti raya masa dihabiskan depan tv + makan + makan + makan + tengok tv ... langsung dah tiada ziarah dan dah tak ada langsung suasana raya... selamba jer saya jawab "dahtu nak ziarah apa,  jumpa hari2 ziarah dalam FB, dalam whatsapps, time raya ziarah makan ngn ziarah tv jer lah"... hehehe...
kalau pun ada mak cik pakcik atok nenek sedara datang menziarah, (sebab deme tak ada smartphone n FB),  sakit betul hati ku tengok budak2 kecik ne, bukannya reti nak pergi bersalam.... kalau salam pun, lepastu cepat2 lari masuk bilik or kembali mengadap tv atau gadget masing-masing... Bak kata mak dan opah aku.... "ntah apa lah yang di ketik sana, ketik sini...sampai dah tak nampak orang".... huhuhuhuhu....

tapi nak salahkan bebudak sangat pun tak boleh juga... mak pak yang muda-muda ne jugalah yang mengajarnya sampai jadi begitu...
tak caya malam kang korang g makan keluar korang tengok... mak pak yang muda-muda ne (baya2 iols lah kan - okay bajet muda hehehehe)... i mean generasi 80'an,  kalau ada anak2 kecik, untuk mengelakkan anak menangis atau membuat onar dalam kedai makan, maka anak2 disogok dengan phone n tablet sama ada nak bagi diaorang main game atau tgk movie atau tgk kartun or wat ever...

sebab tu bebudak sekarang ramai yang "lambat bercakap" - tak caya g tgk statistik kementerian kesihatan... jenuh nak kena bawak g terapi bercakap... (tak termasuk yang memang ada sakit lah)... ne yang saya maksudkan yang sihat, tapi lambat cakap sebab parents bagi anak2 "cakap" dengan gadget je....

ntah lah... saya pun tak boleh nak cakap apa sebab saya tak ada anak... dan anak2 sedara saya pun mempunyai perangai yang sama... "mama, atok, where's your phone...we wanna play game"... lebih "bagus" lagi, dia yang ajar mama diaorang macam mana nak main game tu... hadoi.... tapi at least terkawal sebab they used their mom n atok's phone...

kawan saya laaaaagiiiii bagus.... anak umoq 6 tahun dah ada ipad sorang sebijik weih... autie huda pun tak ada ipad anak2 sekalian....
katanya, dia belikan tablet murah2 kat anak dia tapi anak dia tak nak sebab katanya "tak sama dan tak cantik macam mama ngn abah punya"... selamba jer anak dia "lesingkan"....
adoi.... ntah lah....

(p/s: kawan saya cakap saya ne tak bijak sebab saya tak main game dalam smartphone... huhuhuhu ada ke patut.... ntah ler... nak beli satu gak lah... nak buat main.... tgk bijak ke tak lepas ne)....

pastu gejala 'smartphone' seperti yang didedahkan dalam ntah metro ahad kot, ntah saya tgk kat nasi lemak kopi O semalam,  tentang perilaku remaja yang semakin jatuh akhlak ne bertukar2 gambar tak senonoh thru smartphone sebelum teruskan relationship yang songsang...arghhhhhh ....tertekan jiwa aku mendengarnya... satu lagi masalah gejala kejatuhan akhlak... (korang g google sendiri ar, nak tulis pun malu).... 

tu tak termasuk lagi, saat kau duduk termenung, tetiba jer ada seorang hamba Allah ne, snap gambar kau, upload dalam dia nyer FB or belog.... pastu tag kat kawan2, ulas bukan2 buat menambah dosa.... 
zaman sekarang ne semua benda nak update sepantas kilat, tanpa menggunkan kepala akal yang sepatutnya SMART a.k.a BIJAK untuk menilai sesuatu sebelum "sesuatu" tindakan diambil, sebelum "sesuatu kata" di hapdet, sebelum sesuatu gambar di muat naik.  tak fikir ke, akan memalukan orang dsb.nya? kadang2, fobia saya kalau tengok orang pegang telefon tala ke arah saya... huhhuhuhu.... sebab menda ne pernah jadi to our circle of frens... 

nampaknya phone dan gadget sahajalah yang "smart" sebab tu nama dia "smartphone"... manusia yang pakai phone tu tak smart langsung .... @#)(*&^%@#$ lagi adalah...

