Saturday, May 16, 2015

Teachers who touched my heart the most...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Hyediodie....(mama odie - watak dalam citer prince n frog . . . Haha)

Hmmm... obvious sangat tajuk entri ni sempena hari guru ...

Entri 16 mei 2014 DISINI telah kunyatakan, guru ku yang terhebat adalah ayah dan ibuku...
Happy Birthday mama on 6th May.
Happy teaching day mama and abah.

Sampai hari ini masih berguru dengan mereka dalam banyak aspek kehidupan...

Alhamdulillah... Semoga Allah merahmati mu mama dan ayah ku... insya Allah...

Hmmm... tapi sebenarnya aku ada beberapa guru sepanjang 11 tahun aku dialam persekolahan yang benar-benar menyentuh hati dan menjadikan aku seorang yang excellent (alhamdulillah) dalam beberapa subjek dan at least dapat A untuk beberapa subjek di saat2 akhir apabila tiba2 pula hati terang dan boleh "tangkap" apa yang cikgu ajar...
Alhamdulillah...

Baiklah... mari kita mulakan....

Dalam banyak2 subjek dalam malaysia ni...
di zaman persekolahan ku subjek yang paling aku teror adalah BM karangan, matematik, pendidikan islam.

Haha.... 3 jer.
Dan aku tahu standard penulisan karangan BM aku memang bagus jika dibandingkan dengan usia ku dan standard penulisan rakan-rakan ku ketika itu....

Why?

Semasa aku darjah 5, aku berpindah ke sekolah baru di daerah yang baru kerana ayah dan mama yang dipindahkan tempat kerja ke daerah tersebut. Cikgu kelas aku pun tak ingat siapa namanya tapi cikgu BM aku ingat, iaitulah Cikgu Rosdzidan (i hope i spell his name correctly).
Cikgu ni garang subhanallah... gila punya garang semua orang takut... haha...
Faveret dia ialah bagi latihan dan kerja rumah berupa 2 buah karangan SETIAP HARI... gilo ko... haha...
Being me the most lazy daughter in de family... aku niat nak subcon je kat ayah aku... haha... sebab aku tak reti nak tulis. Aku rasa karangan aku tak ada standard langsung... So aku buat cincai-cincai letak atas meja suruh ayah semak, pastu aku g tidur. (Nota: ayah ku bukan cikgu ye).
Bila bangun pagi esok nya, aku baca lah ayat dan isi yang ayah dah betulkan yang mana ayah menulisnya dalam kertas yang lain. I can't realy remember berapa banyak yang ayah betulkan, tapi memang banyaklah.
Bila baca - ish ayat ayah ni macam best, rugi pulak tak ambik. Maka dalam keterbatasan masa pagi2 hari tu aku salin/betulkan balik karangan aku.
Submit dengan penuh bergaya dan mendapat pujian dari cikgu garang itu tadi.
Dan perkara ni berlanjutan for quit some time... dengan penambahbaikan yang banyak, i.e sebelum buat karangan list down kan dulu isi-isi penting yang relevan, lepastu tulis - nanti ayah semak... bangun pagi sebelum pergi sekolah betulkan dan submit.... EVERYDAY without fail ada homework karangan setiap hari.  Ayah cakap nak bagus menulis kena rajin membaca surat khabar, baru ada idea nak menulis sebab ada info. So aku pun rajinlah baca surat khabar (tapi pilih2 lah... haha).
Aku pernah kena buat karangan format berita (macam dalam surat khabar)... dannnnn.... aku tiru gaya bahasa sebijik dalam surat khabar yang diolah mengikut isi berkaitan tajuk yang cikgu beri.
Dan ianya telah menjadi contoh karangan terbaik yang dibacakan dalam kelas budak darjah 6 (dan cikgu g baca dalam kelas along aku lak tu.... hahaha).
Cikgu garang tu cakap "kamu dengar ni karangan murid darjah 5 jauh lebih baik dari karangan kamu semua)...

