Tuesday, April 14, 2009

Kuantiti vektor


Kerja Islam mempunyai magnitud dan arah seperti kuantiti vektor dalam subjek matematik. Tanpa berkerjasama antara satu sama lain, tanpa perancangan yang teliti dan tidak faham akan matlamat mereka, maka ia tidak akan menghasilkan apa-apa, walaupun terlalu banyak tenaga yang dicurahkan.

Jika kita masih mencari kesalahan orang lain, tidak menghargai dan menghiraukan sumbangan-sumbangan positif dan memperkecilkan pencapaian orang lain, kita tidak akan ke mana-mana. Kita mesti tinggalkan perasaan dan sikap bahawa kitalah yang selalunya betul dan yang lain selalunya salah.

Kita mesti kenal semua pekerja dalam lapangan Islam dan mencuba untuk selaraskan usaha-usaha kita.Dalam usaha penyelarasan ini pasti akan berlaku perbezaan pendapat. Sepatutnya perbezaan pendapat dianggap sebagai satu rahmat, akan tetapi yang selalu terjadi adalah sebaliknya. Kita hilang sifat toleransi. Semangat ukhuwwah menjadi kebencian. Perbezaan pendapat akhirnya membawa kepada perbezaan isi hati. Lalu bibit-bibit perpecahan pun mulai timbul. Mengapa sampai boleh jadi begini?Yang menghairankan, mengapa pula pandangan baru seringkali dipandang sebagai ancaman yang boleh merosakkan sesebuah gerakan? Kita memiliki produk yang bagus, tetapi jurujualnya tidak bagus. Kita masih menampilkan strategi pemasaran yang sama. Lalu bagaimana kita mahu membuat perubahan yang ketara dalam masyarakat?

Kita hari ini tidak cekap dalam mentafsirkan dan mengadaptasi ilmu yang kita perolehi, pelajari sama ada secara formal mahupun informal dalam konteks kehidupan yang sebenar. Kita kerap kali menjadikan perkara-perkara remeh sebagai perkara yang perlu diperbesar-besarkan.


-nihas






No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)