Tuesday, August 23, 2016

When Diva Went 4 Holiday: Weekend Gateway #I@MELAKA

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh …

Apa khabar kesayangan semua.

Ha sedar tak sedar kita sudah pun berada hampir di penghujung BAB 8 bagi tahun 2016. Begitu pantas masa berlalu, kan. Tak pasti detik baki usia kita bersisa berapa banyak lagi.

Oleh itu ahkak nak berpesan kepada diri ahkak dan uols yang cantik dan kacak yang baca belog ahkak ini – jomlah manfaatkan baki hidup kita dengan perkara-perkara bermanfaat yang dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t., 

Semoga kita dapat pulang bertemu dengan Allah dengan jiwa yang tenang lagi diredhai NYA. Insya Allah.  

Ingat lagi firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 27 dan 28 …
“…. Wahai Jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai di sisi Tuhan mu.”
Aameen… Insya Allah.

Baiklah… sempena bulan kemerdekaan ini dan sempena juga bulan hari jadi ahkak ni (eceh… nak juga tu bagitau … ha ha ha …) ahkak nak kongsi kisah JALAN-JALAN CARI MAKAN DIVAGO ke KOTA MELAKA.

Kejadian JJCM @ MELAKA ni berlaku pada 6 Ogos 2016 yang lalu. Melibatkan geng divago ahkak. Alaaa… geng divago pergi perhentian haritu … Ingat? Kalau tak ingat – boleh buat ulangkaji kat LINK PERHENTIAN ini ya.

Sebenarnya, trip ni ad-hoc je. Kiranya macam weekend gateway gitu.  Sebenarnya tak ada perancangan pun.  Mastermind trip ni Mahani dan Akmar. Ahkak “peserta” aje. K-rin -  dia memang penghibur – kalau dia tak ikut – hambar pulak trip ni jap lagi… ha ha ha…

Sebenarnya ... malam sebelum kejadian – ahkak pergi soup kitchen kat kolumpo (BACA SOUP KITCHEN KAT SINI). 
Ahkak balik dah pukul 12 tengah malam. Apalagi pagi esok lepas subuh TER tidur lah balik. Mahani kejut ahkak 11 minit sebelum dia sampai rumah ahkak – kau rasa??? Hadoiii … kelam kabutlah ahkak mandi kemas baju segala. Ha ha ha… padan muka korang kena tunggu dalam kereta.  Ahkak punya poyo lah nak masak mee goreng lah, nak buat sandwich lah … Propa sungguh.  

Penyudahnya – ahkak “sediakan” sarapan kat kedai mamak jer lah jawabnya.  Sorry ea korang.  So ini Check Point  JJCM kami yang pertama – Mamak Darussalam Putrajaya. Ha ha ha ha …

Seterusnya, kami bergerak ke Check Point ke-2 mengambil dak k-rin pulak “kek pokan soromban” … Ha yang ni ahkak ada unsur-unsur tak puas hati.  Ahkak ni punyalah laju mandi bersiap segala. Capai baju dan tudung pun yang paling atas dalam lembari . Tak ada kuasa pulak ahkak nak iron segala – kesian kat akhmar dan mahani berlama dalam kereta (nota: diaorang tak nak naik rumah sebab nanti lagiii lama ahkak bersiap…ha ha ha)

Pagi ni je kami dah sampai 5 negeri :
WPKL + Selangor + WPPutrajaya + Negeri Sembilan + Melaka.


Tetiba … sampai Seremban… dahlah kena tunggu si DIVA sorang ni boleh tahan lama.  Kau tau … dia siap pakai tudung lofa bling bling kalah retis hoccay … Owh apakah apakah apakah … Ahkak sorang je yang pakai selekeh bin selebet pagi tu … Cisss… Ha ha ha ha… Macamlah dilain masa ahkak ni proper dress. Ahkak dan keselekehan berpisah tiada. Tapi padan muka ahkak dan padan muka kami – sekali lagi menunggu dengan penuh kesabaran kat Seremban tu.

Sebenarnya – trip ni macam LANGSUNG TAK ADA PERANCANGAN. Kami main belasah je jalan. Ikut perancangan ad-hoc dalam kereta kat depan McD Seremban tu … Kami nak pergi coconut shake Klebang + makan asam pedas Melaka lepas tu nak patah balik ke Port Dickson sebab nak pergi Batu Putih yang tetiba jadi viral fohfular itu … dan kemudian trip ditutup dengan acara makan durian tepi jalan sampai lebam … Tapi … macam biasalah … Dah namanya perjalanan yang tiada perancangan.
Ianya berakhir dengan kisah berikut :  Lets cekidout.


