Friday, February 28, 2020

Sempena 365 hari


365 hari mencipta cerita kenangan suka duka.

18022019 lapor diri tamat pengajian.
28022019 lapor diri penempatan


28022019 - 28022020
Alhamdulillah.
Saya survive 365hari ni.


The struggle is real.
The pressure is real.



Sebuah catatan 'throw back' sempena 365 kembali lapor diri bertugas.


27 Ramadhan 1440H.
Bila tengok globe ni.
Sebenarnya.
Huda dah hampir mengelilingi globe.
Dari kedua-dua arah.

Kalau dari "kiri" Malaysia negara terakhir sebelum sampai antartika ialah New Zealand.


Kalau dari "kanan" Malaysia negara terakhir sebelum sampai antartika ialah Chile.


I went to both country already.
Saya dah hampir pusing 1 globe rupanya.

Masha Allah.
Alhamdulillah.
Thank you Allah.

ada 1 yang benar buat aku terfikir.
- ramai kawan2 aku time sambung HLP mempunyai ample time berjalan holiday sakan.
- aku ni nak makan pun tak sempat.
Rezeki lah kan sebab belajar "susah nak dapat"😁

- i still remember the last ramadhan (2018) masa tu tengah pick final exam dan hujung sem nak siapkan projek dan assignment segala.
Due submit sebelum solat raya.

Aku tak tidur lebih 48 jam.
Memang tak boleh tdo.
I still remember tu bulan puasa.
Macam orang gila rasa.
Abah bangun jenguk aku kat bilik tiap kali waktu solat dan aku masih kat meja tgh study dan siapkan tugasan.
Abah risau aku pengsan.
Pagi pembentangan dan submit projek aku rasa jalan macam dah tak jejak tanah.
Habis submit subjek tu aku balik tidur mati.

Pastu two weeks b4 raya strugle subjek lain pula.
Ex-teammate aku; abam -siap tolong hantarkan makanan ke rumah sebab aku dah berapa hari berkurung makan roti je.
Tq abam.

Nak balik raya pun rasa bersalah.
Sebab projek tak siap.
Kereta rosak.
Tak boleh nak balik sendiri sebab balik tumpang 
@mahanihassan
Balik kampung - bukan tolong masak. Sambung buat projek unstructured dan machine learning.
Aku rasa bersalah sangat kat mak.
Aku tak tolong langsung prep raya.
Aku tak balik rumah opah.
Aku bangun pagi raya pukul 820 pagi 😢

Aku baru start raya - 2 syawal.
Baru buat kuih raya.
Tragik sangat hidup tahun lepas. (2018)
Mujur result 2nd sem sangat baik.
Alhamdulillah.

18 Feb. 2019.
Aku lapor diri bertugas 2.5 months earlier dari kontrak perjanjian. Alhamdulillah TAK FAIL.
Kawan-kawan kata ruginya sebab tak manfaatkan cuti belajar.
Bukan senang nak dapat.
Aku cakap - aku kena amanah.
Aku belajar dengan duit tajaan.
Niat aku pergi memang sebab aku nak belajar + nak habis on time dan nak balik bertugas.
No holiday


Tapi sebenarnya aku balik awal lepastu kena “pool” sepuloh hari sebab balik awal. Tiada penempatan.  Dalam tempoh 10 hari aku ambil cuti baki sebelum sambung belajar hari tu ada baki lagi 7 hari – maka aku cuti 3 hari + sabtu ahad, pastu ada urusan dengan uni dan penaja pastu duduk library buat beberapa kertas kerja.
28 Feb 2019 baru diberi surat penempatan.

Tarikh akhir sebenar kontrak perjanjian pengajian dengan penaja ialah pada 3 Mei 2019 (Jumaat). Maknanya 6 Mei 2019 aku kena lapor diri bertugas. Siapa tahu.... takdir Allah.... 6 Mei 2019 aku dah berada di Chile. Aku pergi "holiday" fully sponsered by ausie to Chile. Siapa sangka.... asbab pulang awal bertugas, asbab tidak menyalah gunakan cuti belajar dengan pergi bercuti bergembira .... Allah rezekikan aku "holiday" dengan tajaan penuh (bukan duit rakyat) terbang jauh mengutip ibrah kembara di bumi Allah. Masya Allah.... Alhamdulillah. Thank you Allah. Thru high n low thick and thin kehidupan.... Allah ada bersama ku. Alhamdulillah.... thank you, Allah. Moga Huda sentiasa menjadi hamba Allah yang tetap pada jalan, rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin. Insha Allah.

Aku tak cerita untuk kebanggaan. Aku tulis sebagai catatan untuk INGATAN buat diri aku sendiri supaya selalu ingat .... aku ada di sini hari ni.... Susah payah yang aku dah lalui ....sebab Allah selalu di sisi. ALLAH uji apa kita mampu. Allah beri apa kita perlu bukan apa kita mahu. #terbangtunduk moga huda selalu insaf dengan setiap gerak langkah kaki atas apa yang berlaku. Insha Allah. Moga huda tak lupa betulkan niat, kawal emosi atas tiap apa yang terjadi. Susah. Kadang2 huda fail juga terutama bab kawal emosi tu. Tapi yakin 1. ALLAH BERSAMA MU.



sebahagian daripada #hudasupportsystem

for all my beloved kids.
yang support saya dengan segala macam
doa tanpa henti
makde sayang korang.

Loves you all my support system
Lillahitaala

#nhhastakesChile
#nhhasbacktowork
#nhhasjourneybacktoschool

4 comments:

  1. Alhamdulillah, fly high Huda..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dan tahniah cik huda tuu.. kipidapp: p

    ReplyDelete
  3. tahniah Huda..berjaya akhirnya siapkan..mak tumpang happy

    ReplyDelete
  4. Setahun macam2 yang dilalui. Stay strong Huda. Semoga tahun mendatang lebih berkat dan membawa kebahagiaan

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)