kadang generasi muda hari ne (alamak, tetiba terasa tua), i mean group age adek2 dan sepupu2 saya yang muda2 lahir tahun 1990 an ke atas ... memang kemaruk dan ketagih gadget lah... pastu diaorang ne macam tak ada perasaan... orang tengah sibuk buat kerja pun diaorang  bukannya nak tolong... No wonder lah bila ada segelintir anak muda seperti allahyarham Ammar dan Dr. Lutfi fadhil,  orang pandang diaorang macam dah sangat mulia... sebab mereka ne sedikit "luar biasa" dari set2 batch generasi mereka... 

hmmm kalau ada gadget tu, dapat dekatkan diri dengan Allah, dapat menambah baik hubungan sesama manusia, telefon mak ayah atok nenek kat kampung, kot ler ada manfaatnya.... 

ntahlah generasiku dan malaysiaku....

sebagai penutup, saya kongsikan satu kisah untuk renungan yang buat saya menangis tengah hari ini.... 

semoga bermanfaat....

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.



Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."
---------------------

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


(dicedok dari belog haji arshad)

**************************

bawak-bawak ler tepon mak abah dan balik ziarah mereka kat kampung yer...
kita selalu lupa nak hargai apa yang kita ada... pastu nyesal nangis tiada guna apa bila mereka sudah pulang untuk selamanya.... huhuhuhuhu....


teknologi tu patutnya memudahkan ke arah kebaikan, mengeratkan hubungan kekeluargaan, menghubungkan yang jauh dimata...tapi sentiasa dekat dihati... 

tapi generasi kini telah menyebabkan teknologi yang ada mencipta peribahasa :

jauh dimata dekat dihati ---> dekat dimata tapi tak sembang sampai nyawa dibawa pergi....

nauzubillah....

semoga bermanfaat...

loves... nhhas....

Al-Fatihah : Datuk Harun Taib

Perginya Pembela Islam Sejati...

Harun Taib (tengah) berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-51 di Perdana Resort, Kelantan pada 15 November 2012.

KEMBALINYA, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ke rahmatullah pada awal pagi kelmarin, ia bermakna bukan sahaja parti itu malah keseluruhan umat Islam tanpa mengira apa juga fahaman politik kehilangan seorang tokoh pejuang dan pembela Islam sejati. Biarpun berada di pentas politik, namun Allahyarham tidak melihat medan tersebut sebagai usaha untuk merebut kekuasaan semata-mata, sebaliknya bagi menegakkan syariat Islam di muka bumi Allah ini khususnya di Malaysia.

Dalam mempertahankan prinsip tersebut yang selaras dengan perjuangan asal Pas, Allahyarham yang belajar di Universiti Islam Madinah dan kemudian menyambung peringkat sarjana siasah syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir tidak pernah bertolak ansur dan sentiasa tegas memberikan pandangan serta melahirkan pendiriannya.
Bagi Allahyarham, tidak kira kawan mahupun lawan, sekutu ataupun tidak, apabila mereka melakukan tindakan atau membuat kenyataan yang bertentangan dengan perjuangan Islam, Allahyarham akan tampil menyanggah. Justeru bukanlah menghairankan apabila Allahyarham bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kecaman atau kritikan rakan-rakan sekutu Pas tetapi juga dalam Pas sendiri berikutan ketegasannya.
Dua isu yang paling mendapat perhatian umum ialah ketegasan Allahyarham dalam soal tahaluf siyasi Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Isu pertama tercetus pada Multaqa Ulama SeMalaysia di Alor Setar pada 14 September lalu apabila Allahyarham secara terbuka menyatakan pengaruh Pas dalam pakatan pembangkang semakin lemah. Allahyarham menegaskan, kajian semula berdasarkan kepada garis panduan Majlis Syura Ulama Pas wajar ekoran berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi.