Masuk je sempadan Melaka – kami masih lagi undecided nak menjamah coconut shake di Klebang atau di mana ntah – Batu Berendam ke, Bemban ke mana ntah. Mahani kata tempat tu glamour juga.  Ahkak selaku peserta terhormat – tiadalah kisah kemana pun mereka nak pergi – I FOLLOW …
Mahani juga sebenarnya nak bawak ahkak melawat tempat dia belajo zaman muda mudi dulu. Dia ni memang alumni tegar UiTM Melaka. Maka dia pun bawaklah ahkak melawat tempat study dia dulu … Ahkak pun tak pernah explore tempat tu … Alor Gajah kot namanya … hi hi hi … 

Seterusnya , jalan punya jalan punya jalan … ehhhh dah salah jalan … Ha ha ha… Sampai ke Tanjung Bidara.  Dah alang-alang sampai Tanjung Bidara – ada orang nak singgah jumpa Encik Tan (baca sebagai tandas), maka kami pun singgahlah melepak di tepi pantai Tanjung Bidara … Jom layan selfie …

Check point ke-3 : Pantai Tanjung Bidara.
Aktiviti : Main air di gigi pantai + selfie + bertemu encik tan (baca sebagai tandas).





 




Okay, memandangkan tiada aktiviti makan minum dilakukan di Tanjung Bidara, maka misi seterusnya adalah mencari makan minum.  Still undecided … Coconut shake ke asam pedas dulu.  Ha ha ha… Hadoiii… Malas ahkak nak layan. Lantaklah mana pun janji ahkak dapat makan kedua-duanya.  Jalan punya jalan Mahani dah malas nak cari tempat yang dia nak bawa mencuba coconut shake kat tempat yang tidak diketahui itu, maka terus sahaja dia memandu ke Klebang … Punyalah popular coconut shake kat pantai klebang tu, dan punyalah selalu ahkak ke Melaka (atas urusan kerja dan keluarga), tapi sekali pun ahkak tak pernah mencubanya.  

Maka … here we go …


Check Point ke-4:  Coconut ShakeOriginal, Pantai Klebang, Melaka.
Aktiviti : Makan/minum coconut shake dan macam-macam lagilah makanan yang ada dan selfie … hi hi hi…
REVIEW COCONUT SHAKE ORIGINAL PANTAI KLEBANG ni bagi ahkak …. THORBAEK … sedap + murah. Servise cepat. Kedai bersih.




KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE 
dibuka SETIAP HARI 
ISNIN - AHAD : 11 pagi - 6.30 petang
JUMAAT : 2.30 - 6.30 petang.

Sedaaapppp dan murah... RM2.70 je kalau tak silap 




missing akhmar ...
dia pergi jumpa "encik tan" ...


Muka happy ... makan sudah ... Jumpa encik tan pun sudah ...

Dan untuk spesis yang tak pernah makan kat situ macam ahkak ni. Please take note. Lokasi dine in dan tapau berbeza ya. Ha ha ha… pandai-pandailah kau adjust nak Q kat tempat tapau tu kalau berniat nak makan kat situ pastu nak tapau pulak bawak balik.


Sebab ahkak mulanya TAMAK … Cakap kat diaorang “Eh lepas makan ni aku nak tapau lah coconut shake ni… sedap arh” … Mahani was like : “Ko sure ke nak tapau. Tapau bukan kat sini tau (merujuk tempat kiteorang tengah makan tu). Tapau kat khemah depan pintu masuk tepi jalan tu. Kalau tak panjang – bolehlah karang ko tapau.


On the way nak keluar tu – oh mak aih … panjang nau Q – tak kuasa ahkak nak turut terbabit dalam “acara perbarisan” demi men tapau coconut shake.


BUNGKUS DI LUAR.
MAKAN & MINUM SILA KE DALAM 

Maka … beredarlah kami ke Check Point ke-5 – Padang Pasir Pantai Klebang.
Check point ke-5 ni masih lagi di Pantai Klebang.  Ntahlah mereka bertiga ni terlalu teruja untuk melakukan pengambaran di padang pasir - #DivagoDiPadangPasir.  

Malangnya kami tidak berjumpa jalan masuk ke lokasi padang pasir yang sebenar. Kerana telah dikorek longkang besar di laluan masuk yang asal (menurut kata akhmar lah – ahkak tiada tahu – kewujudan padang pasir tu pun ahkak tiada tahu macam mana rupanya).

Kawasan pembinaan pun heboh nak pergi...
Hadoiiii ... Ramai lak tu orang ... 

Namun, alang-alang dah sampai … kami pun bergambarlah secara berseronok-ronok di lalang dan padang pasir setakat yang ditemui.  And I just can’t believe it that we spent so much fun time there … ha ha ha … #OrangBandarJakunTakJumpaLalang.  