Balik rumah along aku mengadulah kat ayah "mana aci, angah tiru dalam surat khabar"....

hahaha... merujuk dikira meniru kah? Entahlah... hihihi...
Dan satu lagi - ayah memang banyak belikan kami buku contoh karangan.
Taktik macam mana nak dapatkan penulisan yang advance - ketika darjah 6, aku rujuk contoh karangan pmr. Ketika pmr - aku rujuk contoh karangan spm. Ketika SPM aku rujuk contoh karangan STPM.
Haaaa pasal tu karangan aku best dari rakan2 yang lain. Hihihi.... syukur alhamdulillah masa tu internet tak ada... kalau tidak aku rasa memang rosak bahasa aku. Tengs ayah sebab menjadi guru karangan ku yang terbaik. Tengs cikgu rosdzidan sebab bagi homework karangan banyak tak masuk akal setiap hari dan terima kasih sebab garang sangat menyebabkan saya takut untuk tak siapkan homework dan takut untuk hantar karangan yang cincai...

Untuk subjek matematik pula...
alkisahnya - seisi rumah aku ni memang boleh dikatakan tere math... paling tere tahap gaban ialah ayah dan along.
along aku boleh jawab kalkulus sambil lipat buku, bersila atas sofa sambil menonton tv.
unlike me - strugle duduk kat meja study pun belum tentu dapat jawab dengan betul (ni citer masa kt universiti lah)...
(Nota : aku dan along went to same university but different course ofcourse... haha... dia kan pandai mestilah kursus hebat).
Okay nak citer nya... di zaman sekolah rendah, ayah cakap kalau tak pandai - kena buat soalan matematik 100 setiap hari... haha... kalau dah pandai boleh dikurangkan 50 setiap hari... READ IT EVERYDAY. haha...

So sebagai anak yang malas, aku sering mengelat +"menipu" + meniru ...
mengelat = suruh along buat.
menipu = guna kalkulator.
meniru = untuk soalan objektif aku curi2 tengok jawapan kat belakang...

Kah kah... along is very nice person.
dia tak ada pulak mengadu kat ayah dengan semua perbuatan keji aku ni...
hahaha... tapi maklumlah sekolah rendah kannnn.... haruslah ayah tahu semua kerja2 keji aku tu... haha...
Aku pun tak ingat sangat apa yang ayah aku buat/hukum bila aku kantoi menipu tu...  tapi latihan 50 soalan tiap hari tu alhamdulillah  menyebabkan aku pandai n tere lah math tu sampai aku masuk universiti pun ambik course mathematics.... haha...daaaannnn nak cakap...
masa aku darjah 6, aku dapat cikgu math yang super best.... super super super best.
tak tau lah kenapa tapi semua tips dan teori yang dia ajar tu melekat kat kepala aku sampai hari ini... sampaikan ketika aku bengap sangat nak faham ketika di universiti I always wish that he is my lecturer for all my subjects so that I can understand it better... cry...
Beliau adalah Cikgu Yu Tiong Seng....
goshh... aku nangis lak terkenangkan dia...
Dia sangat baik... selalu "rasuah" kiteorang dengan belanja kiteorang mkn nasik lemak yang seriously sedap setiap kali habis ujian... siapa dapat A dapat lauk lain dan kadang2 dapat 2 bungkus.
nasi lemak tu sangat sedap. Tapi tak sure lah sedap sebab cikgu belanja atau sebab memang sedap. hihihi....
terima kasih cikgu...  love u soooo much...

Yeah untuk sekolah rendah dua tu jer lah cikgu yang paling berkesan di hati dan beri impak dalam hidup aku dengan ilmu yang diaorang ajar, keberkatannya terasa hingga ke hari ini....

owh aku tiada memori yang indah untuk subjek BI sebab aku memang tak pandai BI .... dalam rumah ni BI aku paling hancur lah sampai hari ni... cuma mcm mn tah spm boleh dapat A2... haha... ada kisah di situ....

Tapi sambung citer sekolah menengah lain kali lah.... sebab dah ngantok...

Daaaa...

Last but not least .... Selamat Hari Guru buat semua insan yang pernah mendidik mencurahkan ilmu buat diriku ini dan dengan izin  Allah menjadikan aku yang ada pada hari ini.... Alhamdulillah.
Semoga Allah merahmati kalian semua dunia dan akhirat... insya Allah...

Loves @nhhas


3 comments:

  1. BI daat A2? daebak!!! terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... nantikan cerita versi skolah menengah (mungkin kah pada 16 mei 2016)...hihihihih...

    malas dak nhhas ni...

    ReplyDelete
  3. teror la 3 subjek lagi tu ... sy pula teror kira aje, math, add math dan semua yg kira-kira lah. kalau yg membaca yang ado je :)

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)