Tuesday, March 22, 2016

Berkira-kira... Jangan selalu ber calculator

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hmm dalam hidup ne,janganlah terlalu berkira-kira. Maksudnya,kalau orang berbuat tidak baik pada kita,contohnya tidak menghargai kebaikan dan pertolongan yang kita dah lakukan pada dia, menyebabkan kita terasa hati dan mula 'berkira-kira' untuk menjarakkan diri kita dengan dia, tidak mahu lagi menghulurkan pertolongan dan ada kalanya sehingga sanggup memutuskan silaturahim. Sebabnya, hanya kerana kita terasa dengan respon yang dibalasi. Hmmm... nampaknya Allah sedang menguji kita samada apa yang kita beri pada saudara(termasuk saudara seislam kita) apakah ianya ikhlas semata-mata kerana Allah,atau jauh didasar hati,kita harap dipuji dan dihargai?astaghfirullahaladzim... Moga-moga Allah ampunkan kita...

Pokoknya,kenapa harus berkira-kira? Apakah wang ringgit,usaha,masa dan tenaga itu 'dari kita' semata-mata. Lupakah kita, semua kesempatan dan kelapangan serta kemurahan rezeki kita itu, semuanya dari Allah. Mana milik kita? Mana? Semua yang ada, Allah yang punya. Allah tidak pernah berkira-kira dengan kita. Allah beri kita pelbagai kelebihan, supaya dengan kelebihan yang kita ada, dapat kita panjangkan kebaikan dan manfaat itu kepada orang lain. Allah beri macam-macam, tapi cuba kita muhasabah diri, sejauh mana kita 'menghargai' dan 'berterima kasih' dengan pemberian Allah itu? Mudah-mudahan kita menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih.

Panjangkan kebaikan kepada orang lain walau pun orang itu membalas sebaliknya. Jangan 'berkira-kira' nak buat baik, takut-takut nanti Allah mula 'berkira-kira dengan kita. Renungkan,dan muhasabah,betapa baiknya Allah terhadap kita. Betapa ar-rahman dan ar-rahimnya Allah pada kita. Justeru, buangkan rasa marah, geram dan dendam mu itu. Balasilah perbuatan kurang baik orang lain dengan balasan yang lebih baik. Moga-moga kasih dan redha Allah mengiringi kita. Allah dah janji tak kurang harta kita dengan sedekah dan zakat. Maka, janji Allah lah yang paling benar. Rasulullah s.a.w juga telah banyak menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Contoh paling buat hati ini tersentuh, bila teringatkan kisah Rasulullah s.a.w berdakwah kepada penduduk Thaqif di Taif dan mereka tidak menyahut seruan baginda,dan mereka telah menyakiti rasullah s.a.w. Pada hari tersebut rasullah s.a.w berasa sungguh sedih dan membawa diri hingga ke Qarn al-Tha'alib. Baginda mendongak wajahnya ke langit untuk melihat awan yang datang memayungi baginda. Baginda melihat Jibrail a.s. yang memanggilnya sambil berkata,' Allah s.w.t mendengar dan mengetahui apa yang telah kamu lalui. Dan Allah telah menghantar malaikat penjaga gunung untuk kamu arahkan apa saja yang kamu kehendaki terhadap kaummu...' tapi apa jawapan Rasulullah s.a.w??? "jangan,tetapi aku memohon kepada Allah s.w.t agar akan ada dikalangan anak cucu mereka nanti yang beriman kepada Allah dan hanya menyembah Allah s.w.t sahaja"...

Hmmm... semalam ke tadi tak ingat, ada dgr Ustaz ne cakap, kalau buat baik, kena buat baik pada orang yang paling hampir, contohnya kalau nak bagi bantuan kewangan ka, mulakan kepada ahli keluarga kita sebabnya selain dapat pahala sedekah, kita akan dapat pahala bersilaturrahim... wallahualam...

Moga-moga kita tidak lagi 'berkira-kira' selepas ini. Kita bantu mudahkan urusan orang lain,insya Allah, Allah mudahkan urusan kita... Ameen. Selamat bermujahadah jadi orang baik....

11 comments:

  1. Memberi pada keluarga terdekat juga tak rugi sebab yg senang pun saudara kita juga. Melihat mereka gembira kita pasti gembira sama

    Sebenarnya kalau kita memberi rasa gembiranya tak sama dgn kita menerima. Itu realitinya sebab itu selalu dikatakan bila memberi jgn toleh lagi. Biar tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu/nampak.

    ReplyDelete
  2. 'Dibalasi'...
    * carik kamus... He he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh xde ea perkataan tu.. hihihi...
      minta maaf cikgu besau

      Delete
  3. Kalketer SS kaler pink...
    * saje nk bagi tahu cik manisah leding... Ehhh... Lesing..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kita tau calculator tu... dh kuar plastik ke belum

      Delete
    2. kalculator sis JM kale biru ;p

      Delete
  4. Salam rindu...

    betul3...bila berkira2 dah jadi tak ikhlas pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu umiross juga...
      bila nk lepak sama lg ummiross...

      Jom...

      Delete
  5. salam entri kak huda kan .. selalu menyentuh terima kasih

    ReplyDelete
  6. betul tu...beri pada org yg paling hampir terutama ahli keluarga..x perlu berkira kerana rezeki tu dari Allah..makin byk kita beri makin k kita dapat..percayalah

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)