Sunday, August 16, 2020

Isu Dan Cabaran Pekerjaan Masa Depan ((FUTURE OF WORK))

Kehidupan pasca-covid19
Tahun 2020 yang mencabar!
Sekiranya disemak daripada sudut sejarah, perubahan dan kemajuan teknologi telah mengubah struktur dan komposisi pekerjaan seperti dari pertanian dan pertukangan di abad ke 19, berubah ke sektor pembuatan dan pengkeranian, perkhidmatan dan pengurusan pentadbiran pada abad ke 20. Perubahan teknologi dikatakan tidak menyebabkan berlakunya kehilangan atau pengurangan pekerjaan tetapi melibatkan perubahan struktur dan kemahiran dalam pekerjaan.
Perubahan dan kemajuan teknologi yang turut membawa perubahan dalam struktur pekerjaan akan turut memberi implikasi kepada bidang pendidikan dan jurang pendapatan yang dijangka semakin besar. Krueger (1993) mendapati pekerja yang menggunakan komputer memperolehi pendapatan kira-kira 10 hingga 15 peratus lebih besar berbanding pekerja yang tidak menggunakan komputer. Penyesuaian terhadap teknologi dan kemahiran terkini ini menyebabkan ramai yang perlu menjalani latihan atau mengikuti kursus-kursus tambahan bagi menaik taraf kemahiran dan pengetahuan masing-masing supaya kekal relevan dalam industri masa kini.
Therefore, to ensure we remain relevant in the future of work league, the three main skills we need to have i.e.
cerdik,
inovasi,
entrepreneurship skills.
Tetapi cerdik tu bukan menisbahkan kepada bilangan A yang banyak semata-mata. End game kepada future works = working hours kurang, pengeluaran dan pencapaian meningkat, pendapatan meningkat.
Pembentukan talent yang berterusan.
Re-tooling dan re-skilling bukan semata-mata untuk dapat better master n degree certificate. Pembangunan modal insan perlu berlaku secara formal dan informal.
Supply and demand – will be forever issue
Indeed the need for Re-skilling, upskilling are crucial! Hakikatnya perubahan teknologi – bukan mudah reflect pada modul latihan dan silibus pengajian.
Bergerak ke negara maju. Tapi apa yang dimaksudkan?
Kita membayangkan semua orang di Malaysia perlu jadi pekerja mahir dan hebat. Negara yang maju macam mana sekalipun akan tetap ada pekerja yang mahir, separa mahir dan kurang mahir. Teknologi hebat BUKAN semata-mata bermaksud kena ada teknologi aeroangkasa, bukan mesti kena ada digital teknologi AI, ML, robotic semata. Tetapi apa yang lebih ideal, upgrade daily routine work jadi lebih baik.
DIRTY | DANGEROUS | DIFFICULT
Negara maju pun ada kerja 3D ni. Kutip sampah, panjat bangunan tinggi. Persoalan yang perlu kita selesaikan - adakah pekerjaan itu boleh digantikan oleh high technology. Adakah forever kerja mengutip sampah tu perlu nature kerjanya kotor, sampah air menitik2.
3D perlu masuk dalam polisi negara.
Pasca COVID-19 harini sepatutnya 3D bukan bermaksud mesti dibuat pekerja asing.

Dirty – make it cleaner
Dangerous - make it safer
Difficult – make it easier
Garbage collection is daily life routine. Juster harus difikirkan dan dipolisikan macam mana nak ubah nature kerja garbage collection di Malaysia supaya jadi lebih baik.

Reversing the 3D
Jawapan 3D bukan Foreign Workers, tapi membangunkan teknologi supaya 3D dapat ubah.

Persoalannya!
Bersediakah Malaysian untuk buat kerja 3D tu – ekoran sentiment dan income yang sangat rendah.
Bersediakah majikan nak bagi bayaran yang setimpal.

5 comments:

  1. OK, takut baca entry nih..sebab macam analisis gitu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum hi darling Hudaa..pekabor

    ReplyDelete
  3. wak pon dh nk pencen nih., tingal anak2 je nk mengharungi career memasing., ;p

    ReplyDelete
  4. Kerja 3D tu tak boleh WFH. Bukan rakyat Malaysia tak nak buat, cuma gajinya tak setimpal. Bukan berkira tapi segalanya pun perlu duit. Cuba tengok kerja offshore, walau mempertaruhkan nyawa, tapi ramai yabg sanggup sebab duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sabo je la tak boleh WFH pula highlight nya.

      Delete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)