Hari kelapan belas (18) = Hari pulang ke tanah air dan hari untuk meninggalkan cinta di Okinawa.
Pulang dari Ashibinaa ... operasi mengemas bag (atau pengemaskinian semula) pun bermula ...
Hani dah siap kemas bag ...
comel lah bapa mithali sorang ni ...
beli hello kitty and mickey mouse ...
aku syak banyak lagi barang mainan best dalam tu ... hihihi ...
cer teka ni sapa? hi hi hi ... dak dafi hoccay ...
still mengemas ...
menjelang 3 pagi - siap berkemas ...
pergi timbang bag ...
terlajak ... 32kg ... ayyak ...
datang dua bag + satu handbag ...
balik ? siap pinjam bag fiza ...
Jazakillah khayr fiza ...
sedihnyaaaaaaa ..... dah di kosongkan ...
kenangan terakhir - barangkali ...
tapi memang terakhir untuk kali ini ... dengan mereka - mereka yang comel ini ...
depan tu bilik fiza ...
4.30 pagi - siapalah turun paling awal ni ...
Ni antara yang turun awal ...
Jica provide us super early breakfast.
ada roti, air dan buah....
Semua melebihi had 30 kg - ada sorang kot 29 kg dan sorang lagi ngam-ngam 30kg...
bag paling berat 39kg.... kah kah kah ... sempoi baq ang ...
so no such thing lah nak "tumpang berat berkumpulan" ...
tawakal je ... banyak juga barang yang aku dah tinggal kat bilik...
tak tau nak let go apa lagi ... hu hu hu...
Hi partner ... hi hi hi ...
Wahidah tak turun-turun masa ni....
Rupa-rupanya wahidah terlelap...
Kami ketuk bilik beliau, tapi bilik tu memang pintu super tebal ...
memang tak ter bangunlah wahidah ...
Lambat juga wahidah turun ...
Naik 3 van dari hostel OIC ke Naha Airport.
Masa tu jam 5.00 pagi dah...
Mama chie siap ikut hantar kami balik kat hostel tu pukul 5.00 pagi tu.
dalam tempoh belasan hari ni - tetiba kami semua jadi sangat rapat dan macam satu keluarga yang besar ...
Ada a few team member yang bergambar, tapi aku tak join dan aku tak ada salinan gambar kat luar tu ... aku tak join mengeluarkan kamera sendiri sebab aku ni clumsy ... kang dengan bag yang banyak tu segala - risau ada yang tercicir bagai... tu yang .. hmmm tak apa lah... cukuplah tu...
Lepas salam raya dan said sayonara to mama chie, kami pun gerak ke airport naha...
feeling masa ni ... amat amat amat sedih...
dan amat mengantok juga.
Kami sampai airport Naha, pintu depan tu baru je dibuka... Ha ha ha... sampai-sampai, p solat subuh dulu kat babies room.
SEKIAN ... TAMAT ...
... I LEFT MY LOVE IN OKINAWA ...
Naik 3 van dari hostel OIC ke Naha Airport.
Masa tu jam 5.00 pagi dah...
Mama chie siap ikut hantar kami balik kat hostel tu pukul 5.00 pagi tu.
dalam tempoh belasan hari ni - tetiba kami semua jadi sangat rapat dan macam satu keluarga yang besar ...
Ada a few team member yang bergambar, tapi aku tak join dan aku tak ada salinan gambar kat luar tu ... aku tak join mengeluarkan kamera sendiri sebab aku ni clumsy ... kang dengan bag yang banyak tu segala - risau ada yang tercicir bagai... tu yang .. hmmm tak apa lah... cukuplah tu...
Lepas salam raya dan said sayonara to mama chie, kami pun gerak ke airport naha...
feeling masa ni ... amat amat amat sedih...
dan amat mengantok juga.