Banyak kejadian-kejadian kelakar tahap impak maksima kat tempat ni.  Dia punya level kelakar tu sampai Mahani TAK BOLEH MOVE ON. Terduduk kat tepi tu gelak.  Lapan Belas kali Mahani tengok video dan gambar tu pun she still laugh out loud.  Sampai terpaksa bermalam kat rumah aku sebab dia tak boleh move on dari kegelakan. Ha ha ha … Ni semua k-rin punya pasal.  K-rin… aku masih memikirkan patut maafkan ko ke tidak … ha ha ha… Adoiii lawak glerz.  But sorry it just for our momento lah kot.  Kalau aku share kat sini kang jadi viral lak – mampos tak tahu nak letak muka kat mana… ha ha ha… Semua dah kena warning jangan haploid video tu kat mana-mana. Ha ha ha…

Setelah selesai menjalani pengambaran di Padang Pasir Pantai Klebang … Kami bergerak ke Check point yang ke-6 iaitu Masjid Al-Azim Melaka, bagi menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. 

Masjid Al-Azim ni kalau tak silap ahkak - ianya adalah Masjid Negeri.  Ianya siap dibina pada tahun 1990, dan yang menariknya ianya dirasmikan oleh Sultan Perak - Almarhum Sultan Azlan Shah yang ketika itu memegang giliran sebagai Yang Dipertuan Agong.   Lokasi di kawasan Melaka Tengah i.e. memang kat area bandar melaka, dalam 3 4 kilometer macam tu lebih kurang. Taip je kat waze or google map, Insya Allah sampai okay ... 


Pertama kali ahkak ke Masjid ini adalah ketika di zaman sekolah menengah. Ahkak memang jatuh sayang dan suka dengan kedamaian setiap kali menjejakkan kaki ke sini. Setiap kunjungan "cuti-cuti melaka" sedari dahulu lagi, sedaya upaya akak akan singgah ke Masjid Al-Azim ini.  Dah lah kubah dia cantik - macam ala-ala masjid kat Korea nun (ehhhh bila pulak ahkak dah sampai korea ni) - ha ha ha #Propa.




Seni bina masjid ni obviously dari China dengan gabungan dari Jawa. Di katakan, the square base of its main building matches with its square triple-tiered roof.  Ianya diinspirasikan dari masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. yang berasaskan kepada 4 elemen utama iaitu Syariah (base), Tariqat (1st level), Haqiqat (2nd level) dan Makrifat (3rd level). 






Menara masjid al-azim ni katanya setinggi 188kaki ...
Dan ianya berbentuk pentagon (segi 5) - sebagai simbolik 5 rukun Islam.
-wallahualam-
Untuk keterangan lanjut - boleh tanya rakan blogger Mummy Julia.
hi hi hi...




Memandangkan ianya adalah Kompleks Masjid Negeri,  maka di kawasan masjid al-azim ini juga menempatkan Makam Pahlawan Melaka.


Seterusnya, kami bermain osom … nak makan asam pedas kat mana ni weih … Jam dah pukul 3.30 petang. Habis dah asam pedas rasanya ni… Hu hu hu …  Setelah bermesyuarat lebih kurang apa adanya … 

Maka…. Kami pun mengambil keputusan untuk Jalan-jalan Cari Makan ke Check Point ke-7 iaitu MEE BESEN ORI MELAKA Pernah dengar tak pasal MEE BESEN MELAKA yang fohfular ni? Gilak arh … Nak makan mee sup je pun… Kena Q sampai 1 2 jam … Kau rasa?
Hu hu hu … Ahkak dah buat satu cerita khas pasal MEE BESEN ni dalam entri yang berasingan.  SILA BACA KAT KISAH DIVAgo DAN MEE BESEN ... 

Habis Maghrib, kami bergerak ke Check Point ke-8 iaitulah KAMPUNG MORTEN …
Siapa tahu apa itu Kampung Morten?
 - sebuah perkampungan Melayu di sepanjang pesisir Sungai Melaka. Kampung Morten merupakan Zon Penempatan yang telah diwartakan di bawah EnakmenPemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 (Enakmen No.6 Tahun 1988).

Kawan I cakap, Kampung ni dapat subsidi dari kerajaan negeri, untuk kekalkan rupa dia sebagai rumah melayu tradisional melaka, kena pasang lampu sepanjang malam. Kalau korang datang siang hari - korang siap boleh masuk lagi dalam rumah-rumah tu; siap ada tuan rumah sekali dalam tu. Ada enam rumah yang utama iaitu : 

  • Villa Sentosa
  • Rumah Merdeka
  • Homestay Yunus
  • Gerai Nasi Lemak Mak Som
  • Rumah Mantan Sidang
  • Pengusaha Cenderamata Rumah Tradisional
Selain 6 yang utama ini - ada juga banyak rumah lain.  Kebanyakkannya dibuat homestay.
Macam biasa - untuk keterangan lanjut - boleh tanya rakan blogger Mummy Julia.


hi hi hi...

