Tuesday, May 26, 2015

One Staff One Book Campaign


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hihihi.... memang hangin baik betul sempat nak berblogging minggu ni... ihiks...
Hari ni nak sembang pasal Book Donation pulak... 
hmmmm sebelum ni aku pernah usulkan kepada boss (dalam persatuan) untuk buat program ni 

Sebab buku kat rumah banyak sangat... Hihihi... tapi tak diteruskan pun program tu sebab kiteorang semua busy (apalah yang di busy kan sangat tu ntah lah...)

Tapi pagi ni aku menerima hebahan dari unit korporat tentang campaign ni 1Staff 1 Book.

Dah kalau namanya buku memang I LIKE ...


Program ini merupakan anjuran Perpustakaan @ PM Office (uiseh gempak lak nak gak hilite nama PM ... hihihihi).

Perpustakaan JPM anjurkan program ni sebab nak kumpulkan buku/ bahan bacaan khusus untuk kanak-kanak (range umur 3-6 tahun) ; untuk diletakkan / diwujudkan sudut bacaan mini di bangunan baru Taska/ Tabika JPM.

So menerusi kempen ini One Staff One Book Campaign” boleh lah kalau uols ada buku/bahan bacaan yang nak disumbangkan... Yerlah kadang buku2 kat rumah tu elok lagi. Anak2 pulak dah besar... Rugi je jual kat old news paper dapat tak seberapa lebih malang lagi di koyak2kan untuk dikitar semula... So dah ada peluang ni ... apa lagi ... JOMMMM...

TEMPOH PENGUMPULAN : 25 MEI - 26 JUN 2015 (sebulan lah lebih kurang)

Sumbangan bahan bacaan baru adalah digalakkan.
Sumbangan bahan bacaan hendaklah bersesuaian dengan umur kanak-kanak i.e 3 - 6 tahun.
Sumbangan boleh diserahkan ke:
Perpustakaan JPM Aras 1 & 4, BLOK B1 Kompleks B, Putrajaya 
atau
Book DONATION BOX @ Lobi Blok B8.

Masih ada kemusykilan untuk di tanyakan?  Boleh hubungi urusetia @ 03-8872 3673 / 03-8872 3682

Sebar-sebarkan - Semoga bermanfaat... Insya Allah...


4 comments:

  1. Buku anak kakak kalau dah turun tiga beradik memang jawabnya dah macam belacan. Sebab itu biasa bagi kat sepupunya aje..

    ReplyDelete
  2. Erm, buku yang baru kat rumah ni boleh kira. Banyaknya buku-buku anak buah yang dah 'macam belacan' bak kata KakZakie atas ni. Ni namanya bacaan turun temurun :)

    Nway nice sharing. kepada yg tak tahu nak bagi kat sape buku-buku yg elok dan dah tak guna dah, boleh la bagi Lib JPM tu yer.

    ReplyDelete
  3. perghh..JPM..takut nak gi..hehe..

    program yg baik..

    ReplyDelete
  4. x ada buku nak di sumbangkan..nampak sgt x suka baca buku huhuhu

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)