Monday, July 27, 2020

Step by step Langkah mudah mengisi online e-census Banci Penduduk dan Perumahan 2020

Assalamualaikum....

Jom saya kongsikan step by step bagi mengisi borang e-census bagi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

FIRST and foremost 

Terima kasih kepada yang dah menjawab. 

Kepada yang masih belum menjawab lantaran keliru meh sini sis nak guide step by step langkah demi langkah untuk korang mengisi borang Banci Penduduk Malaysia 2020 ni secara ONLINE menerusi e-Census.

KORANG ADA TERIMA POSKAD BANCI? RUPA DIA MACAM NI



Okay kalau korang dapat poskad ni .... korang memang the chosen one. Hihihi. Dalam Malaysia ada lebih kurang 3 juta tempat kediaman je yang terima poskad ni sebab pada awalnya hanya 3 juta kediaman sahaja yang dicadangkan untuk dilaksanakan bancian secara online.  Adalah ciri-ciri dia kenapa 3 juta TK ni terpilih.
Namun disebabkan COVID-19 ni, maka mode pembancian secara online turut dibuka kepada TK yang tidak menerima poskad banci ni.

Cara-caranya? Jom baca ni.
Step by step langkah demi langkah untuk korang mengisi borang Banci Penduduk Malaysia 2020 ni secara ONLINE menerusi e-Census.

BAHAGIAN A
Kalau korang terima poskad macam gambar kat atas ni boleh terus ke link :



dan ikuti langkah berikut: 

Langkah-langkah menggunakan mod e-Census (www.mycensus.gov.my) :

  1. Daftar e-Census : Responden perlu masukkan nama, E-mel dan no. telefon.
  2. Masukkan invitation code (NGDBBPTK) : Yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.
  3. TERIMA One Time Password (OTP) : (DAFTAR e-Census)
  4. Log Masuk : Masukkan No. Tel
  5. Terima OTP (LOG MASUK) : melalui E-mel
  6. Jawab soal selidik melalui sistem e-Census : (Pengisian mengikut Isi Rumah)
  7. Hantar & Perakuan : Pastikan maklumat Isi Rumah telah lengkap
  8. Selesai  Responden menerima notifikasi selesai menjawab e-Census melalui E-mel.

Untuk makluman semua, poskad banci telah mula diedarkan pada 6 Julai 2020 ke tempat kediaman terpilih.

BAHAGIAN B:

Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad.

Jangan risau. Jangan nangis.πŸ˜‰

Anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci mulai 7.7.2020 (Selasa) sehingga 23.09.2020 (Rabu) untuk mendapatkan invitation code.

Langkah-langkah pra pendaftaran e-Census :

Boleh ke pautan berikut untuk mendapatkan invitation code:




1. Klik DI SINI seperti yang ditandakan dalam kotak merah.

2. Isikan maklumat anda dalam borang pra pendaftaran e-Census. Kemudian klik butang DAFTAR SEKARANG seperti yang ditandakan di dalam kotak merah.





3. Sekiranya semua maklumat selesai diisi dengan tepat, tekan pada butang SAHKAN seperti yang ditandakan di dalam kotak berwarna merah.

4. Anda akan menerima notifikasi untuk mengesahkan identiti anda menerusi pengaktifan yang telah dihantar ke e-mel anda.


5. Sila semak peti masuk (inbox) e-mel anda dan buka e-mel Pengesahan e-mel pra pendaftaran e-Census. Kemudian klik pada butang Sahkan disini! seperti yang ditandakan di dalam kotak berwarna merah.

6. Anda akan menerima notifikasi yang menyatakan pengesahan anda telah berjaya. Anda akan menerima invitation code dalam tempoh 72 jam (3 hari).

Setelah anda menerima INVITATION CODE menerusi emel, , boleh ikut langkah di BAHAGIAN A yang diceritakan di atassssss tadi.

*********************************************************************************

NAK RINGKAS LAGI FLOW CHART NYA?

PANDUAN RINGKAS PENGISIAN e-CENSUS

1️⃣ Poskad banci mula diedarkan pada 6 – 24 Julai 2020. 

2️⃣ Layari Portal MyCensus (https://www.mycensus.gov.my/) atau 

terus ke laman sesawang e-Census (https://ecensus.mycensus.gov.my/landing).

3️⃣ Klik Pengguna Kali Pertama

πŸ“ŒKalau anda ada menerima Poskad: Terus ke Langkah 8️⃣

πŸ“ŒJika anda Tidak terima Poskad
Membuat Pra–Pendaftaran mulai 7.7.2020 - 23.9.2020 dengan klik ‘DI SINI‘ untuk mendapatkan Invitation Code 

4️⃣ Kemaskini maklumat peribadi berikut:
i. Nama
ii. No. kad pengenalan
iii. Alamat e-mel 
iv. No. telefon
v. Alamat tempat kediaman semasa
vi. Bilangan lelaki dan perempuan yang biasa tinggal di alamat ini

5️⃣ Pengesahan Pra-Pendaftaran  
πŸ“Œ Terima emel pengesahan Pra-Pendaftaran dan perlu klik butang ‘Sahkan Di Sini’.

6️⃣  Invitation Code 
πŸ“Œ Terima e-mel Invitation Code NG DB BP TK dalam tempoh 72 jam.