Namun niat murni Allahyarham disalahtafsirkan, Allahyarham 'diserang' kiri dan kanan bukan sahaja oleh sekutu Pas tetapi juga di dalam Pas sendiri apabila golongan ulama dituduh gila kuasa dan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Allahyarham ternyata tidak berundur biar pun setapak sebagai pejuang Islam, apabila dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-52 di Shah Alam pada November lalu, Allahyarham secara tegas menyatakan,
"Kami tidak gila dan tamak kuasa, tapi Pas ialah parti Islam, maka sesiapa yang memahami dasar parti, mereka lebih faham kedudukan ulama dalam Islam. Rahsia kekuatan Pas adalah hidupnya Pas sejak 1951 adalah berdasarkan kesungguhan ulama, tidak ada percanggahan yang lain iaitu mahu mewujudkan sebuah negara Islam, negara yang aman dan makmur dan indah. Perjuangan kita sangat berbeza dengan parti lain. Tahaluf syasi (kerjasama politik) perlu disemak dari semasa ke semasa bagi mengkaji setakat mana pelaksanaan Islam boleh dilaksana di ngeri yang kita perintah." katanya.

Konsisten
Dalam perjuangan politiknya, biar pun mempertahankan kerjasama Pas dengan sekutunya, namun Allahyarham tidak mahu melihat Pas menjadi 'pak turut' semata-mata.
Oleh itu Allahyarham akan bersuara apabila melihat sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip perjuangan Islam. Ini terbukti apabila Allahyarham pernah menegur Kerajaan Pas Kelantan kerana menjemput bintang Akademi Fantasi (AF), Mawi mengadakan konsert di Kota Bharu, Kelantan pada 2005. Ia kerana Mawi bukanlah seorang penyanyi hiburan Islam sebenar, sebaliknya hasil produk sebuah rancangan realiti yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam.
Seorang pemimpin muda Pas memberitahu penulis, Allahyarham adalah antara pemimpin yang paling konsisten dalam perjuangan Islam dan mempertahankan perjuangan asal Pas.
''Sebab itulah dalam isu kalimah Allah, sehingga akhir hayatnya Allahyarham tetap mempertahankan pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah suci tersebut," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur.
Sememangnya, isu kalimah Allah membuktikan Allahyarham adalah pejuang dan pembela Islam sejati apabila sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja bagi mempertahankan pendirian Majlis Syura Ulama.

Pada 10 Januari lalu, ketika majoriti pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Islam dalam pakatan takut tampil untuk mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mempunyai kalimah Allah, Allahyarham secara lantang mengeluarkan kenyataan membela jabatan itu. Allahyarham mahu JAIS tidak tunduk kepada desakan dan arahan supaya kesemua kitab itu dipulangkan.
Isu kalimah Allah menjadi bukti ketegasan dan sikap konsisten Allahyarham dalam memelihara kesucian Islam, malah Allahyarham merupakan satu-satunya pemimpin Pas yang menggesa umat Islam bersatu bangkit mempertahankan kalimah suci itu dengan tidak membenarkan bukan Islam menggunakannya. Atas sikap itu jugalah, Allahyarham pernah menempelak Karpal Singh kerana memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama apabila Pengerusi DAP itu mengatakan majlis tersebut bukan suara majoriti dalam Pas.

Karpal berhujah demikian kerana Pas telah mencapai persetujuan dengan PKR dan DAP bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam asalkan ia tidak disalahkan gunakan. Membalas keceluparan Karpal itu, Allahyarham menganggap Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak tahu apa-apa tentang Pas dan kehabisan modal.

Bukan sahaja dengan Karpal, malah Allahyarham juga pernah menempelak Azmin Ali dalam isu yang sama apabila Timbalan Presiden PKR itu mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama. Allahyarham berkata, "Dia cakap tak pakai akal, jadi tak payah ambil kira pendapat atau pendirian dia. Tak apalah dia hendak kata apa pun, kita tak ada masalah. Tak jejas apa-apa pun. Apa sahaja yang dia kata, walaupun dia tak setuju tetapi kita tetap dengan keputusan asal.''

Begitulah sikap Allahyarham dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah dan Allahyarham juga secara lantang mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang cuba meminda Enakmen Agama Bukan Islam yang diguna pakai di negara ini.
''Jangan sesekali beri muka dan layan tuntutan atau desakan mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.'' tegas Allahyarham pada 4 Januari lalu kepada Mingguan Malaysia.