Kami sampai airport Naha, pintu depan tu baru je dibuka... Ha ha ha... sampai-sampai, p solat subuh dulu kat babies room.
pastu meneruskan urusan check in ... masuk je kapal terbang JAL tu terus ....
Zzzzzz ....
Sampai Kansai Airport, ada banyak jam jugalah untuk penerbangan pulang ke tanah air.
Tapi tidaklah sempat untuk kami keluar melawat apa ada kat Osaka tu.
Owh untuk makluman, JICA ni tegas lah...
Kalau surat tawaran ko datang 28/1 till 14/2, ko mesti keluar dari Jepun pada tarikh yang ditetapkan.
Tak boleh over stay walau pun passport ko hidup ke apa ke, memang tak boleh.
nak pergi kursus/ kerja - kena ada visa.
tapi melancong tak payah visa dah.
tapi senang citer, ko kena balik sebab visa kerja ko sampai 14/2 je.
Kalau kau over stay, kalau apa-apa jadi - pandai-pandai kau lah tanggung sendiri ...
So memandangkan semua pun letih, kami lepak dan last shopping and shooting kat airport Kansai je lah ... nah ...
partner aku yang baik hati - telah menapaukan roti sampai ke Kansai ni ha.
tenkiu partner...
tak abes abes melompat ...
dah dah dah ... jom masuk dalam ...
Q untuk melepasi imigresen ...
bersemangat aku asingkan resit dan barang untuk claim tax kat kastam...
last-last tak claim pun... ceh... kalau tidak, boleh belanja minum kat dalam ...
Owh before naik MAS, selepas masuk melepasi balai pelepasan, kami sambung shopping lagi kat duty free, menghabiskan saki baki yen yang ada ... murah gak dalam tu... unlike kat klia, lepas imigresen tu lagi mencanak-canak mahal ... duty free sangat klia weih ...
Tetiba aku "kehilangan henfon" ... kan dah kata aku ni clumsy... dah panik nak nanges...
jap lagi kena sound satu kali ngan khairul; "cuba bawak bertenang, cari satu-satu, pelan-pelan... Kiteorang tunggu ni" ....
ha ha ha... jumpa pun ... alhamdulillah... (*_*).
ada dua boyfrens tercicir kat Osaka ni ha...
mee hijau tu tak sedap. seriously...
MAS banyak empty seat masa ni. Maka bolehlah conquer window seat sorang satu.
memandangkan dah habis window seat kena conquer, aku pun pindahlah ke mid row (4 seats) supaya aku boleh conquer 2 seats.
Partner aku dalam MAS adalah orang jepun.
dia belajar kat ostrolia. so ni dia transit kat klia sebelum meneruskan perjalanan ke ostrolia.
masalahnya dia demam dan selsema yang sangat teruk...
macam ni lah rupa dia sepanjang berjam-jam perjalanan tu...
aku last2 rimas dengar dia batuk dan selsema... muka merah teruk giler...
aku tanyalah dia nak ubat tak (tapi dalam hati aku syak mesti dia tak nak - ye lah kot orang bagi racun ke apa kan)...
so memang dia tak nak lah kan ... sebab dia cakap dia ada bawak ubat... dia baru makan tadi...
so kena tunggu berapa jam pulak baru makan... tapi aku rasa ubat dia macam tak beri kesan je...
harap-harap dia tak kena kuarantin lah kat ostrolia tu - masa nak melepaskan imigresen tu kan...
tapi dia cakap dalam bahasa jepun lepastu dia translate : "thats very nice of you sister" ...
ha ha ha biasalah orang jepun ni kan bersopan santun...
Ruang solat dalam MAS ... Ada tirai ada sejadah.
ni dah sampai tanah air dah ... KLIA .
Dah nak dekat maghrib masa ni.
Rushing nak solat maghrib dan cari ahli keluarga masing-masing ...
Kami tak ada gambar ramai-ramai sama-sama ...
