Tuesday, May 26, 2015

One Staff One Book Campaign


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hihihi.... memang hangin baik betul sempat nak berblogging minggu ni... ihiks...
Hari ni nak sembang pasal Book Donation pulak... 
hmmmm sebelum ni aku pernah usulkan kepada boss (dalam persatuan) untuk buat program ni 

Sebab buku kat rumah banyak sangat... Hihihi... tapi tak diteruskan pun program tu sebab kiteorang semua busy (apalah yang di busy kan sangat tu ntah lah...)

Tapi pagi ni aku menerima hebahan dari unit korporat tentang campaign ni 1Staff 1 Book.

Dah kalau namanya buku memang I LIKE ...


Program ini merupakan anjuran Perpustakaan @ PM Office (uiseh gempak lak nak gak hilite nama PM ... hihihihi).

Perpustakaan JPM anjurkan program ni sebab nak kumpulkan buku/ bahan bacaan khusus untuk kanak-kanak (range umur 3-6 tahun) ; untuk diletakkan / diwujudkan sudut bacaan mini di bangunan baru Taska/ Tabika JPM.

So menerusi kempen ini “One Staff One Book Campaign” boleh lah kalau uols ada buku/bahan bacaan yang nak disumbangkan... Yerlah kadang buku2 kat rumah tu elok lagi. Anak2 pulak dah besar... Rugi je jual kat old news paper dapat tak seberapa lebih malang lagi di koyak2kan untuk dikitar semula... So dah ada peluang ni ... apa lagi ... JOMMMM...

TEMPOH PENGUMPULAN : 25 MEI - 26 JUN 2015 (sebulan lah lebih kurang)

Sumbangan bahan bacaan baru adalah digalakkan.
Sumbangan bahan bacaan hendaklah bersesuaian dengan umur kanak-kanak i.e 3 - 6 tahun.
Sumbangan boleh diserahkan ke:
Perpustakaan JPM Aras 1 & 4, BLOK B1 Kompleks B, Putrajaya 
atau
Book DONATION BOX @ Lobi Blok B8.

Masih ada kemusykilan untuk di tanyakan?  Boleh hubungi urusetia @ 03-8872 3673 / 03-8872 3682

Sebar-sebarkan - Semoga bermanfaat... Insya Allah...


Monday, May 25, 2015

Dana Iftar Ramadhan 1436H (2015)



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Kepada rakan-rakan yang ingin turut serta, di bawah inisiatif Kelab Haji Muda sekali lagi menganjurkan kutipan DANA IFTAR RAMADHAN yang meliputi kawasan Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Mekah/Madinah dan Palestin.

Sasaran Kutipan adalah RM 60k (akan ditutup pada 15 Sya'ban = 2 Jun 2015) untuk memudahkan urusan pengagihan.

Kutipan dana iftar sehingga 22 Mei 2015 baru berjumlah RM 4k.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi:
 Dr. Ridzwan (013-209 00 00) atau
 Tn Hj Razali (012-6079097)


p/s: penerimaan selepas 2 Jun 2015 akan diagihkan untuk Pusat Anak Yatim/ Tahfiz di Malaysia.

Dana pembinaan Kompleks Tahfiz Profesional juga masih dibuka sehingga dimaklumkan kelak.

Korang boleh cekidout kat blog KELAB HAJI MUDA kat SINI

dan FB: Facebook/kelabhajimuda ...

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita membantu...

Insya Allah

Friday, May 22, 2015

Wahai jiwa yang tenang ...

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27)

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
(Al-Fajr 89:28)

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29)

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30)