7️⃣  Klik Pengguna Kali Pertama semula 

8️⃣   Daftar e-Census 
 πŸ“Œ Masukkan nama, e-mel dan no. telefon serta Invitation Code (NG DB BP TK) yang diperolehi melalui poskad atau emel Pra-Pendaftaran.

9️⃣ One Time Password (OTP) (PENDAFTARAN e-CENSUS) 
πŸ“Œ Terima One Time Password (OTP) melalui SMS dan emel yang didaftarkan selepas membuat pendaftaran Pengguna Kali Pertama.

1️⃣0️⃣ Menjawab soal selidik melalui sistem e-Census 
πŸ“Œ Pengisian mengikut Ahli Isi Rumah (AIR).

1️⃣1️⃣Perakuan dan Hantar
πŸ“Œ Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul, lengkap dan tepat sebelum klik butang 'SAHKAN'.

πŸ”” Tiada lagi aktiviti pengemaskinian maklumat boleh dilaksanakan selepas langkah 1️⃣1️⃣.

1️⃣2️⃣Selesai e-Census
πŸ“Œ Terima notifikasi selesai menjawab e-Census beserta salinan maklumat responden yang telah lengkap diisi melalui e-mel.

πŸ””Sekiranya responden ingin meneruskan pengisian e-Census pada masa lain, pastikan responden menyelesaikan semua soalan bagi satu seksyen sebelum klik butang Log Out. 

1️⃣3️⃣ Log Masuk
πŸ“Œ Masukkan no. Telefon yang didaftarkan.

πŸ“ Sila sediakan dokumen peribadi sebagai rujukan sebelum mengisi e-Census
πŸ“ Sebarang isu berkaitan e-Census boleh terus hubungi 1-800-88-7720 atau e-mel kepada helpdesk.banci@dosm.gov.my

Boleh juga ke pautan 
untuk manual guide bagi mengisi e-Census ini.

Online form ni boleh diisi dengan tenang selagi belum due date. Haritu tak ada button save. Hahaha. SO korang kena Click NEXT untuk SAVE maklumat yang dah di key-in.



Data Anda Masa Depan Kita

Sila layari portal MyCensus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
πŸ”Άwww.mycensus.gov.myπŸ”Ά
#StatsMalaysia
#MyCensus2020
#PastikanAndaDibanci
#DataAndaMasaDepanKita
#LeaveNoOneBehind
#SDG
#MAKMUR2030

Semoga bermanfaat.

21 comments:

  1. Jom ramai2x isi e-census ini. Buat masa ini penduduk Malaysia 37 juta, mungkin lepas selesai bancian terkini,penduduk Malaysia jadi 40 juta. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. current population estimate for Malaysia = 32.73 million population as at first quarter 2020.

      mana datang 37 juta tu?

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Hi nak tanya, kalau kita terlupa nak save file pdf dihujung soalan banci tu, tahu tak macam mana kita nak dapatkan file tu semula? Harap ada yang dapat membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang isu berkaitan e-Census boleh terus hubungi 1-800-88-7720 atau e-mel kepada helpdesk.banci@dosm.gov.my

      Delete
  3. Yg dekat no telefon xboleh jadi... Cuba Mcm2 cara tetap salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksud tuan "Yg dekat no telefon xboleh jadi" ?

      help desk ke? atau receiving OTP?

      Delete
  4. saya nak bertanya, saya dah lengkapkan maklumat apa semua. Bila nak sahkan noti "Sila pastikan hanya seorang Ketua Isi Rumah yang telah dimasukkan" keluar. macam mana nak selesaikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ke "Seksyen E", tengok pada soalan "hubungan dgn ketua isi rumah" - Seorang sahaja boleh letak sebagai ketua isi rumah, ahli isi rumah yg lain kena isi sebagai pasangan/anak/dll.

      Delete
    2. https://www.mycensus.gov.my/images/gallery/eCensus/manual_guide_en.pdf

      Delete
  5. slm ...macamana nk delete salah satu nama KIR.sebab terisi dua nama KIR yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba akses semula, pergi ke dashboard ada seksyen D isi rumah. Cuba delete kat situ.

      kalau ada masalah, boleh terus hubungi 1-800-88-7720 atau e-mel kepada helpdesk.banci@dosm.gov.my

      Delete
  6. Nak tanya, kalau ada 2 tempat kediaman, bagaimana nak isi e-census?

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi mengikut kediaman yang anda berada pada hari banci iaitu pada 7 Julai 2020.
      iaitu di kediaman yang biasa anda berada untuk tempoh 6 bulan

      Delete
    2. Cuma ruangan no telefon ada masalah iaitu format nombir telefon tak betul katanya.Mcm2 cara dah buat utk betulksn format no telefon, tetapi tetap salah.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. isu apa ya? boleh call / emel help desk.
      1-800-88-7720 atau e-mel kepada helpdesk.banci@dosm.gov.my

      kalau tak respond juga. boleh emel and give your contact number to nurhuda@dosm.gov.my

      Delete
  7. "Sila pastikan hanya seorang Ketua Isi Rumah yang telah dimasukkan:" ni macam mana nak settle ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ke "Seksyen E", tengok pada soalan "hubungan dgn ketua isi rumah" - Seorang sahaja boleh letak sebagai ketua isi rumah, ahli isi rumah yg lain kena isi sebagai pasangan/anak/dll.

      Delete
  8. Yg dkt isirumah tu x blh nk isi..yg blh isi 1 nm je ketua isi rumah..sy nk tmbh mama lg klik x blh

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)