Semangat
Sememangnya jika mahu dicatatkan terlalu banyak jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam membela agama Islam di negara ini. Oleh sebab, sikap istiqamah dalam memperjuangkan Islam itulah yang memungkinkan biar pun mengalami keuzuran dari segi kesihatan sejak 2010, semangat Allahyarham tidak pernah luntur biarpun suatu ketika terpaksa berkerusi roda ke muktamar Pas.

Bagi merumuskan kegigihan Allahyarham ini, berikut penulis paparkan pandangan seorang pemimpin Pas, Dr. Azman Ibrahim;

''Insan hebat sepertinya, bukan setakat berkerusi roda, kalau terbaring di tempat tidur pun, kita masih perlukan buah fikirannya sekalipun jasadnya sudah tak berdaya. Lemahnya sekujur jasad seorang pejuang di jalan Allah adalah kerana tenaga yang telah dicurahkan demi untuk melihat syariat Allah ditinggikan.
''Buat Almarhum Tuan Guru Datuk Harun Taib… Pulanglah ke pangkuan Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Dengan rahmat Allah, kamu adalah dalam kalangan hamba yang soleh dan tempatmu adalah di syurga.''
Sememangnya, umat Islam kehilangan seorang lagi pejuang dan pembela Islam sejati di tanah air kita manakala Pas pula kehilangan seorang ulama yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan asal parti itu.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh - AL FATIHAH.



Hmmm apa nak letak tajuk entri ne?



Assalamualaikum wbt...

Hmmmm... sama ada sedar atau tidak ... ambil peduli atau tidak... benar... maruah islam semakin dipijak2 di negara ini... Memanglah mudah nak salahkan non-muslim sahaja ... tapi yang pemimpin melayu islam ne dok buat apa pun tak tau nak cakap... sama jer lah weih parti apa pun... semua tak boleh harap... 


teringat lagu maher zain - awaken 

Oh ... I'm walking with my head lowered in shame from my place

I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves"

agak2 kalau saya letak nama entri ne JOM PERANG... ada tak kena soal siasat dengan SB?... huhuhuhu... sebab saya melayu islam? adakah akan dicap menghasut?  wallahualam....(jangan risau... waras lagi saya ne.... idok ler sampai tahap ajak perang lagi weih...)

teringat citer masa zaman (tak ingat zaman semasa masih ada rasulullah s.a.w atau ketika zaman sahabat/ khalifah)... ada wanita muslimah yang dikacau dan direntap tudungnya...(biadap tul kafir ne), terus lancar perang tau.... 
tapi kita hari ini? dah banyak kali dah menda ne jadi kat malaysia... kalau isu relates to melayu dan islam yang menjadi mangsa - mesti kita akan hampir tak tau pun citer tu wujud... kalau masuk surat khabar pun duduk celah2 tengah muka surat jer... kalau mangsa tu bangsa lain, agama lain... mau kecoh 1 MALAYSIA... habis semua berdegar2 bergaduh hentam kerajaan, hentam polis, hentam skolah, hentam le selagi sapa boleh hentam asalkan yang dihentam itu melayu + islam pulak tu.... huhuhuhu....

antara cerita yang saya ingat - 
1. kes kereta non-muslim merempuh masjid putra sampai ke tangga ruang solat utama masjid...
katanya mabuk?  sapa2 pernah p masjid putra mesti garu kepala memang tak logik, apahal kau mabuk leh rempuh masjid dan buat kecoh macam tu? sebab masjid putra bukan nyer located bertentangan dengan jalan utama yang panjang... kalau kau terbabas sampai rempuh laman putra yang ada water fountain tu macam logik lah juga... ne pandai lak ko dalam mabuk2 tu g ikut susur jalan menuju masjid lalu merempuh masuk sampai dalam masjid?  giler punya biadap...
tapi sebab kes tu mangsanya MASJID - tempat ibadah orang islam - menda tu tak keluar kat front page surat khabar pon... keluar kat celah2 surat khabar ada portion kecik jer... bila saya g masjid, saya tanya adek2 yang bertugas tu mereka cakap - kami diminta tidak membesar2kan cerita ne... 
tapi natijahnya, pintu masjid sekarang pukul 10 malam dah tutup dah... 

