Friday, January 2, 2015

Kalendar rasmi 2015 dan Kalendar puasa ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Boleh jadi panduan untuk merancang perjalanan dan ibadah kita, insya Allah...


print kaler... letak kt dressing table,
Supaya rasa bersalah jika tak puasa...
hihihi...
*good motivation*

Thursday, January 1, 2015

Cabaran Tahun Baru ... Azam Tahun Baru...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Selamat meneruskan keazaman membina segala kekuatan (akidah... ilmu... iman... amal... harta yang halal lagi baik)... di tahun 2015...

Setelah begitu banyaknya siri-siri ujian daripada Allah kepada kita rakyat malaysia....

Dimulakan awal tahun 2014 yang lalu dengan ....
BANJIR - KEMARAU - CATUAN AIR - KEHILANGAN MH370 - MUSIM PANAS DAN KERING - TRAGEDI PENGANIAYAAN MH17 - BANJIR BESAR...

Dan siri-siri kebiadaban masyarakat malaysia yang menghina hukum Allah...
Sentuh anjing... october fest... Quran vs bible...
hina pemimpin... hina Yang Dipertuan agong...
dan macam-macam lagi...

Selepas semua kebiadaban... kelalaian... dan ujian-ujian yang Allah turunkan ini...
kalau tak insaf juga lagi...
tidak mustahil siri-siri ujian yang lebih besar menanti kita di tahun 2015...

Ayuh... kita bersatu hati membina kekuatan akidah... pegang erat tangan semua rakyat malaysia yang berjumlah 29 juta ini untuk sama-sama membina kekuatan jati diri dan perpaduan yang utuh....

Sebagai mukadimah tahun 2015...
saya kongsikan catatan ringkas yang sempat dicatatkan malam tadi...

*************************************
Catatan ringkas : @ Karnival raudhah sempena tahun baru 2015
@ masjid putra... putrajaya...
Panel :
Ustaz Mohamad Kazim bin Elias a-hafiz;
Ustaz Dato Hj Mohamad Najmuddin bin Elias al-hafiz
Tajuk :
Cabaran Tahun Baru ...
Azam Tahun Baru...

****************
#Cabaran alaf baru...
Nk jaga mulut dr mngumpat, memfitnah ...
Jaga tangan dr ambil hak orang / berbuat zalim...
Jaga telinga dr dgr perkara yg lagha...
Jaga mata dr lihat perkara yg haram...

#Umat islam kena membina segala aspek kekuatan untuk mendepani pelbagai cabaran.
Kekuatan yang paling penting perlu dibina ialah kekuatan AKIDAH...

#Amalkan Surah al ahqaf ayat 15...
 .... insya Allah... Allah berkati hidup kita, dikekalkan nikmat dalam iman dan islam hingga akhir hayat.

$Harta bukan untuk d simpan... tapi untuk dibelanjakan pd jalan Allah...
Orang yg berjaya d jln Allah... ialah org yg berjuang,berjihad pd jln Allah...

#Bagaimana jika tak dapat laksanakan azam?
Niat nk buat benda baik kerana Allah... insya Allah dh dpt pahala...
Nk laksana tu kna ada usaha yg gigih ... kna mntk doa supaya Allah rezekikan supaya kita dapat laksanakan...

#Orang yang kuat ibadah:
Jgn buat bnda haram.
Org yg x buat bnda haram adalah orang yg plg kuat beribadah.
Dari hujung rambut sampai hujung kaki - jgn buat bnda yg haram. Jgn fikir bnda yg haram. Mulut jgn buat bnda haram... jgn mkn  bnda haram...

#Sekarang bnyk orang buat dosa lidah (ckp bnda x btl... tanpa sedar fitnah orang).
Bnyk dosa tangan jari - keyboard warrior...
Jgn guna tangan untuk tulis dan cari keburukan orang lain...

#Pnykt manusia hrni - suka kondem... suka kutuk orang.

#Di akhirat nnt mulut kna gam .... tangan kaki segala yg akan jd saksi...

# 4 perkara yang di mengaku tapi sebenarnya berdusta:
1. Mengaku beriman... tapi dlm masa sama buat maksiat.
2. Mengaku cinta nabi s.a.w ... tapi benci anak yatim dan org miskin.
3. Mengaku nak masuk syurga ... tapi kedekut - tak nak infaq... tak nak sedekah.
4. Mengaku tak nak masuk neraka ... tapi tak nak bertaubat dari sebarang dosa.

Sy tersentuh bila ustaz kazim sebut....
Siapakah orang yg kuat beribadah...
Bukannya orang yang banyak infak, bnyk buat masjid bnyk kali g haji dan umrah - sebab tak aci lah kat orang miskin, orang yang uzur, etc...

Sangat simple...
Orang yang kuat ibadah ialah orang yang tak buat benda haram - dr hujung rambut sampai hujung kaki....
ya Allah... kedengaran "simple jer rupanya"...
Sbb bila sebut bnda haram... dlm mindset terus fikir...
"Ha... okay lah... aku tak makan bab1... aku tak amalkan riba... etc"
Yg kita ingat "bab perut kita je"...
Betul... tak salah...

Tapi bagaimana dgn bnda lain?
1. Aurat kita - sudahkah ditutup dengan sempurna.
2. Minda kita - ada x fikir benda yang bukan2.
3. Hati kita - niat jahat ke baik...
4. Mulut - mngata/mngumpat/memfitnah/ dan mcm2 lagi....
5. Tangan....
6. Kaki....

