Friday, March 25, 2016

Nak Mintak Tolong, Boleh tak?


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih;
Dikongsikan nota kelas:


•Surah Al Baqarah ;
Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Ayat 45). 


Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
(Ayat 153).


•SurahAl-Hajj
Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat. 
(Ayat 77).

•Al-Jumuah;
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat. (Ayat 10).

Ceramah oleh: Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad

Tempat: Surau Presint 8
Tarikh: 12 Rabiulawal 1432H // 15 Februari 2011


Antara isi kandungan ceramah yang penuh merendah diri oleh Ybhg. Tan Sri:

1.Al-Quran sebagai mukjizat.

2.Nabi Muhammad SAW membawa sebaik-baik petunjuk dan guideline kepada semua umat manusia.

3.Nabi SAW sangat sayang kepada umat baginda sehingga wa
ktu nak meninggal pun yang baginda ingat adalah “ummati… ummati… ummati”…

4.Sehingga rasulullah saw minta malaikat jibril maklumkan dulu pada baginda apa akan jadi pada ummat baginda, apa hak ummat baginda… Apabila jibril memaklumkan “Allah haramkan syurga daripada dimasuki oleh ummat yang lain sehingga selesai ummat Muhammad SAW masuk ke dalam nya.” Barulah Nabi saw lega dan redha…

5.Adakah cinta dan kasihnya kita balas?

6.Tak dapat banyak, sikit mesti kita usahakan supaya kita ikut apa yang nabi saw cakap dan praktikkan… mulakan sikit demi sikit dengan penuh mujahadah dan istiqamah…

7.Mulakan lah bangun dan buat solat tahajud… Nabi saw adalah maksum dan telah dijanjikan syurga, tetapi baginda adalah yang paling kuat beribadah. Kerana nabi saw nak jadi hamba Nya yang bersyukur… Kita??? Solat pun hanya setakat “BALIK MODAL”… itu pun kalau balik modal lah… kalau berstatus “terhutang”??? Moga Allah bagi kita kekuatan untuk mencari ilmu dan mengamalkannya.

8.Nabi saw juga berpesan supaya berpagi-pagi dalam mencari rezeki kerana “rezeki lebih luas kalau kita berpagi-pagi”.

9.Malu lah kita pada makhluk Allah yang lain yang sentiasa memuji berzikir membesarkan Allah. Malu lah kita yang dilantik menjadi khalifah dimuka bumi ne, tapi masih belum bangun tidur tatkala ayam, burung dah pun bangun mencari rezeki sambil berzikir memuji Nya…

10.Tan Sri juga pesan, kalau berasa susah dalam pekerjaan seharian, ada masalah dan sebagainya, mintalah pertolongan daripada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerja kan solat. Boleh rujuk ayat Al-Quran janji Allah dari surah seperti yang dimaklumkan di atas:

A. Surah Al-Hajj; ayat 72

B. Surah Al- Baqarah; ayat 45 dan 153
C. Surah Al-Jumuah; ayat 10.
(Nota: Allah izinkan bertemu dengan orang yang sangat baik, Kak Azizah dan Kak Fauziah a.k.a Kak G... mereka sangat memuliakan tetamu... Moga Allah merahmati mereka dan memuliakan mereka.... ameen)


Jom ... berkenalan dengan tokoh yang menjadi idola saya ... 


Tan Sri Dato' Shaikh Ismail Muhammad ... 
DOB : 2 Januari 1944
Asal : Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu.
Education Banckground : 
SK Melayu Dungun Terengganu.
Sekolah Arab Dungun Terengganu.
Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, KT.
Melanjutkan pengajian peringkat Tahfiz Al-Quran - 1966
(merupakan salah seorang dari 8 orang pelajar awal Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara)
(psst: teringat cerita tan sri pasal "terjun kolam kat masjid negara" ... ha ha ha -  Tan Sri akan tersenyum dan ketawa tiap kali Tan Sri mengimbau / menceritakan kenangan tu... hi hi hi )
Seterusnya, melanjutkan pengajian di Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan memperolehi Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran...

Cukup ... nak tau lagi - p google sendiri ...

Beliau adalah salah seorang Idola saya ... 
saya sangat sangat mengkagumi TSD SIM...
Dan tiap kali menghadiri kuliah beliau - 
saya akan terkenang arwah atok saya.
Dah lah rupa tan sri macam atok kita...(sapa nak tau arwah atok kita macam mana - ha camni lah rupa lebih kurang - hensem kan... pasal tu kita cantik... hahaha.. perasan sungguh budak ni.. 

Kalau menghadiri siri-siri kuliah beliau (ketika beliau masih di Putrajaya dulu), sangat senang nak "dapat".  Masa pertama kali jumpa beliau - saya baru menyertai public service, I don't know this uncle Ustaz is "Tan Sri", I just call him Ustaz. Saya suka hadiri kuliah bulanan dan mingguan beliau disekitar putrajaya. Sangat terkesan dihati. 
Cara berpakaian dengan jubah putihnya - biasa-biasa je orangnya.
Tapi sebenarnya pencapaian, kredebiliti beliau adalah kategori luar biasa bagi saya.  
Sekali "jumpa" dalam tv... ehhh Ustaz Syaikh... 
puan ibu rasa nak luku je kepala eden seraya berkata; "itukan imam besar masjid negara".
and me : "Oooo ye ke, orang panggil dia ustaz je... muka dia macam muka atok... baik dan lemah lembut pun macam atok, suka bagi nasihat pun macam atok"...

Ya Allah - tetiba pagi-pagi Jumaat ni kita rindu kat arwah atok ...



***Entry re-post.  Semoga bermanfaat ...


@loves_nhhas

16 comments:

  1. Bila melihat yg memberi tazkirah macam muka atok dgn pengisian sangat berkesan mestilah kita suka. Eh... Huda memang cantik kan tak salahlah punya atok hensem:)

    Pengisian banyak buat kita sedar dan insaf itu yg terbaik.

    Sebab itu Allah lebih suka kita meminta-minta. Tak perlu nak malu - malu rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah Nabi Yusuf a.s said in Surah Yusuf; ayat 86...

      "I complaint about difficulties that I'm going thru and my sadness solely to Allah S.W.T.
      ALLAH is the one who will resolve it for me".

      Delete
  2. SS tak tahu dia sape... Tapi SS kagum juge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha... Imam Besar Masjid negara sekarang.

      Delete
  3. Hanya Allah sebaik-baik penolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mak...
      kdg2 citer ngn org berdego2 pun... deme bukan paham pun...

      Huhuhu ... betul apa Quran tulis "solat dan sabar" :-)

      Delete
  4. Salam khuda. Yana pon perasan mcm pernah tgk muka dia. Imam besar rupanya

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Nk mntk tlg sis JM jwb soalan sy kt blog sis... blh? Hihihi...

      Delete
  6. Al-fatihah buat arwah atok Huda tu

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)