2. kes perempuan yang kena tahan pastu dibogelkan dalam tahanan polis perempuan untuk inspection - kecoh satu malaysia bila perempuan tu dikatakan cina dari china...kelam kabut tanpa kesahihan kerajaan p mintak maaf kat kerajaan china... tapi bila akhirnya terbukti yang di inspect tu melayu - aiseh diam seribu kata pulak semua orang?  kalau dah salah - patutnya layanannya sama jer lah bangsa apa pun... human rights kena jaga untuk semua... lebih malang perkara ne berlaku di malaysia ku yang buat masa ini tampuk kepimpinan nya melayu dan islam... 

kes lagi ucapan2 guru2 skolah yang berbau racist, isu makan kat kantin sekolah - sebab cikgu tu melayu - maka kena ler tahan, kena tukar dsb.nya... tapi kalau yang buat tu bukan cikgu melayu - kes selesai dengan sekadar MOHON MAAF dan tutup buku... yang terkini kes cikgu muallaf kat skolah cina kat kota tinggi johor yang dipaksa membuka tudung dan diancam keselamatannya jika tak berbuat demikian -  laaaaassssst sekali cikgu tu yang kena tukar... so skolah tu rilex jer boleh teruskan perangai biadap mereka .... camtu ke?

huhuhuhuhuu.... 

1 MALAYSIA yang merugikan orang islam... kalau islam buat salah - habis kau kena sembur... kalau si kafir buat salah... maka bagi ajer lah statement "atas semangat 1 malaysia.... bla bla bla"... 


meh kita baca apa statement guru besar skola cina ne cakap....

"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.    
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
"Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum.
 "Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati. dahtu sebelum ne kau bukan kakitangan kerajaan dan tak peka ke?         
"Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya. 
senang betul hidup kau yer cikgu besau... bukan patut boleh ditatatertib ke?

yeay.... dah mintak maaf - tutup kes.... TAPI PERCAYALAH ... mesti kes2 ne akan berulang di masa hadapan sebab jati diri kita makin lemah.... huhuhuhuhu....

saya bersetuju dan penulisan PAK UNGKU dalam mingguan malaysia semalam... yang kita tak ada pemimpin melayu islam yang berani yang boleh nak kita follow... kau bagi jer lah apa parti pon.. sama jer lah labu....


MM: Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.
Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.
Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?
Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.
Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.





Seterusnya  saya juga bersetuju juga dgn Dr. Ridhuan Tee sperti di bawah...
 (kecuali bab yang artis pakai tudung tu... dah pakai tudung heboh juga nak menyanyi tu apa hal?  kat majlis yang tak sepatutnya pulak tu... confius eden....)

(Sumber : SInar Harian)

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.


*** begitulah ceritanya***


Entri ini tidak bertujuan nak cari gaduh dengan sesiapa pun / tak der pun nak jadi penghasut apa pun (tak berpengaruh pun... ;-) ) 
Sekadar luahan rasa apa yang terlihat dan terfikir...  kalau ada silapnya - boleh ditegur untuk dibetulkan (jika betul caranya)...

Last but not least...

Lets think deeply with iman, - is Allah satisfied with what we are doing now???

Owh Allah, please give me strength to be a good servant to You...

loves...nhhas...

Thursday, January 23, 2014

Jom... jihad jadi baik...

Anas relates that, “We asked the Prophet ï·º, ‘O Messenger of Allah ï·º, shouldn’t we refrain from calling others to goodness if we don’t practice all good things ourselves, and shouldn’t we refrain from forbidding wrong things until we ourselves have abstained from all the bad?’ ‘No,’ he replied, ‘You should call others to goodness even if you don’t do all good, and you should forbid bad things even if you don’t abstain from all of them yourselves.’” 
(Al-Tabarani)

Remember that by wearing hijab you are not saying to others ‘I am Islam’, but simply that ‘I am a Muslim’, meaning – I am someone who is trying to follow this religion, who accepts it as truth, sees beauty in it and hopes to beautify myself with it. I remember a quote attributed to Yusuf Islam: “Islam is not a state of being but it is a process of becoming,” – becoming more, become better, striving to reach that state of perfect submission and connection with Allah Most High, and May He help all of us achieve that, ameen.


