Assalamualaikum wbt...
Saya copy dari belog Dr. Basit di SINI
SEMOGA BERMANFAAT....
Alhamdulillah, segala puji
hanya bagi Allah, yang telah menyampaikan kita pada bulan Ramadhan tahun ini
lalu memberi peluang untuk kita menambah amal kebajikan. Semoga buku amalan
kita dipenuhi dengan pahala-pahala yang dikaut sepanjang Ramadhan ini,
insya’Allah. Hari ini hari ke20, esok kita akan memasuki 10 ketiga atau
terakhir bulan Ramadhan. Hari-hari yang memiliki kelebihan dan kemulian yang
khas dan berbanding lainnya.
Di antara nikmat dan hadiah
Allah SWT terhadap hamba-Nya umat Islam akhir zaman ini, dianugerahkannya
kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Suatu
keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Iaitu malam
“Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana
firman Allah SWT:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ
الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ
مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ
رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *
{Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya (Al Qur’an) pada malam taqdir (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu
apakah malam taqdir (Lailatul Qadr) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadr) lebih
baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh
kesejahteraan sehingga terbit fajar”. [Al-Qadr: 1-5]
Ulama' menjelaskan bahawa (pahala) amalan pada malam yang barakah itu lebih baik daripada pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang lain. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut.
Rasulullah SAW pada 10
terakhir Ramadhan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda dan berusaha untuk
meraihnya. Baginda bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ
مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa yang berdiri
(beribadat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap
balasan (dari Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. [HR Al Bukhari
no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222].
Ummul Mukminin Aisyah ra
meriwayatkan tentang keadaan Nabi SAW pada 10 terakhir Ramadhan :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا
دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق
عليه
“Adalah Rasulullah SAW
apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, Baginda mengikat tali kainnya (yakni
meningkat amalan ibadah Baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan
isteri-isterinya.” [Muttafaqun ‘alaihi]
Untuk penjelasan lebih
lanjut tentang Lailatul Qadr sila dengar:
Muslimat di 10 Akhir
Ramadhan;
Apa yang ingin dibincangkan
atau menjadi persoalan utama di sini ialah keluhan-keluhan dan pertanyaan
daripada kawan-kawan muslimat.
“Alamak! Esok dah 21
Ramadhan period saya baru mula... terlepas la Lailatul Qadr tahun ni..”
“Saya dah tiga tahun, tinggal puasa ‘cuti’di akhir Ramadhan, bila la
nak dapat Lailatul Qadr??”
“Kalau kita ‘uzur’ apa
ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadr?”
Serta pelbagai lagi bentuk
persoalan, tetapi isu utamanya adalah: “Bagaimanakah cara bagi wanita yang
datang haidh (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul
Qadr??”
Ini bukan isu yang kecil
kerana sehingga ada yang sanggup untuk mengambil ubat penahan haidh pada bulan
Ramadhan ini kerana takut kerugian dan terlepas tawaran istimewa yang hanya
datang setahun sekali ini.
Sebenarnya kita tidak perlu
bertindak sejauh itu, haidh adalah satu nature, tabi’i bagi kaum Hawa. Allah
Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti
sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu
besar ini.
Orang yang berhadas besar
seperti haidh ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca
al-Quran (serta semua yang memerlukan wudhu’).
Sebagaimana sabda Rasulullah
SAW: “Bukankah wanita itu jika sedang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?
Itulah kekurangan agamanya.” [HR Bukhari]
Walaupun Allah memberi kita
‘cuti’, tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak
boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala
kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang segala amalan dilipat gandakan
pahalanya.
Banyak lagi amalan-amalan
yang dicintai oleh Allah SWT serta ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang
dapat dilakukan diantaranya:
1)Menyediakan dan memberi iftor (hidangan berbuka).
Menyediakan makanan kepada
orang-orang yang puasa samada anggota keluarga ataupun saudara-saudara umat
Islam. Iftor adalah amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, kerana
mengandung pahala yang besar dan kebaikan yang berlimpah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang memberi
iftor (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang puasa/berpuasa maka baginya
pahala seperti orang yang puasa/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun".
[H.R. Bukhari dan Muslim].
Jika tidak mampu dari segi
kewangan, tolonglah ibu atau kakak di dapur untuk menyediakan hidangan berbuka
bagi keluarga. Juga memberi sumbangan tenaga menolong di tempat-tempat yang
menganjurkan jamuan berbuka puasa seperti di masjid-masjid atau surau
berdekatan.
Menyediakan makanan sahur kepada anggota keluarga
ataupun saudara-saudara Islam lain juga satu ibadat yang tidak kurang besar
pahala dan faedahnya. Selain memberi makan kepada orang lain, ia juga memberi
kita peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur serta qiyamullail. Walaupun
tidak dapat bersolat masih banyak lagi ibadat lain yang dapat kita lakukan.
Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: "Allah turun
ke langit dunia, ketika malam telah tinggal sepertiga yang akhir. Maka Allah
berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan doanya. Sesiapa
yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku ampuni dia." (HR. Bukhârî dan
Muslim).
Dan Sabda Nabi SAW yang
bermaksud: "Pada waktu malam, sesungguhnya ada suatu saat, dimana jika
seseorang Muslim memohon kepada Allah suatu kebajikan dunia dan akhirat ketika
itu, niscaya Allah mengabulkannya." (HR. Muslim).
Bagi kaum ibu yang sudah menjadi
tugasan wajib bangun untuk menyediakan juadah sahur serta mengejutkan keluarga,
anak-anak dan bapanya, maka ambillah kesempatan itu untuk turut bersama berdoa,
beristighfar dan berzikir mengingati Allah.