Allahuakbar.... bnyk lagi yang perlu disemak dan ditambah baik...

Masa untuk pulang dah semakin hampir...
Jom muhasabah diri...
Baki masa yang tinggal beribadahlah, tingkatkan amalan dan ketaqwaan kita...
Kalau hari ni tak berjaya...
Azam lagi nak jadi hamba Allah yang baik setiap hari....

Insya Allah...

Semoga bermanfaat...
Mohon maaf segala kekurangan

@nhhas...


Nota: catatan ringkas saya ...
Jika ada d kalangan tuan/puan yg turut hadir & mempunyai catatan yang lebih lengkap... mohon dikongsi / dibaiki  mn yg salah...

Friday, December 26, 2014

Renungan Asam Garam Kehidupan ayuh ; ambillah iktibarnya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Selamat hari Jumaat...
semasa blogwalking minggu lepas, jumpa kisah ini di belog kak zakie. Kak zakie ni suka buat entri2 yang ada pengajaran hatta cerita makan pizza pun boleh dapat pengajaran... bagus betul...
owh btw, rupanya kak zakie, join segmen iktibar dari kisah tentera iskandar zulkarnain seperti kisah di bawah yang dianjurkan oleh blogger Sis NorAzimah dari blog "Asam Garam Kehidupan" ...

... Jom cekidaout ...  - semoga ada manfaatnya untuk kita semua... Insya Allah...

Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu

*******

Aku pernah baca kisah ni, tapi aku ingat2 lupa ibrah dia apa. 
Perkataan di atas " Ada orang berkata sebenarnya ....
if tak silap aku, iskandar zulkarnain yang berkata begitu ... If tak silap lah...(mohon sis nor azimah bagi pencerahan nanti)

Apa pun, my first impression semasa baca short story di atas ni, dalam minda aku terus terfikir :

1. Sungguhlah dalam hidup ni, peringatan demi peringatan yang Allah s.w.t berikan, untuk ikut semua perintah Allah s.w.t  i.e buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.  Kita ada al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan hidup, ada guru2 dan ulama2 untuk dirujuk - buat yang beringat nak ambil kesempatan yang Allah beri ini untuk kejar sehabis mungkin "ilmu dan amal"  ... maka beruntunglah dia apabila pulang kelak bertemu Allah.
Bagi yang tak percaya dengan janji Allah - maka penyesalannya bila pulang berjumpa Allah; di azab, baru nak menyesal ... minta kat Allah supaya dapat di kembalikan semula ke dunia... time tu, sorry lah beb... no more chance(s) given...
Banyak ayat dalam al-quran yang menceritakan tentang penyesalan manusia di akhirat kelak kerana tak percaya dengan janji Allah ketika di dunia...
(tapi aku tak ingat ayat mana - Al-quran ku yang penuh 'label' dipinjam adek. Quran lain di rumah, aku tak 'label' kan point2 yang aku selalu label kan)

2. Tapi ada juga dikalangan kita-kita ni... Percaya dengan janji Allah, buat benda baik, apa yang Allah suruh buat, kita buat; solat, puasa, zakat dan haji, etc. memang tip top.  Tapi ada certain point dalam hidup ni, tiba2 dia teringin nak buat jahat ke - tengah2 buat jahat tu, nyawa dia diambil... "times up man"... so sia2 lah amal kebaikan sebab mati dalam suul khatimah (nauzubillah minzalik)...

atau dia ni ada habit suka "ambik hak orang" i.e.  suka mengumpat, memfitnah orang...  so orang-orang ni, bila dia balik mengadap Allah nanti - habis semua pahala amalan dia diberi kepada orang yang dia zalimi / umpat ketika di dunia dulu.
... Allah gambarkan orang yang semacam ini sebagai orang yang muflis di akhirat kelak ....
(nauzubillahiminzalik - moga Allah jauhkan daripada terjadi kepada aku dan kita semua... Insya Allah)

3. Memang sifat manusia ni - tak pernah cukup, tak pernah puas.  Terlalu banyak kemahuan, terlalu banyak yang Allah dah beri, tapi terlalu sedikit kita menitip rasa syukur kepada Allah s.w.t.  Manusia begitu tamak dalam memperbanyak harta. Manusia tidak pernah merasa puas dan merasa cukup dengan apa yang ada.... aku pernah baca yang berikut; cuma tidak dapat trace ini dari al-quran atau hadis (jika ada yang tahu - mohon share)

 “Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”

Last but not least ...

4.  Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat.
Allah  berfirman yang bermaksud:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan " (Surah Al-Qasas, ayat 77)

(Surah al-qasas ayat 77 ni ... semasa Allah ceritakan tentang Qarun yang sombong itu - sila buka Al-Quran anda dan cekidout)

Jika tidak silap, pernah juga terbaca sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.” 
(Hadis riwayat  -  to confirm di riwayatkan oleh siapa ...)

Sekian semoga ada pengarajaran yang dapat direnung-renungkan dipagi jumaat ini.

Buat Sis NorAzimah dari blog "Asam Garam Kehidupan" yang menganjurkan segmen "ambillah iktibarnya"  ini... terima kasih kerana bagi kami exercise minda dan hati di pagi hari dengan menganjurkan segmen yang bermanfaat.

Nanti share yer, apa ibrah yang digariskan sebenarnya dalam kisah ini.

loves ... @nhhas