Semoga bermanfaat...

full article from here ---> Taking Off  The Hijabb

p/s:  

perhaps we should not judge a person as "manusia hodoh/ bodoh or watever"  just because we are not aligned together + because appearance against their behavior.
everyone makes mistakes. what is de most important is to learn from mistakes. We are busy judging others, are we so perfect, then?...

jangan takut nak pakai tudung/ labuhkan tudung anda/ usaha utk tutup aurat dengan sempurna sebab nanti orang kata "eleh, pakai tudung pun perangai huduh nak buat apa"... erk???  jangan ambil hati sangat dengan kata2 sebegitu sebab Allah knows best... yang penting kena usaha untuk jadi baik setiap ketika... kalau buat salah, mintalah maaf... janganlah pula dah buat salah tapi rasa2/buat2 macam tak bersalah pula. okay...;-)

Monday, January 20, 2014

Bandar Taman Syurga - city of peace and love

Assalamualaikum wbt...

(2 in 1 entry today ya.... ;p )

1st. n foremost...saya nak minta maaf kat Ummi Ros dan Kak Zakie sebab kita tak bawak akak2 sekalian mendarat kat sydney lagi... okay... sebelum saya meneruskan entri tentang sydney,(sebab tak siap2 lagi edit gambar lantaran kerja yang banyak), saya nak kongsi satu informasi yang saya berdoa semoga ianya memberi manfaat dan agar kalian turut mendoakan saya dapat menjadi sebahagian daripada penghuni di "Bandar Taman Syurga - city of peace and love"...
Melihat kepada prospek pembangunannya... saya cuma tak sabar nak balik cakap kat mak.... "kan betul kita kena jadi kaya... or at least i still want to marry rich Muslim man - pls say ameen mom... hehehe..." .... (owh fawwaz husaini in a doa - pls read 13JAM A380 and you'll know who is FH that i mentioning here... hehehe)...

BTW, back to the story, alhamdulillah... all praise to Allah yang mengilhamkan anak2 sedara comel saya berada di BBIM so that n there we know that BBIM in a making of Raudhah City - city of peace and love... owh... saya mahu jadi sebahagian daripada penghuni disitu.  doakan agar saya mampu... financially and physically and all aspects that its need to buy a property and raise an islamic family in there... (walau pun tak ada anak pun nak raise lagi....hehehehe...) dan semoga betul2 dapat masuk syurga firdaus yang Allah janjikan kelak... Insya Allah... ameen...ameen....

Kenapa city of peace and love ne nak dilaksanakan?  Jom kita bagi statistik sikit (memandangkan saya ne statistician.... ;-) )

Mengikut sumber,  stok penduduk muslim diseluruh bumi ini dalam anggaran 1.5 billion (daripada anggaran 7 billion penduduk dunia).  Kalau kita buat ratio 1:5 untuk nisbah keluarga - maka anggaran nya dalam 300 milion keluarga islam terdapat diseluruh donya yang fana ini...  Maka BBIM telah diilhamkan oleh Allah SWT to come out with this islamic city for us to live in real islamic environment and go back to fitrah.... 

Memandangkan city of peace n love ne tak siap lagi - saya membayangkan ianya akan jadi ala-ala citer syukur 21 tu... ha sapa ingat citer tu? kalau tak ingat pergi taip kat google okay ...
(google - all in there, in the air and in everywhere - 
tag line baru google yang saya reka ;-) 

okay, erm nak cerita pun - nanti saya copy paste daripada website mereka juga... so apa kata, who ever interested to find more about Raudhah City - please read it here ... http://raudhah-city.com/




sekali lagi... please keep me in your doa agar saya mampu memiliki aset/ rumah di sini dan menjadi sebahagian penghuni di sini dan erm boleh doakan dapat jodoh macam FH juga tak ? ;-)  Insya Allah...  okay... semoga bermanfaat semua... Insya Allah....

love uols lillahitaala... 


till we meet again, Insya Allah...
 stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves....nhhas....

p/s:  ummi ross, kak zaki... jom saya bawak akak2 sekalian mendarat ....  ke sydney... airport dia (Sydney (Kingsford Smith) Airport) memang tepi laut...located next to Botany Bay... its a harbourkan... well itulah dianya - hahaha... gayat weih... salah landing memang "kelaut"   sungguh ler jawab nya... tapi alhamdulillah... nhhas airlines.com memang menggajikan pilot yang bagus2... jua... hehehe....









okay... untuk entry sydney selanjutnya... Insya Allah.. akan di hapdet dari semasa ke semasa...
doakan saya ada masa... Insya Allah...

till we meet again, Insya Allah...
 stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves....nhhas....