Anak-anak gadis pun bangunlah untuk menolong ibu di dapur
lalu memberi peluang kepada mereka yang tidak ‘cuti’ beribadat lebih lama,
serta mengambil peluang waktu mustajab itu untuk turut berdoa dan berzikir,
bukan hanya meneruskan tidur tanpa apa-apa input yang berfaedah! Bahkan
setengah tu siap berpesan: “Mak malam ni tak payah kejut sahur, saya cuti??!!”
Bukankah ini amat merugikan? Korbanlah masa tidur untuk sepuluh malam terakhir
yang entah bila lagi kita akan sempat laluinya.
Kita hendaklah bijak
memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haidh,
dan terhalang menunaikan puasa masih mendapat pahala iaitu dengan berusaha
menjauhi segala yang dilarang oleh agama,dan berusaha menjaga lidah dari
mengeluarkan kata-kata buruk seperti berdusta, mengumpat dan seumpamanya.
Bahkan sentiasa membasahinya dengan sesuatu yang berfaedah dan memberi pahala.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa tidak meninggalkan
perkataan zurr (dusta, mengumpat, ghibah) maka tiada artinya di sisi
ALLAH baginya puasa dari makan dan minum" . [HR Bukhari].
Jangan kerana tidak puasa, bukan hanya meninggalkan ibadat
tetapi terus leka menonton tv, mendengar lagu-lagu yang tidak elok, surfing
internet tanpa manfaat dan seumpamanya.
Berdoa di bulan Ramadhan
adalah sangat mustajab, dan sangat digalakkan, maka manfaatkan waktu dengan
sentiasa berdoa dan bezikir setiap masa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada kaum membaca
Kitab Allah (berzikir kepada ALLAH) kecuali mereka di kelilingi oleh
malaikat-malaikat, di liputi oleh Rahmat, turun kepada mereka ketenteraman, dan
ALLAH menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi-Nya.” [HR. Muslim].
Walau tidak solat, kita
boleh berdoa pada bila-bila masa saja terutamanya pada waktu yang mustajab
seperti ketika sesudah azan dan pada waktu sahur. Kerana itu bangunlah pada
waktu sahur walupun ‘cuti’.
terutama suami/anak/saudara lelaki agar sentiasa solat berjamaah di masjid. Juga solat sunat terutama solat terawih, sunat dhuha dan solat sunat qiyamul lail.
Juga dengan memberi peluang
kepada ibu/saudara/kawan yang mempunyai anak kecil dan jarang berpeluang ke
masjid untuk bersolat terawih dengan menawarkan diri untuk menjaga anak mereka
semasa waktu terawih.
Rasulullah SAW bersabda:
“Dan jikalau mereka
mengetahui apa-apa yang ada dalam solat Isya’ dan Subuh nescaya mereka mendatangi
keduanya bahkan mereka akan mencintainya.” [HR. Bukhari]
“Berikanlah kabar gembira
kepada orang-orang yang berjalan bersama-sama ke masjid di kegelapan dengan
cahaya yang sempurna pada hari akhir nanti.” [H.R At Tirmizi].
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang solat Subuh
berjamaah,lalu duduk berzikir kepada Allah Subhanu wa Ta’ala hingga terbit
matahari,kemudian solat dhuha dua rakaat,maka untuknya pahala haji dan umrah,
yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna .” (HR. At Tirmizi)
“Hendaklah kamu mendirikan
qiyamul lail, kerana dia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu, jalan
untuk mendekatkan pada Tuhan kamu, penghapus dosa-dosa, pencegah maksiat, dan
penolak masuknya penyakit ke badan”. (HR. At Tirmizi).
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa menempuh suatu
jalan untuk menuntut Ilmu, nescaya Allah SWT menunjukkan jalan menuju Syurga
Baginya”. (H.R. Muslim)
Ibnu Abbas ra berkata:
“Rasulullah SAW adalah manusia yang sangat pemurah dan Baginda akan menjadi
lebih pemurah pada bulan Ramadhan... dan Baginda SAW lebih pemurah dalam
kebaikan daripada angin yang kencang.” [HR: Al-Bukhari]
Rasulullah SAW menggalakkan
umatnya untuk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Nabi SAW:
)) اتَّقُوا
النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ)) البخاري
Maksudnya: “Takutilah api
neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar”. [HR: Al-Bukhari].
Imam asy-Syafie berkata:
“Aku suka jika seseorang bertambah pemurah pada bulan Ramadhan kerana ia
mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW, kerana ketika itu manusia berhajat
kepada bantuan untuk keperluan mereka. Ini kerana manusia sibuk dengan puasa
dan solat (ibadat) berbanding pekerjaan masing-masing”.
Kaum wanita yang mempunyai
kemampuan masih berpeluang berderma dan bersedekah pada waktu ini.
Sebenarnya terlalu banyak
lagi kebaikan dan ibadat yang dapat kita lakukan, tinggal hendak atau tidak
sahaja!!!
Dengan niat yang baik, dan
keikhlasan kita ingin beribadat serta kita pun telah menunjukkan kesungguhan
dari awal Ramadhan lagi, insya’Allah kita akan dapat mencapai pahala pada malam
Lailatul Qadar dengan sepenuh dan sebanyak mungkin.
Mudah-mudahan memberi
manfaat buat semua, khususnya para muslimat diluar sana. Semoga Allah SWT
sentiasa memberi kita hidayah dan kekuataan untuk sentiasa istiqamah di dalam
ibadat dan keredhaan-Nya, amin.
Ukhtukum,
Ummu Anas Madani.
PSD 20 Ramadhan 1434H.
itulah kelebihan menjadi seorang wanita kan..
ReplyDeletekalau semua diniatkan untuk Allah..ganjarannya pasti ada