Masa ni Zu bagi kami Omiyage berupa hello kitty ...
zu cakap sebab "terima kasih sebab jadi teammate yang baik dan awesome" ...
Sweet kan Zu ...
Maka ... secara rasminya ... catatan kenang-kenangan trip ke Okinawa Japan ini berakhir di sini...
Sedih nya ... habes dah throw back session ...
Perasaan yang sama semasa perlu melangkah pulang ke tanah air setahun yang lalu.
Okinawa, Japan ...
Satu perjalanan yang mengajar aku atau sebenarnya mengingatkan aku kembali akan banyak perkara yang aku mungkin dah lupa akibat rutin hidup yang "biasa" sehingga terlupa untuk menghayati erti sebuah kehidupan yang sebenar ...
Trip yang banyak mengajar aku ...
Chillex lah ... Allah kan ada ... (baca SINI) ... macam mana kisah aku boleh TER JOIN kursus ni.
It was miracle and gift from Allah ... dan tak sangka entri aku INI telah menjentik hati seorang atheis juga ... Semoga ada cahaya hidayah buat beliau, Insya Allah...
Disebabkan aku mengosongkan minda aku sebelum join trip ni ... akibat patah hati maka ... ilmu yang diperolehi sepanjang kursus agak mudahlah nak dapat. sebab pergi dengan minda kosong ... tak nak serabut apa-apa...super tehgeh bunka ... buku nota pun tak ada ... ha ha ha...
Selain TX1.0 yang awesome itu, trip Okinawa ini kembali menggembirakan aku dengan sense of frenship yang dah lama tidak aku rasai semenjak terjun ke dunia pekerjaan ini...
Trip yang membuka minda aku tentang hakikat berdakwah (entri SINI dan SINI) ... Kadang tak perlu buka mulut, cukup sekadar melalui perbuatan, senyuman bahkan cara kita berpakaian boleh membuat orang tertarik pada Islam ... Kalau Islam itu terfitnah - sebenarnya portion terbesar penyebabnya adalah umat islam itu sendiri ... maka berusahalah ... tak dapat buat baik, tak buat jahat pun dah cukup baik...
Senyum banyak - banyak ... fikir yang baik - baik, cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. Insya Allah ...
Dear all my beloved OkinawaFrens.
Aku sayang korang (sila sayang aku juga - kalao tak nanti aku jadi "hijau"...)
ha ha ha...
Terima kasih bagi sokongan untuk aku siapkan "dear diary" ni.
Korang baca tak? Tak baca siap korang .... ha ha ha ...
Terima kasih untuk semua perkara menarik yang dibuat dan dikongsi bersama...
Mohon maaf salah silap ...
Mohon halal terlebih terkurang makan minum tambang dan sebagainya.
Stay frens 4eva ... Insya Allah ... and All de best ...
pssst: Mahu kenal mereka dari sudut pandang aku?
Baca acknowledgement message HERE ...
Pssst : kugugihkan hati menyiapkan belasan catatan ini punca asalnya ialah .... last month, ketika aku buat photobook Okinawa, aku senyum nanges n gelak sorang-sorang ketika memilih gambar ... dan aku rasa rugi... jadi aku rasa baik aku conteng dalam blog... gerenti geng 14 orang ni baca gak walau senyap2... hihihi... last2 gelak ramai2 kat group WA...
Dan inilah catatan trip aku keluar negara yang pertama yang berjaya aku TAMAT kan dalam blog .... yeay ... tahniah untuk diri sendiri ... ha ha ha...
... I LEFT MY LOVE IN OKINAWA ...
#ILoveMyOkinawaFrens
#ThrowBackOkinawaStory
@loves_nhhas
Rekod catatan throw back yang lalu :
Hari 18 - I left my love in OKINAWA ... Cintaku tinggalkan di Okinawa ...