Blog Sharing Contest with Victoria Secret Perfume prizes

ihiks....

Assalamualaikum wbt...


Dengan malu-malu kucing g belog cik eny sebab nak join beliau punye give away... Dah lah tak full fill syarat a.k.a kena ada si muka buku... sib baik cik eny baek hati bagi join contest guna belog...

so nak join nak join nak join.... sebab hadiah dia victoria secret nyer perfume.... kita adalah peminat victoria secret dan secret garden nyer perfume sebab baunyer yang wangi dan tidak menonjol...i.e. hanya kita jer yang boleh merasai kelembutan dan keselesaan memakainya... orang dok sebelah kita pun tak berapa nak rasa (unless kau g spray setengah botol or g mandi ngan sebotol ayer perfume tu lain citer lah yer...) 

haritu saya g sydney - kat airport dia ada sale - any 3 bottles (boleh campur2 shower gel, perfume, bath lotion and etc at AUD35... selamba jer kata mahal dan menghalang adek daripada beli dengan yakin cakap... "Balik nanti beli kat melbourne...mesti lagi murah..."

Sekali flight balik dari sydney to melbourne tak mendarat kat airport tullamarine (international) dia p landing kat domestic arrival.... hangin adek satu badan sebab tak ada kedai VS... sib baek masa nak balik malaysia jumpa kedai VS ne kat tullamarine airport dan harga dia AUD30 jer untuk 3 botol... hahahaha.... murah weih murah... tapi sebab i dah tak ada duit dollar (nak mintak kat abah malu) maka kiteorang beli 3 botol jer dengan AUD30 ... huhuhu... next time harus lah beli... eh kat malaysia ne kat mana ada VS ngn SG ye? tak jumpa pun kat klcc... kat midvely or pavilion ada tak? sebab jarang p tempat 2 ne... so tak tau ler ada ke idak.... cik eny, kat mana beli? hehehe...

contest berakhir 31 januari 2014....

Wednesday, January 15, 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my


Assalamualaikum wbt...

JOM JOM JOM.... JOIN GIVE AWAY...



depa nak bagi duit raya RM300=/
kalau menang 300 neh, eden nak buat bayar duit tukar tayar kete n nak shopping palazzo kat nile.com.my

uish... meh doa ramai2...  moga2 nhhas boleh menang...
ameen....

dah lama nak membeli belah di nile.com.my ne...
nak beli palazzo... tapi haritu tgk dah tak ada...
so kalau nile.com.my bagi angpow 300 ratus ne, haruslah iols nak membeli palazzo di sana... 
nile.com.my
(hoccay... siapa nak join, boleh rujuk kat belog lyssa yer ... kat SINI

Closing Date is 21/01/2014. 
The lucky draw will use random draw with this website. on 12pm 23/01/2014. 
Result will be posted in this page on 2.30pm 23/01/2014.
Lucky winner will be contacted via email and h/p call. GOOD LUCK :) 

Friday, January 3, 2014

Sydney yang Best... Jom Pergi Sydney

Assalamualaikum wbt...

Jom ... saya bawak korang naik nhhas airlines.com untuk ke sydney...
hehehe... hoccay.... akhirnya... day -5 kami bergerak  ke Sydney Australia (pada jam 5.30 pagi)...
sabor jer lah adek ne... padahal flight kol 9 pagi lebih... sakit perut aku berkejar-kejar... sabar jer lah... tau dak apsal budak tuh nak g awal?  dia nak g makan kat airport... sabor jer lah... padahal aku makan nasik lauk daging yang mak buat... lagi sedap.... tapi memandangkan dia ketua rombongan.... layan kan sahajalah.... hehehehe...



























tetiba saya ada hal...
hapdet lain kali pula yer....
daaaa.......

okay semua... love uols.... till we meet again, Insya Allah...
 stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and stay away from masalah okay....

loves....nhhas....