Kalau korang datang malam hari - kemeriahan lampunya dah macam malam raya ...




Jom ... ikut ahkak pergi beraya ...
Assalamualaikum ... makcik pakcik... kami datang nak raya ...







RUMAH MERDEKA












Ahkak suka betul kampung Morten ni ... Terima kasih kawan-kawan … akhirnya ahkak dapat juga sampai kampong MORTEN ni dan bergambar dengan rumah melake…. Ahkak suka ahkak suka…  Lepas bantai sebesen mee dan setalam western food, maka kami menyukat jalan sekeliling Kampung Morten ni.  Alhamdulillah ... cepat hadam makanan... ha ha ha...


Ni lah rupa Kampung Morten 

Memandangkan kami sampai dah malam - kami tak naiklah cruise kat sungai melaka tu. Ahkak naik cruise tu dalam trip minggu berikutnya ... Kalau naik cruise tu nanti korang pusing Kampung Morten versi dalam sungai pulak. Hi hi hi... Stay tune kay . Nanti ahkak hapdet, Insya Allah.


Habis je “study visit” ke Kampung Morten, kami pun bergerak ke … Ha ha ha A’Farmosa Free Port. Tapi masa tu dah pukul 10.30 malam… Dah nak tutup dah tempat tu … Maka teruslah kami bertolak pulang ke Kolumpo. Tapi sebelum tu singgah solat jama Maghrib Isya di RnR Petronas mana ntah.  Hantar K-rin balik Seremban dan pulang ke Putra-yang-berjaya.  Cukup 12 jam kami kidnap K-rin haritu... Hi hi hi ... Mahani dan Akhmar eksyen nak balik kolumpo terus malam tu. Tapi kami sampai umah Putra-yang-berjaya pun dah dekat pukul 1 pagi. Mahani dengan Akhmar tumpang mandi dan rehat kejap. Tapi Mahani gatai p tengok sekali lagi video merapu kat Check Point ke-5 – Padang Pasir Pantai Klebang terus dia sawan gelak tengah-tengah malam tu sampai tak boleh balik.  So kami semua pun lepak bersama sampai ke pagi.

HABIS … ha ha ha… SEKIAN … A day weekend gateway to #I@Melaka.  Melaka sentiasa best untuk dilawati ... Walaupun negeri nya kecil - tapi tak habis-habis eden melawatnya... 


Terima kasih kepada semua my lovely girlfrens for this weekend gateway ... 
Terima kasih bagi saya ketawa dan release tension ...
Sayangggg korang... Mmmmuah...

Sehingga bertemua lagi dan SEMOGA BERMANFAAT ...


@Loves_nhhas

*autopublish*

22 comments:

  1. bestnya..jalan2 ke Melaka...baca entri ni & yg SS punye, rasa nak jg JJCM ke Melaka, gi Kpg Morten..

    ReplyDelete
  2. Betul ke org kata Putrajaya dimonopoli kedai mamak? He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah soklan cepu mas.. jawab plss..

      Delete
    2. mungkin kot... ntah lah... kedai makan melayu banyak - tapi tak beroperasi 24 jam. mamak is 24hrs.
      tu yang mungkin rasa mamak memonopoli

      Delete
  3. Cik manisahhhh.... Ooooohhh... Cik manisah... Nape ehhh... Blog cik manisah ni x mesra mobile? Adehhh... Itew sakit mata... Cik manisah ada usik setting ke? Adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohoho... x perasan.
      Ok dh dibetulkan.

      Ini pasal kes nak buat "kotak" haritu lah.

      Sss lah ni x nk tolong betul kan.

      Ha ha ha... laju je salahkan sss

      Delete
  4. Padang pasir tu... Aduh... Tepuk dahi... What the....

    ReplyDelete
  5. Melaka ni... Memang best... Byk kali pegi pon x kan jemu...

    ReplyDelete
  6. Melaka the Best! nanti dtglah lagi..hehehe

    ReplyDelete
  7. Syok dtg Melaka ni..macam2 ada..hehehe

    ReplyDelete
  8. haha..trip adhoc macam ni kadang-kadang best jugak.Melaka memang terbaik! oh asam pedas..

    ReplyDelete
  9. pose muncung tu mahal ok..ala, freeport tu biasa je.saya gi hari tu takde beli apa pun

    ReplyDelete
  10. kenapa x naik sky tower? da dkt daa dgn kg morten tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sky tower tu - yang taming sari tu ke?

      Delete
    2. tu lain... yg ni boleh tgk seluruh bandar melaka sblh kg morten.

      http://aniesandyou.blogspot.my/2015/11/the-shore-sky-tower-melaka.html

      Delete
  11. ritu gi ngn Kak Sal semangat nak terjun laut.. tak jadi sebab rasa cem kotor je Tanjung Bidara tu.. celup kaki sampai betis je huahua..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)