Alhamdulillah diberi peluang menimba ilmu dan pengalaman di japan, moga ada lagi rezeki begini yang lebih bermakna seterusnya.inshaAllah. saya pun pernah beri oitment untuk chinese baby menangis dalam flight tetapi melalui stewardess. Steward tanya dulu, beliau said yes baru bagi, suspense jugak :)
ReplyDeleteHihihi... kan... takut juga org salah faham... kita pun x simply ambik pemberian orang... :-)
DeleteCinta tinggal kat okinawa tu tak balik2 Malaysia ke?
ReplyDeleteCinta tu tinggal... Cik Manisah nya balik... ha ha ha..
DeleteBalik le weih.... xde menda sgt kt okinawa tu... hihihi... pantai cantik pun x dpt pergi...
DeleteBawak hati g perhentian aje lah...
Bagus ada links begini. Senang akak nak menelaah dr mula. Banyak lupa dah,...
ReplyDeleteNanti kita hafal... he he he...
DeleteHafal... nnt cik manisah bagi kuiz ye
DeleteHafal jangan tak hafal...
DeleteNanti nak bagi kuiz k
Moga ukhuwah yg terbina sesama kalian akan berkekalan :)
ReplyDeleteInsya Allah ... semiga begitu hendak nya
DeleteSelamat tinggal okinawa..
ReplyDeleteAlolo...sedihnya tajuk..nasib tak tinggal bf kt sana
ReplyDeleteBF dia pak guard yang bukakan pintu toilet tu mak.. tu dia sedih... he he he...
DeleteBagusnya Mas ada ruang solat..tak pernah nek Mas lagi (ayat org susah)
ReplyDeleteMak pegi Istanbul naik Air Asia... Kah Kah Kah...
DeleteKannnn untong samgat...
DeleteHado orang g belanda naik emirates... lagi hado hado mak weih...
Semua muka ceria nak balik kg hehe
ReplyDeletesalam kak huda .. alala part kena berpisah dengan bilik dan orang 2 kat sana tu sdih sebab kita dah habiskan banyak masa kat situ sebenarnya .
ReplyDeleteRasa seronok sangat baca semua entries pasal Okinawa ni. Terasa manisnya persahabatan :)
ReplyDeletelama tu kat Japan.. akak masih tak tau cerita pasal u lagi.. nanti nak kena baca lah..
ReplyDeleteBest penceritaan anda.
ReplyDeleteawww.. missing huda and friend at this very moment (>.<). jom laa jumpaa... hukhukhuk.. asyik belek blog huda je... padahal dh baca dh. love ur effort sis. oxoxo
ReplyDeleteGud Bye Okinawa!
ReplyDeleteyeahh huda balik dahh...
ReplyDeleteTinggalkan cinta katanye... he he he...
ReplyDeletennas...tadi nnas ada cadang bunda untuk buat 5 the most you love... kan... sape nak start dulu?.. ada ke yang nak join.?
ReplyDeletesonoknyer uoolss.,
ReplyDeletewah tajuk ... kutinggalkan cinta di okinawa, macam tajuk drama gitew :)
ReplyDeleteyg bapa mithali tu, comelnya dia beli kitty n mickey ... kalau suami saya, tobat lah dia tak beli mainan comel overdose macam tu ;)
ReplyDeletepasni huda bawa ibu abah pula lah kot ke okinawa ... gi aussie repeat, okinawa repeat juga tak? :)
ReplyDeletetakpe, ada rezeki sampai la jepun lagi.Insha Allah..
ReplyDeleteWow. Belasan entri. Satu entri pun dah panjang. Nanti saya baca semua tu ya insyaallah
ReplyDeletewww.arzmoha.com
Kan... selamat study yer arz
Deletetajuk x menahan.. hehe
ReplyDeletetapi entry paling win yang terkunci dalam toilet..haha
ReplyDeletesy punya wishlist ke Osaka.. semoga dipermudahkan untuk sy hehe
ReplyDelete